Bab 29

119K 5.8K 578
                                    

"Aku terima nikahnya Tengku Hana Iris binti Tengku Ismail dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai."

Dengan sekali lafaz Tengku Hana kini sah menjadi isteri kepada Megat Khairul. Melissa yang duduk berhampiran Tengku Hana dengan saudara perempuan mereka yang lain hanya memerhati air mata mengalir keluar dari mata Tengku Hana. Air mata kebahagian yang mengalir dari situ, kebahagiaan kerana telah bergelar seorang isteri. Berbeza dengannya dulu, ketika berkahwin dengan Tengku Aiden tiga tahun yang lalu. Hanya kekosongan jiwa yang menemaninya ketika itu.

Melissa melihat Megat Khairul yang sedang menyarungkan cincin di jari manis Tengku Hana, gadis itu tidak lekang dari tersenyum walaupun masih ada lagi sisa air mata yang mengalir. Ketika Tengku Aiden menyarungkan cincin di jarinya tiga tahun lepas, sangat berbeza dengan situasi ini. Wajah Tengku Aiden yang menyarungkan cincin di jarinya ketika itu langsung tidak di pandang. Tangannya yang menyalam tangan Tengku Aiden cepat-cepat dilarikan. Keluar dari masjid, isu mengenai penceraian terus dibangkitkan.

Selepas upacara pembatalan air sembahyang selesai, Tengku Hana dan Megat Khairul mula bersalam dengan ahli keluarga. Suasana ini tak pernah terjadi ketika perkahwinannya dulu. Macam mana nak terjadi kalau berkahwin dalam keadaan tergesa-gesa. Tiada ahli keluarga yang berada di sisi ketika dia berkahwin dulu, hanya ada Helena saja yang menemaninya.

Memori mengenai apa yang terjadi tiga tahun yang lalu diusir dari kotak fikirannya. Tak mahu terus memikirkan apa yang terjadi, takut terbawa-bawa. Lagi pun sekarang ni dia sudah menerima Tengku Aiden seadanya. Dipandang ke arah Tengku Aiden yang kebetulan sedang memandang ke arahnya.

Tengku Aiden melemperkan satu senyuman untuk Melissa yang sedang membalas pandangannya. Dia tahu apa yang berada di dalam fikiran isterinya itu. Dari semalam lagi yang dia perasan wajah Melissa berubah. Mungkin isterinya itu terasa dengan majlis ini, kerana mereka berkahwin dulu tidak seperti ini. Kalau dia tidak tergesa-gesa mengambil keputusan untuk memiliki Melissa dengan cara itu pasti semua ini tidak akan terjadi.

"Kenapa tak angkat I call semalam?" Suara milik Sharifah Ezryna membuatkan Tengku Aiden melarikan pandangannya. Di pandang ke arah gadis yang selamba memaut lengannya.

"Perlu ke?" balas Tengku Aiden pendek, pautan tangan Sjarifah Ezryna dileraikan. Dia terus berjalan ke arah Tengku Hana dan Megat Khairul tanpa mempedulikan panggilan dari Sharifah Ezryna.

"Khai jaga Hana elok-elok," pesan Tengku Aiden apabila menghampiri pasangan itu.

"InsyaAllah," balas Megat Khairul sambil tersenyum.

"Congrats for both of you." Sharifah Ezryna mengucapkan tahniah kepada pasangan itu. Lengan Tengku Aiden yang berada di sisi terus dipaut sekali lagi seperti tadi. Kali ini tiada penolakan yang diterima membuatkan dia tersenyum.

"Ryna dengan Aiden bila nak kahwin?" Tanya Tengku Hana. Hampir dua bulan Tengku Aiden dan Sharifah Ezryna bertunang. Kata Tengku Azalia hari tu, dia tak nak Tengku Aiden dan Sharifah Ezryna betunang lama sangat. Rasanya tak lama lagi ikatan pertunangan ini akan berubah menjadi ikatan perkahwinan.

"Entah la, tak sure lagi. Aiden busy sangat." Sharifah Ezryna membalas pertanyaan Tengku Hanan. Tengku Aiden sekarang ni terlalu sibuk menguruskan syarikat. Apabila isu perkahwinan diutarakan terus lelaki itu cuba menukar topik lain, seperti mengelak. Hanya dia dan Tengku Azalia saja yang nampak beria.

"Jangan sibuk sangat. Kesian Ryna, Khai dulu pun sibuk jugak tapi ada masa untuk aku." Tengku Hana berkata, walaupun Megat Khairul sibuk dengan kerjanya tapi masih lagi ada masa untuknya. Melihatkan layanan Tengku Aiden terhadap Sharifah Ezryna, dia tahu yang sepupunya itu langsung tidak ada masa untuk Sharifah Ezryna. Macam terpaksa je, tapi memang kena paksa pun.

Beautiful Lies Where stories live. Discover now