Bab 76

127K 4.9K 448
                                    

Sepanjang perjalanan dari rumah Tengku Nazman, hanya kesunyian yang menjadi latar. Tanpa sebarang bicara dari awal Tengku Aiden hanya fokus kepada pemanduannya. Sudah tiga hari berlalu semenjak majlis resepsi Tengku Nadya berlangsung dan sepanjang tiga hari tu juga Tengku Aiden tidak bercakap dengannya.

Hari ini Tengku Aiden datang menjemputnya untuk tinggal bersama seperti yang mereka berdua persetujui ketika di Paris. Hanya tiga patah perkataan saja yang keluar dari mulut lelaki itu ketika menjemputnya tadi. 'Tinggal dengan saya', selepas itu masing-masing hanya membisu. Tengku Aiden betul-betul marahkannya.

"Awak nak bawa saya tinggal kat mana?" Melissa bertanya setelah memerhati jalan yang mereka lalui. Sepertinya jalan ke rumah lama mereka.

"Saya cuba terima awak semula sebab anak saya..."

"Anak kita."

Bercakap pun!

"Dia perlukan seorang ayah dan juga keluarga yang lengkap untuk membesar. Saya rendahkan ego saya sebab tu." Melissa berkata lagi. Tengku Aiden kembali senyap seperti tadi.

"Saya setuju untuk tinggal semula dengan awak tapi satu je saya minta, saya tak nak balik ke rumah tu." Dia menoleh ke arah Tengku Aiden yang memandu di sisi. Kembali tinggal di sana seolah-olah hidup di dalam kenangan lalu. 

"Kalau kita terus tinggal kat sana, hari-hari saya akan teringat apa yang jadi hari tu."

Habis saja dia berkata, Tengku Aiden masih lagi tidak berkata apa-apa. Melissa mengetap bibirnya tanda tidak berpuas hati dengan reaksi Tengku Aiden. Kereta yang dipandu mula membelok masuk ke jalan lain, kalau hendak ke rumah itu tidak perlu membelok ke sana.

Kereta yang dipandu mula memasuki perkarangan bangunan yang menempatkan apartment. Sesudah memakirkan kereta, kedua-duanya keluar. Ketika di Paris dulu Tengku Aiden mengajaknya tinggal semula di rumah mereka yang lama, kerana itu dia cakap awal-awal lagi yang tidak mahu tinggal di sana.

"Sementara saya cari rumah baru, kita tinggal kat sini dulu." Tengku Aiden akhirnya mengatakan sesuatu. Dia harus menjaga sensitiviti Melissa, silapnya juga dahulu kerana ada mengajak isterinya itu pulang semula ke rumah lama mereka. Rumah itu telah menjadi detik hitam kepada rumah tangga yang hampir runtuh.

Melissa hanya menjeling ke arahnya. Sepanjang tempoh tiga hari itu, dia langsung tidak bercakap dengan Melissa. Kalau bercakap pun, bila perlu sahaja dan dijawab sepatah tiap kali ditanya. Tengku Aiden harapkan Melissa akan memujuknya namun hampa kerana tiada sebarang tanda-tanda yang isterinya itu akan memujuknya. Dia nantikan itu terjadi namun dia terlupa yang Melissa pernah kata yang dia bukan dalam kategori yang pandai memujuk.

Sampai saja ke aras yang menempatkan unit apartment milik Tengku Aiden, kedua-duanya keluar dari perut lif. Melissa mula teringatkan kejadian ketika dia ke sini kerana ingin mengambil semula telefon yang Tengku Aiden ambik di pejabat. Ada beberapa kali dia ke sini secara sembunyi untuk bertemu suaminya itu.

Masuk saja ke dalam apartment itu, Melissa mula memerhatikan keadaan di sekelilingnya. Apartment yang mempunyai dua aras itu masih lagi mengekalkan warna hitam, kelabu dan putih. Dekorasi dalamannya tetap sama. Perabot warna sedondon pun sama lagi sama, tidak ada yang berubah mengenai apartment kepunyaan Tengku Aiden sebelum mereka berdua tinggal di banglo dua tingkat itu.

Bagasi yang ditarik Tengku Aiden berhenti di hadapan bilik, Melissa yang menuruti di belakang turut melakukan perkara yang sama. Dia hanya memerhati Tengku Aiden yang sedang membuka pintu bilik tetamu, Melissa sudah mula tertanya-tanya. Kenapa bilik tetamu? Kenapa bukan bilik sebelah yang selalu diguna oleh Tengku Aiden?

"Ni bilik awak, saya kat bilik sebelah," ujar Tengku Aiden ketika membawa masuk bagasi milik Melissa. Dia dapat melihat yang wajah milik isterinya itu sedikit berubau.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now