Meet & Greet Lisa Surihani & Yana Samsuddin

1.9K 35 0
                                    

4 hari sebelum raya...

Jina sedang berfikir hendak ke mana dia keluar hari ini. Setiap hari minggu dia bercuti tetapi sekarang dia tidak betah duduk di rumah kerana abangnya. Sedang dia berfikir dan termenung tiba-tiba dia dikejutkan oleh bunyi nyaring telefon bimbit yang memainkan lagu ost dari teledrama Bunga Merah Punya. Lakonan Izzue Islam dan Sharifah Sakinah.

"Ape kau nak?" Jina menjawab dengan kasar seperti biasa.

"Amboi garangnya...takde ni hah mak nak ajak Nyah gi Angsana. Lisa si lembut manis dengan Wawa(Yana samsuddin) nak datang sana. APALAGI!! MAK DA EXCITED NI NYAHHH! " bukan main riang lagi Afirah dengan lagak Mak Nyahnya.

"Hmm pukol berapa?" Jina diam seketika mendengar Afirah memberitahu tahu tempat dan masa untuk mereka berjumpa nanti. "Hmm ok. Jumpa kau kat sana."

2 petang, Angsana, Johor

"SAYANG!!!!!!!!!" Afirah menjerit dengan nyaring di tepi telinga Jina.

"Oh MELETUP AKU NK JUMPA LISA YANA!" terkekek-kekek Afirah ketawakan si Jina yang kuat melatah.

Orang-orang ramai yang menjeling tajam kepada mereka. Mungkin Afirah gila ni terlalu mengganggu kententeraman awam. Bukan sekali da banyak kali minah ni buat pe'el gini

"Kau ni kalau tak terkejutkan aku tak boleh eh?" tegur Jina yang jelas tidak senang dengan sikap Afirah. Afirah hanya tersengih dan memaut lengan Jina. Terus dia menarik Jina ke tempat di mana Yana dan Lisa akan datang dalam masa 2 jam lagi.

"Nanti pukul 4 kita pi sini balik. Sekarang kau ikut aku shopping dulu." Cis! Ingat nak duduk sini tadi, rupa-rupanya setakat nak maklumkan di mana saja. Nanti kalau ramai orang padan lah dengan muka kau! Jina hanya mendiamkan diri seperti biasa.

2 jam kemudian mereka kembali ke tempat tadi. Afirah mendengus geram melihat ramai sangat manusia sudah berdiri dibelakang pagar besi yang digunakan untuk menghalang sesiapa yang cuba masuk dan membahayakan keselamatan artis.

Kelihatan ramai juga pengawal yang berdiri di merata tempat. Semuanya untuk melindungi keselamatan artis dan mengawal kesesakan orang ramai yang hampir. Afirah cuba untuk menyelit ke dalam sekumpulan manusia yang berebut-rebut cuba ingin berdiri ke depan sekali.

Berdiri di depan lebih elok kerana lebih banyak peluang untuk menyalam dan mengambil gambar bersama artis idaman mereka. Walaupun lagak Jina biasa saja tetapi di dalam hati dia turut berasa sedih kerana Lisa dan Yana merupakan idolanya. Kerana Jina mempunyai angan-angan ingin menjadi pelakon hebat seperti mereka. Tetapi dia sedar itu semuanya hanya angan-angan mat jenin.

Jina yang menyandarkan diri di tepi tembok terlihat sekumpulan pengawal berjalan menuju ke arah khalayak ramai yang setia menanti. Orang pertama yang dia lihat adalah Lisa Surihani tetapi tidak perasan pula Yana Samsuddin yang berjalan di belakangnya.

Entah kenapa Jina mempunyai kekuatan untuk menegur Lisa Surihani.

"Hai Kak Lisa!" jeritku perlahan. Tidak sangka yang Kak Lisa akan dengar dan menoleh ke arahnya. Dia memberikan senyuman yang menawan dan melambai ke arahnya. Tuhan saja tahu betapa gembiranya Jina rasakan saat itu. Berbunga hatinya yang sentiasa muram.

Dia melihat ke sekumpulan manusia yang sudah siap merakam video dan mengambil gambar dengan telefon bimbit masing-masing.

