Bab 23 | Part 19

116K 5.1K 299
                                    

2 tahun yang lalu,

Melissa menoleh ke sisi selepas terasa ada tangan yang melingkari bahunya. Belum sempat dia berkata apa-apa, Tengku Aiden terus menariknya ke dalam pelukannya. Terus tersembam mukanya ke dada Tengku Aiden, terasa ada kucupan yang singgah di dahinya.

"Nanti orang tengok la, tak malu ke?" Tanya Melissa yang sedang cuba untuk melepaskan diri dari pelukan Tengku Aiden. Walaupun ini perkara biasa dilihat di bumi asing ini, tapi masih lagi ada rasa segan dalam dirinya.

"Tak ada orang pun kat sini, lagi pun saya peluk isteri saya," kata Tengku Aiden. Semenjak Melissa sudah belajar menerimanya sebagai suami, hubungan mereka semakin baik.

"Memang la tak ada orang tapi ni tempat awam..."

Tengku Aiden menghentikan bebelan Melissa dengan bibirnya. Nasib baik tadi dia menarik Melissa ke tempat yang agak lengang tadi. Agak lama mereka berkeadaan begitu sebelum Tengku Aiden melepaskan tautan dari bibir Melissa.

"Awak ni kan, tak senonoh betul. Kalau ada orang tengok macam mana?" Melissa melilau keadaan sekeliling, nasib baik tiada sorang pun manusia di situ.

"Eleh, awak pun suka kan?" Usik Tengku Aiden. Terus merah muka Melissa di buatnya.

"Diam lah." Melissa berkata lalu ditampar perlahan bahu Tengku Aiden.

"Awak balik dulu eh? Saya ada hal jap," beritahu Tengku Aiden.

"Nak ke mana?" Tanya Melissa.

"Ada la."

Mendengarkan jawapan dari Tengku Aiden, terus Melissa mencebikkan bibirnya. Nak berahsia pulak, kata Melissa di dalam hati. Dia hanya memandang ke arah Tengku Aiden yang sudah mula melangkah pergi.

Melissa berjalan perlahan-lahan untuk melihat keadaan sekelilingnya. Setiap kenangan yang terjadi diabadikan ke dalam mindanya untuk dijadikan memori terindah buat dirinya. Nanti bila rindu boleh la dia bayangkan apa yang terjadi di masa lalu.

Masa berlalu dengan pantas sekali, Melissa kini sudah menamatkan pengajiannya di sini, di bumi asing ini. Banyak kenangan yang tercipta di sini, walaupun ada kedukaan dalam kemanisan tapi baginya semuanya indah. Awalnya dia datang ke sini, untuk belajar dan selepas itu pulang ke pangkuan keluarga angkatnya untuk membalas jasa tapi lain pula yang jadi.

Melissa memandang ke arah kafe yang menjadi saksi pertemuannya dengan Tengku Aiden. Tetiba dia ketawa sendirian bila teringatkan kejadian yang Tengku Aiden disimbah air. But fate has a funny way of working out doesn't it? Siapa sangka dia kini memegang status isteri kepada lelaki yang dia simbah dengan air. Tak pernah terlintas sekali pun di hatinya untuk terikat dengan mana-mana lelaki apatah lagi terikat sebagai seorang isteri.

Bila teringatkan kembali kisahnya dengan Tengku Aiden, Melissa hanya tersenyum. Pertemuan yang tidak dijangka itu merubah hidupnya seratus peratus. Bukan salah Tengku Aiden saja, takdirnya begini tapi salahnya juga kerana terlampau mudah berikan kepercayaan kepada lelaki. Dari orang asing menjadi kawan seterus menjadi orang yang paling benci dan siapa sangka Tengku Aiden kini mula bertakhta di hatinya.

Minggu depan, Melissa dan Tengku Aiden akan berangkat ke Perancis untuk berjumpa dengan keluarga angkatnya. Melissa berharap yang Madame Marianne boleh menerima Tengku Aiden. Selepas itu, Tengku Aiden akan membawanya ke Malaysia untuk berjumpa dengan keluarga lelaki itu. Kali terakhir dia menjejakkan kakinya ke Malaysia ketika berusia enam belas tahun selepas mengetahui yang dia masih punya saudara di sana.

Melissa menghembuskan nafasnya, dia cuma berharap segalanya berjalan lancar. Selepas ini, dia dan Tengku Aiden boleh hidup seperti pasangan lain.

"Melissa?"

Beautiful Lies Where stories live. Discover now