3 tahun yang lalu,
Ada sesuatu yang mula bermain di fikirannya dan ada satu kemungkinan yang mula di rasai saat ini. Sebab kenapa dia menerima Tengku Aiden sebagai suami berkemungkinan akan terjadi. Usia perkahwinannya dengan lelaki itu sudah masuk tiga bulan.
Melissa mula mengira sudah berapa hari semenjak peristiwa hitam itu terjadi. Kalau usia perkahwinannya dengan Tengku Aiden sudah menginjak empat bulan maknanya sudah tiga bulan dua minggu peristiwa hitam itu terjadi. Kali terakhir dia datang bulan adalah pada empat bulan lepas.
Melissa mula bermain dengan kukunya, digeselkan kuku ibu jari dengan jari telunjuknya. Itu lah tabiatnya apabila risaukan sesuatu perkara. Bagaimana jika betul apa yang Tengku Aiden katakan pada tiga bulan setengah yang lalu. Bagaimana jika betul ada benih yang sedang membesar di dalam rahimnya?
Melissa mengusap perlahan perutnya kempis itu, liurnya ditelan dan rasanya pahit sekali. Sebelum ini dia hanya fikir jika dia tak mengandung, penceraian akan terjadi dan langsung dia tak fikirkan apa yang akan berlaku jika ada benih yang membesar di dalam rahimnya.
Pengajiannya di sini tinggal lagi beberapa bulan dan selepas itu dia akan pulang ke Perancis untuk membalas jasa keluarga angkatnya. Apa yang keluarga angkatnya akan kata jika pulangnya bersama seorang bayi? Tak mungkin untuk dia tinggalkan bayi yang dikandungnya walaupun terhasil ketika dia tidak sedarkan diri kerana nafsu.
Dan bagaimana pula dengan hala tuju hubungannya dengan Tengku Aiden sebagai suami isteri nanti? Sebelum ini dia hanya fikir jika dia tidak mengandung dan penceraian akan terjadi. Tapi sekarang ni ada kemungkinan besar yang dia sedang hamil.
Melissa mengeluh untuk kesekian kalinya, memikirkan nasibnya. Apa salah aku? Hatinya merintih. Soalan yang sama ditanya ketika peristiwa hitam itu terjadi. Sudah la membesar tanpa ibu bapa di sisi dan sekarang ni dipertemukan pula dengan lelaki seperti Tengku Aiden. Terlalu berat untuk dia terima takdirnya ini.
"Are you okay?" Pertanyaan dari Irham menyentakkan Melissa. Terus air mata yang tanpa dia sedar mengalir di lap dengan tangan.
"Are you crying?" Soal Irham selepas melihat Melissa mengelap air matanya. Diseluk poketnya dan dikeluarkan lalu diserahkan kepada Melissa.
"Tak la, mata masuk habuk." Perlahan Melissa menuturkan ayat itu. Alasan klise diberikan, asal nak elak dari kantoi menangis alasan masuk habuk diberikan. Asal menangis je kata mata masuk habuk.
"Saya tahu beza orang sedang menangis dengan orang yang matanya masuk habuk," kata Irham sambil ketawa. Air mata yang mengalir tadi bukan kerana masuk habuk.
"Betul la masuk habuk." Melissa memaksa dirinya untuk senyum supaya Irham tak mengesyaki yang bukan-bukan.
"Awak bahagia ke?" Irham tiba-tiba bertanya.
"Apa?"
"Dengan perkahwinan awak?" Melissa kata dia berkahwin dengan Tengku Aiden kerana lelaki itu jodohnya. Sudah lama bercinta dan mengambil keputusan untuk berkahwin. Irham merasakan ada sesuatu yang tak kena.
"Bahagia," jawab Melissa sepatah. Betul ke kau bahagia, Meliss? Suara hatinya bertanya. Sepanjang bergelar isteri kepada Tengku Aiden sudah banyak air matanya mengalir. Bahagia ke kalau macam tu?
"Tapi saya rasa awak tak bahagia." Irham dapat melihat di wajah gadis itu, ada garis kesedihan yang terpamer di situ.
"I need to go now." Melissa bangun untuk pergi. Tidak betah untuk lama-lama di sini, takut Irham dapat menghidu rahsianya.
Melissa berjalan menyusuri koridor yang agak sunyi memandangkan hari mula melabuhkan tirai. Namun langkahnya terhenti apabila terpandangkan satu pasangan yang berada di hujung koridor. Bukan ke itu Tengku Aiden? Dengan seorang perempuan dan mereka sedang bercumbuan.
Serta-merta air matanya jatuh. Melissa perasan yang Tengku Aiden mula perasankan kehadirannya di situ. Tengku Aiden menolak gadis itu dan menghampirinya.
"Mel, I..." Terhenti percakapan Tengku Aiden selepas mendengar Melissa menjerit ke arahnya.
