Kerana Cinta

5.9K 77 0
                                    

"HAHAHAHA! BODOH LAH KAU NI SHAH!" Afirah ketawa terbahak - bahak. Suaranya nyaring sekali, berdesing telinga dibuatnya.

Entah apa yang lucu sangat sehingga Afirah ketawa bagaikan orang gila Jina pun tak pasti. Walaupun pada luaran dia kelihatan fokus membaca buku disebalik kaca mata tebalnya tetapi dalam hati meluat sungguh!

"HAAAAA!HAAAAAAA! SUDAHLAH! JANGAN BUAT AKU KETAWA LAGI! " teriak Afirah kepada teman - temannya sambil menekan-nekan perut.

'Apalah yang malang sangat nasib aku kena duduk sebelah minah sengal ni. Aduii." keluh Jina di dalam hati.

Dengan hati yang sebal, Jina cuba fokuskan perhatiannya kepada buku yang dibaca. Dia malas hendak menegur. Memang dia sifat seorang yang berat mulut.

Walaupun Afirah telah menganggu ketenteraman dia dan murid - murid yang berada di dalam kelas 2A itu, dia tidak suka mencari masalah.

Jina mempunyai prinsip yang senang

"I don't mess with people and don't ever try to mess with me."

Jina begitu asyik melayan perasan sehingga tidak sedar perempuun gila disebelahnya sudah habis mengilai. Bahkan Afirah sedang melihat Jina dengan khusyuk.

Jina merenung Afirah dengan pandangan tajam, dia tidak suka bila dirinya diperhatikan demikian. Afirah yang tersedar bila perbuatannya telah membuat Jina marah terus menelan air liur dan memandang tempat lain.

'Alamak, singa betina da nak tunjuk taring. Lebih baik aku jangan buat dia marah lagi!"

Singa Betina, itulah nama yang digelarkan kepada Jina kerana sikapnya yang dingin. Afirah berasa sungguh malang kerana terpaksa duduk di sebelah Jina apabila dalam kelas pelajaran bahasa melayu.

SudahlahJina seorang yang lokek dengan senyuman. Masam memanjang saja. Garang betol! Afirah memang tidak gemar dengan orang begini. Baginya orang itu bersikap sombong dan bongkak.

Fuhh! Naseb lah lagi 2 minggu dah cuti sekolah. Tahun depan semua pelajar dah naik menengah 3. Tak sabarnya nak bercuti!!!Da tak payah hadap Singa betina tu lagi! Yayyy!!' sorak Afirah di dalam hati.

Senyumannya semakin mekar apabila Cikgu Zuliana masuk dengan kertas ujian yang didukungnya. 'Mesti aku tempat nombor 1 lagi dalam kelas ' Tidak sabarnya!!

"Okay, Cikgu akan tunjukkan markah keseluruhan kamu semua dahulu sebelum Cikgu pulangkan kembali kertas ujian kamu." terang Cikgu Zuliana dan m terus menghidupkan laptop dan tunjukkan kesudahan markah kami yang digambarkan ke tembok.

Keadaan di kelas sunyi seketika kerana semuanya tergama dengan nama ya g tertera di tempat nombor 1 dalam kelas bahasa melayu. 'Jina Gelias Bte Gil Arbas'

Terbuntang mata Afirah melihat nama yang tertera di skrin. Tidak mungkin! Selama ini Jina tidak pernah menunjuk minat dalam pelajaran bahasa melayu dan selalu melayan buku inggerisnya.

"Cikgu sungguh bangga dengan kamu Jina. Karangan kamu sungguh menarik dan menyayat hati. Pengunaan peribahasa kamu dan frasa indah juga telah membuat karangan kamu semakin cantik." puji Cikgu Zuliana kepada Jina yang hanya memandangnya sebentar dan kembali membaca buku.

"Hmph! Sombong! Berani kau ambil tempat aku tahun ini. Tengok saja, tahun depan aku akan dapat tempat pertamaku kembali." desis Afirah sambil menjeling tajam pada Jina yang asyik membaca.

Tetapi siapa sangka, pada harian yang sama Tuhan telah menuliskan takdir buat mereka berdua. Mereka telah ditakdirkan untuk berkawan baik bagaikan darah daging.

Tiada siapa yang dapat memisahkan mereka kecuali diri mereka sendiri. Di sinilah kisah persahabatan, percintaan dan perkhianatan yang boleh merosakkan hubungan dua sahabat buat -selamanya. Ini semua terjadi oleh satu sebab...ini semua kerana Cinta...

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now