Tengku Nadya memandang ke arah Tengku Aiden dan Melissa silih berganti dan kemudian beralih ke arah keeratan pautan tangan kedua-duanya. Tak mungkin dia bermimpi dan dia pasti apa yang dia lihat ini realiti. Disebabkan tidak dapat tidur, dia ke bilik Melissa namun tak sangka ini yang menantinya. Dia sudah dapat mengagak yang ada sesuatu antara Tengku Aiden dan Melissa dari dulu lagi.
"Aku dah start fikir yang bukan-bukan sekarang ni. Tak nak explain ke?" Tengku Nadya bertanya setelah kedua-duanya terdiam tanpa sebarang bicara. Tak mungkin mereka berkawan saja, tak mungkin.
Tengku Aiden masih lagi kaku di situ apabila terdengarkan pertanyaan dari Tengku Nadya. Rahsia mengenai perkahwinannya dengan Melissa yang cuba disembunyikan nampaknya tidak dapat lagi dirahsiakan. Tengku Nadya sedang menunggu jawapan darinya dan tak mungkin untuk dia kata hanya hubungan biasa-biasa antara dia dan Melissa.
"Mel?" Tengku Nadya memandang ke arah Melissa apabila pertanyaannya dibiarkan berlalu seperti angin.
"Hurm, err... Tanya Aiden." Melissa menjawab pertanyaan Tengku Nadya. Dia ingin dengar sendiri dari mulut Tengku Aiden mengaku siapa dia yang sebenarnya. Dia ingin melihat sendiri Tengku Aiden jujur mengenai hubungan mereka yang sebenar. Jauh di sudut hatinya, ada terselit kegembiraan apabila melihat Tengku Nadya di sini. Sekurang-kurangnya orang yang paling rapat dengannya tahu tentang hubungan dia dan Tengku Aiden.
"Korang nak diam sampai ke pagi ke?" Tanya Tengku Nadya lagi selepas Melissa menyuruh Tengku Aiden menjelaskannya namun masih belum ada penjelasan yang di terima.
"Aku dah mula fikir yang bukan-bukan sekarang ni. Mel ni girlfriend kau ke?" Soalan itu mula dia ajukan kepada Tengku Aiden. Dah kenapa jadi bisu pula sepupunya yang satu ini? Selalunya banyak bercakap.
"Kalau Mel girlfriend kau then Ryna?" Soalan seterusnya diajukan apabila soalannya yang tadi dibiarkan begitu sahaja. Dia tahu yang Tengku Aiden dan Sharifah Ezryna disatukan kerana terpaksa tapi itu bukan bermakna Tengku Aiden boleh buat begini. Menjalinkan ikatan dengan dua orang sekali gus.
"Aku tak sangka kau macam ni, Mel." Tengku Nadya berkata dengan suara yang agak lirih. Rasa hormatnya pada Melissa mula menipis apabila melihat Melissa dan Tengku Aiden di dalam satu bilik. Kalau dulu dia berasa sungguh kagum kerana Melissa pandai menjaga batas pergaulan walaupun membesar di luar negara dan tambahan pula gadis itu pulang ke Malaysia dengan tudung yang tersarung di kepala. Tetapi malam ini apabila melihatkan situasi di depannya membuatkan semua itu hilang.
"Kau jangan fikir yang bukan-bukan pasal Mel." Tengku Aiden memberi amaran. Kenapa mulutnya begitu berat untuk memberitahu perkara yang sebenar?
"Dah tu korang berdua senyap kenapa?! Betulkan apa yang aku cakap?" Suara Tengku Nadya mula meninggi. Tengku Aiden dan Melissa senyap apabila dia mengajukan soalan, macam mengiakan saja apa yang dia katakan.
"Melissa isteri aku."
Tengku Nadya cuba memproses apa yang dia dengar, cuba mencerna apa yang baru masuk ke dalam mindanya. Dia kemudian memandang ke arah Tengku Aiden yang turut sama memandang ke arahnya. Dia baru saja dengar yang Tengku Aiden kata Melissa adalah isterinya.
"Hah?"
"You heard me, Nadya. She's my wife." Tengku Aiden mengulang kembali apa yang dia katakan. Dia dapat merasakan tangan Melissa yang berpaut dengan tangannya agak sejuk. Mungkin terkesan dengan situasi sekarang.
"Mari masuk ke dalam dulu." Tengku Aiden mengajak Tengku Nadya masuk ke dalam. Tak sesuai untuk dia menceritakan hal sebenar di luar bilik macam ni. Tengku Nadya hanya mengikut saja, Melissa yang dari tadi senyap di pandang.
"Jadi korang berdua dah kahwin?" Tengku Nadya bertanya lagi. Sebenarnya dia masih belum percaya dengan apa yang dia baru dengari. Melissa isteri Tengku Aiden? Tapi bila mereka kahwin?
YOU ARE READING
Beautiful Lies
RomanceKisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia