Melissa menghampiri buaian lalu mengambil tempat duduk di situ, matanya memandang ke arah langit yang gelap itu. Fikirannya pula melayang jauh memikirkan tentang majlis petang tadi. Mengingatkan detik-detik indah itu, bibirnya mengukirkan satu senyuman.
Dia dan Aiden diraikan dengan majlis berkonsepkan garden seperti yang dia inginkan sebelumnya. Walaupun majlis hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan kenalan rapat sahaja, namun kemeriahan tetap dirasai. Cuaca yang mendung tanpa hujan membuatkan majlis itu berjalan dengan lancar.
Menggunakan seratus peratus warna putih sebagai tema manakala prop pula semula jadi daripada pepohon yang menghijau. Bunyi air mengalir daripada tasik buatan berhampiran menambahkan lagi kesempurnaan majlis itu, kanopi yang di pasang pula tembus cahaya dan berbumbungkan langit yang membiru.
Melissa berjalan ditemani Aiden di sisinya menyusuri laluan yang ditaburi kelopak ros merah untuk ke singgah sana mereka. Layanan yang diterima bagaikan seorang puteri, dan berdampingan pula dengan putera seperti Aiden. Majlis yang berlangsung petang tadi sangat sempurna.
Dia merasakan ini merupakan sesuatu yang sangat indah diberikan oleh Aiden walaupun sudah lima tahun berlalu, bagaikan terasa seperti semalam Aiden melafazkan akad untuk menghalalkan hubungan mereka. Walaupun dulu terikatnya mereka berdua, tanpa kerelaannya tapi Melissa rasa itu adalah perkara yang tak pernah disesalinya.
"Jauhnya termenung. Sampai tak perasan saya ada kat sini." Aiden berkata, tangannya dilingarkan di bahu Melissa. Buaian yang dia dan Melissa duduk digerakkan sedikit menggunakan kaki.
"Eh? Bila ada kat sini?" Melissa bertanya, Aiden menariknya lebih dekat. Kedinginan malam mula hilang apabila Aiden memeluknya dari tepi.
"Baru je, macam jauh sangat termenung."
"Tak ada apa. Awak cakap apa kat Airin?" Melissa memandang ke arah Aiden.
Selepas selesai majlis tadi, keluarga mertuanya berkumpul di ruang tamu untuk membincangkan mengenai Airin. Melissa tidak masuk campur lalu ke sini untuk mengambil angin. Sebenarnya tadi, pengakuan maut daripada seseorang membuatkan semuanya terlopong dan terkesima.
"Saya tak boleh terima." Aiden berkata dengan ada yang tegas, dia tahu Melissa ingin menyuruhnya menerima apa yang terjadi sebentar tadi.
"Kenapa pulak? Dah suka sama suka kan?"
Sebenarnya tadi Syafiq mengatakan sesuatu yang boleh dikategorikan sebagai kenyataan maut. Manakan tidak, semua ahli keluarga yang mendengar tiba-tiba saja mencerlung memandang ke arah Syafiq. Bagaikan tidak percaya yang Syafiq dan Airin sudah dua bulan menjadi pasangan kekasih.
"Airin tu muda lagi dan Syafiq tu sebaya kita, Mel. Beza umur nak dekat sepuluh tahun." Aiden menerangkan salah satu sebab kenapa dia tidak boleh menerima hubungan yang terjalin selama dua bulan itu.
Hampir luruh jantungnya apabila Syafiq memberitahu yang dia mempunyai hubungan dengan Airin. Aiden masih lagi belum percaya, menurut Syafiq, dia dan Airin selalu bertemu memandangkan mereka sekeluarga sangat rapat. Dari situ bibit-bibit cinta mula terbit, tambahan lagi Syafiq ketika itu sedang kecewa dengan Nadya. Kononnya Airin hadir ke dalam hidupnya untuk merawat rasa kecewa.
"Sebab tu je?"
"Bukan sebab tu je, Syafiq tu kawan saya dan Airin adik saya. Salah dalam segenap hal." Aiden menyatakan sebab lain kenapa dia membantah hubungan itu. Sebentar tadi, dia dan ahli keluarga lain sudah menyoal Airin dari setiap aspek. Sempat juga dia berleter kerana tidak boleh menerimanya. Kalau di terima, Syafiq bakal menjadi adik ipar? Tidak sama sekali.
"Tak ada yang salah pun, sayang." Melissa cuba memujuk Aiden. Tadi, dari luar dia dapat mendengar suara Aiden memarahi Airin.
"Nak pujuk ke apa ni? Siap bersayang bagai?" Aiden memandang ke arah Melissa yang makin erat memaut lengannya.
YOU ARE READING
Beautiful Lies
RomanceKisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia