"Melissa!"
Bergetar suaranya ketika menyebut nama itu, apa yang dilihatnya bagaikan serpihan kaca yang sedang mencungkil tangkai hati. Kejutan? Inikah kejutan yang Melissa maksudkan ketika menghubunginya tadi? Kejutan yang Melissa berpelukan dengan lelaki lain di atas katil mereka. Inikah kejutan yang dimaksudkan sebentar tadi?
"Aiden?"
Melissa memandang ke arah Tengku Aiden dan kemudiannya beralih ke arah lelaki yang berada di sisinya, matanya mula terbuntang luas. Terkedu di situ di saat lelaki yang di sangka Tengku Aiden menoleh ke arahnya. Siapa dia ni? Macam mana lelaki ni boleh berada di sini?
"Kau ni siapa?!" Terus soalan itu diajukan. Melissa segera bangun dari berbaring, lelaki itu tiba-tiba saja tersenyum.
"Haih, suami you balik terus tak ingat I?"
Melissa terpempam di situ, macam mana dia nak ingat sedangkan dia langsung tidak kenal siapa lelaki di hadapannya ini? Senyuman masih lagi ada di bibir lelaki itu ketika dia bangun sambil membutangkan kembali bajunya. Melissa masih lagi keliru dengan apa yang terjadi. Apa yang berlaku di sini?
"Well, I balik dulu. Bye baby." Lelaki asing itu melambaikan tangannya sebelum berlalu pergi.
"Awak suruh saya balik awak sebab awak kata ada kejutan. You know what? I'm really surprised!" Suaranya menjulang tinggi, tangan Melissa yang cuba meraih tangannya di tepis dengan kuat. Apa lagi yang boleh membuatkan dia menidakkan semua yang berlaku sedangkan matanya melihat dengan sendiri apa yang berlaku dan telinganya sendiri medengar apa yang terjadi? Rasanya seperti kaca tadi menusuk masuk ke dalam hati sehingga menghancurkan sebuah kepercayaan.
"I don't know who is he..." Melissa cuba menerangkan situasi yang sebenarnya tapi dia sendiri tak tahu apa yang terjadi. Air muka Tengku Aiden sudah berubah, terselit kemarahan di situ.
"You don't know who is he? Jantan tu ada dalam rumah kita! Dalam bilik kita! Tidur sekatil dengan kau!"
Tengkingan Tengku Aiden membuatkan bahunya terangkat kerana terlampau terkejut. Tubir matanya terasa seakan hangat tanda air mata sudah bertakung di situ. Kepalanya sudah kusut untuk menerangkan situasi yang sebenarnya, tangannya sudah terketar-ketar untuk meraih tangan Tengku Aiden sekali lagi.
"Kau jangan sentuh aku!"
Tersentak Melissa sekali lagi dengan tengkingan itu. Ini merupakan kali pertama Tengku Aiden menengkingnya sebegini rupa dan ini juga merupakan kali pertama Tengku Aiden membahasakan dirinya sebagai aku. Walaupun rumah tangga mereka pernah bergolak beberapa kali, tidak pernah sekali pun berkasar dengannya.
"Sumpah demi Allah saya tak kenal siapa dia. Masa saya sedar tadi, I thought it was you. Aiden, please-" Melissa yang tadinya berdiri mula rebah, berlutut di hadapan suaminya itu untuk memberinya peluang bagi menerangkan apa yang terjadi.
"Kau jangan bawak nama Tuhan kat sini! Entah-entah masa aku tak ada kat rumah dah ramai lelaki kau bawak masuk!" Tengku Aiden meraup kasar mukanya, terasa makin membahang mukanya apabila terfikirkan hal itu. Apa yang telah dia lakukan sampai Melissa sanggup melakukan perkara terkutuk ini?
"Saya tak buat semua tu." Melissa menggelengkan kepalanya untuk menidakkan apa yang terjadi. Air matanya semakin deras mengalir, apa yang perlu dia lakukan supaya Tengku Aiden percayakannya?
"Saya langsung tak kenal siapa dia. Saya tak tahu macam mana dia boleh ada kat sini. Saya tidur tadi, saya tak sedar. Sa- saya-" Laju mulutnya berbicara untuk membela dirinya.
"Kau bangun sekarang!" Tengku Aiden merentap kasar tangan Melissa. Belum sempurna Melissa berdiri, terus ditariknya tubuh isterinya itu supaya mengikut langkahnya.
YOU ARE READING
Beautiful Lies
RomanceKisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia