Bab 44

107K 4.5K 682
                                    

Gambar yang sudah siap berbingkai itu di pandang sekali lagi. Ini merupakan satu-satunya gambar yang dirakamkan ketika majlis pernikahannya dengan Tengku Aiden tiga tahun lalu, saiznya diperbesarkan untuk di gantung di ruang tamu utama. Melissa memandang ke arah gambar itu, memori tiga tahun lalu kembali menerjah ke fikirannya.

Memori di mana Tengku Aiden mengangkatnya sebagai seorang isteri dengan sekali lafaz dan Edinburgh Central Mosque yang menjadi saksi majlis yang ringkas itu. Wajah Tengku Aiden yang tersenyum manis di dalam gambar itu di pandang, kemudian beralih ke arahnya. Senyuman paksa yang terlakar di bibirnya ketika itu. Perkahwinan tanpa kerelaannya itu membuatkan dia menjadi begitu.

Melissa mengalihkan gambar itu dan disandarkan ke dinding seketika. Tangga yang sudah di ambil dari stor kemudian dialihkan ke ruang tamu utama. Gambar itu di ambil lalu di panjat tangga itu. Sampai saja di ketinggian yang sesuai, di sangkut gambar itu pada skru yang sudah separuh terbenam di dinding. Melissa memerhatikan seketika wajah Tengku Aiden dan wajahnya tiga tahun lalu. Segala kenangan yang terjadi ketika di Edinburgh mula terbias di kotak memorinya. Bibirnya mengukirkan satu senyuman apabila teringatkan kenangan manis yang tercipta dengan Tengku Aiden.

"Hah! Kenapa senyum sorang-sorang ni?!" Sergah Tengku Aiden apabila terpandangkan Melissa yang sedang tersenyum seorang diri. Dari tadi lagi dia perhatikan Melissa.

Dek kerana terlalu terkejut dengan sergahan Tengku Aiden, Melissa tidak dapat mengimbangi dirinya lalu tersalah pijak anak tangga menyebabkan dia terjatuh. Melissa memejamkan matanya serapat yang boleh, bersedia untuk merasa kesakitan yang bakal di terima. Jatuh nanti atas lantai kalau malang lagi, dibuatnya tangga ni jatuh jugak. Aduh!

"Bukak mata tu, terpejam dari tadi lagi." Suara Tengku Aiden menegur tindakannya itu membuatkan Melissa membuka matanya. Patut la lama sangat nak jatuh tapi tak jatuh, rupa-rupanya dia sudah selamat berada di dalam dukungan Tengku Aiden.

"You may fall from the sky, you may fall from this stair but the best way to fall is in love with me," kata Tengku Aiden apabila pandangan Melissa bertaut dengannya.

"Lame nya bagi pick up line. Dah basi." Melissa membalas kembali apa yang Tengku Aiden katakan.

"Awak sergah saya tadi kenapa? Terkejut tahu tak?" Tanya Melissa apabila teringatkan apa yang terjadi sebentar tadi. Bibirnya di ketap tanda geram.

"Awak senyum sorang-sorang tadi kenapa?" Tengku Aiden kembali bertanya. Kepalanya di dongakkan ke atas untuk memandang ke arah gambar yang sudah siap tergantung.

"Suka hati saya lah! Turunkan saya." Melissa cuba melepaskan dirinya dari dukungan Tengku Aiden namun makin kuat Tengku Aiden mengemaskan rangkulan di tubuhnya. Kalau tahu macam ni, dia lebih rela jatuh atas lantai.

"Saya perhati tadi, awak tengok gambar saya macam nak tembus." Tengku Aiden mula mengusik Melissa.

"Mana ada!"

"Tadi ada. Kalau gambar bukan main tenung bila dekat dengan orang dalam gambar tu terus pandang ke arah lain." Tengku Aiden kembali menyakat Melissa lagi. Tapi memang betul apa yang dia katakan.

"Mana ada!"

"Ada! Selalu!"

"Turunkan saya, cepat la Aiden." Melissa kembali mengasak supaya Tengku Aiden menurunkannya tetapi tetap sama.

"Aiden!" Suara Melissa separuh menjerit apabila Tengku Aiden melonggarkan sedikit rangkulan, terus tangannya memaut erat leher Tengku Aiden.

"Elok-elok la!"

"Ya lah!" Tengku Aiden akhirnya mengalah lalu menurunkan Melissa dari dukungannya.

"Bukan susah pun, dah la malas nak layan awak." Melissa berkata dan mula mengatur langkah untuk pergi dari situ.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now