"What?! You know what Aiden? I'm done with this marriage." Berkecai hatinya saat ini. Dilajukan langkahnya meninggalkan Tengku Aiden yang cuba mengejarnya.
***
Tengku Aiden mula memanjat tangga untuk ke tingkat atas. Kejadian petang tadi sepatutnya tidak terjadi. Semuanya bermula bila dia ternampak Melissa masih lagi rapat dengan Izham dan dia menggunakan Heyley untuk membuat Melissa cemburu tapi minah blonde tu boleh pulak cium dia. Biasa lah dah memang perangainya, bila perempuan buat macam tu takkan nak tolak.
Pintu bilik yang sudah terbuka terus dimasuki, dilihatnya Melissa sedang mengemas pakaian. Isterinya itu sudah berhenti menangis tapi masih lagi ada sisa air mata di pipi.
"Mel, apa awak buat ni?" Tanya Tengku Aiden. Dia memegang tangan Melissa untuk menghentikan gadis itu dari mengemas pakaian. Pasti Melissa ingin kembali semula ke apartment nya.
"Lepas la." Direntap dengan kasar tangannya. Disambung kembali kerjanya yang tergendala. Dia tak mahu tinggal di sini lagi. Apa yang Tengku Aiden lakukan sebentar tadi memang tak boleh dimaafkan. Ketika dia rapat dengan Irham, bukan main lagi Tengku Aiden berpesan supaya menjauhi Irham. Tapi Tengku Aiden bercium dengan perempuan lain boleh pulak?
"Saya nak balik," kata Melissa. Zip ditarik menandakan yang dia sudah siap mengemas pakaiannya.
"Nak balik mana? Ni rumah awak." Tengku Aiden berkata sambil mengingatkan Melissa yang villa ini tempat tinggal mereka berdua.
"Saya tumpang je kat sini. Sepatutnya lepas awak sihat, saya balik terus tapi tu lah saya ni bodoh. Degil nak terus tinggal kat sini." Melissa sengaja mengeluarkan tawanya. Sepatutnya dia terus pulang ke apartment nya selepas Tengku Aiden sihat. Tapi fikirannya yang kurang cerdik ni menghalangnya dari pulang ke apartment.
"Mel, please stay. Jangan pergi." Tengku mula berkata dengan separuh merayu. Kenapa la kau ni bodoh sangat Aiden? Dia mula mengutuk dirinya. Melissa sudah elok tinggal di sini tapi kerana kebodohannya Melissa ingin kembali semula ke apartmentnya.
"You want me to stay? For what? Untuk sakitkan hati saya lagi?" Melissa mula menyoal. Kalau berterusan dia tinggal di sini makin bertambah sakit hatinya. Kenapa hati aku jugak yang kau pilih untuk sakiti? Melissa bertanyakan soalan itu sendirian.
"Mel, tadi tu bukan macam yang awak fikirkan." Tengku Aiden cuba untuk menerangkan situasi yang sebenar. Apa yang berlaku sebenarnya.
"Bukan yang macam saya fikirkan?! Dah tu apa?!" Suaranya mula naik seoktaf. Apa yang sedang Tengku Aiden cuba katakan?
"It was only last night you said you loved me, it was only last night you said you will never hurt me. It was only last night but today you hurt me. You're kissing with another girl." Melissa sudah lecun dengan air mata. Sebelum tidur Tengku Aiden akan membisikkan sesuatu kepadanya. Tengku Aiden akan membisikkan betapa cintanya lelaki itu terhadapnya. Berjanji akan menjaga, melindungi dan tidak akan menyakitinya tetapi hari ini semua itu dusta semata-mata.
"Mel, please. I'm sorry."
"Kalau betul awak sayangkan saya. Tu pun kalau sayang la, biarkan saya balik."
***
Melissa melangkah keluar dari klinik. Setelah berlaku pergaduhan antara dia dan Tengku Aiden petang tadi terus dia pulang ke apartmentnya. Baru sebentar tadi dia ke sini untuk mendapat kepastian. Kepastian mengenai kemungkinan yang dirasai petang tadi.
Dan kemungkinan yang dirasai itu tidak benar. Kitaran haidnya terjejas kerana tekanan bukan kerana mengandung atau hamil. Tekanan dari apa yang terjadi kepada dirinya membuatkan hal itu terjadi. Bukan kerana hamil.
Melissa melepaskan satu keluhan untuk meninggalkan segala kekusutan kepada masalahnya. Terasa lega dengan berita ini dan seterusnya dia akan meminta cerai dengan Tengku Aiden sama seperti apa yang dia fikirkan dulu. Sebaik sahaja pengajiannya tamat di sini, dia akan pastikan yang dia sudah bebas dari Tengku Aiden.
YOU ARE READING
Beautiful Lies
RomanceKisah Aiden & Melissa. Ucapkan dusta itu Katakan dengan indah Pejamkan mataku Andaikan saja kita bahagia