'Tak boleh jadi ni, aku kena ambil gambar dengan dorang jugak!' Terus Jina jalan ke kumpulan itu dan cuba menyelit masuk.

Setelah setengah jam Jina masih berdiri di belakang. Dia berasa geram kerana tidak dapat melihar dengan jelas apa yang dilakukan Lisa dan Yana. Dia hanya melihat melalui telefon bimbit orang-orang tang merakam.

Orang-orang di depan sudah banyak kali bergambar dengan mereka. Hish, langsung tidak memberi peluang keoada orang belakang yang juga ingin memgambil gambar. Tiba-tiba pengacara memaklumkan yang mereka semua hanya ada beberapa minit saja lagi sebelum Lisa dan Yana terpaksa mengundurkan diri.

Jina tidak henti berazam dan sifatnya yang pemalu dan pendiam terus hilang. Tanpa menghiraukan sesiapa Jina menjerit dan terus mrmanggil nama Lisa yang berdekatan di arahnya.

"Kak Lisa!!!" Lisa surihani sekali lagi mendengar dan memandangnya. "Picture please?" Jina seakan merayu.

"You have to wait for your turn, i need to take picture with them first." Lisa memberitahu dengan suara yang sentiasa lembut dan lunak.

Setelah selesai memanggil gambar dengan orang yang dimaksudkan, Lisa memohon para peminat yang lain untuk memberi laluan kepada Jina. Jina dengan perlahan tetapi jelas kelihatan tidak sabar cuba menyelit ke dalam.

"Watch your foot please. Ok! Be careful!" tegurnya dengan prihatin.

Ketika itu Lisa betul-betul kesuntukan masa tetapi memberi peluang untuk Jina mengambil gambar bersamanya.

"Ok, can already right?" kata Lisa yang kelihatan tergesa-gesa sekarang.

"One more time please!" pohon Jina lagi.Lisa Surihani terus posing lagi dan Jina terus menangkap gambar dengan tangannya yang bergetar akibat terlalu ghairah kerana Lisa begitu dekat dengannya.

"Ok!" kata Lisa yang betul-betul tergesa-gesa. "KAK LISA PICTURE PLEASE!" suara Afirah kedengaran di belakang Jina. Entah bila dia di belakang pun Jina tidak sedar.

"Sorry but i really need to rush!" Lisa menerangkan situasinya dan terus kembali berdiri disamping Yana samsuddin. Mereka mengambil gambar untuk media dan terus pergi dari situ.

Jina masih berdiri dan merenung jauh. Dia berasa sedih kerana tidak dapat peluang untuk mengambil gambar bersama Yana. Tetapi dia juga bahagia kerana kebaikan Lisa yang sudi mengambil gambar dengannya

"Da dapat ambil gambar dengan Lisa pun sedih ke?" tanya Afirah yang tidak dapat menutup kekecewaan di suaranya. Mungkin kesal kerana tidak dapat langsung peluang untuk bergambar dengan Lisa mahupun Yana.

Jina hanya senyum. Dia tidak mahu berkata apa-apa kerana bimbang Afirah berfikir dia ingin menunjuk-nunjuk pula.

"Kau sedar tak yang kau ni Lucky? Setiap kali artis datang mesti kau dapat ambil gambar dengan dia. Dulu dengan Erry Putra kau dapat rapat-rapat sekarang dengan Lisa pula."

Jina hanya ketawa kecil. Yakah dia beruntung? Entahlah...

'Alhamdullilah. Terima kasih Ya Allah...' Jina mengucap syukur di dalam hati. Tidak sedar yang dia telah mengucap syukur kepada Tuhan yang sudah lama dia ketepikan.

***

Hello Para pembacaku yang baik hati. Terima kasih kerana memberi sokongan pada saya yang jelas tiada bakat menulis. Saya juga ingin mengucap syukur yang teramat kepada mayrasofea♥ yang sentiasa vote untuk saya.

Just wanted to inform you guys that i really met Lisa and Yana today. Lisa is really gorgeous and kind. Mostly what happen to Jina actually happen to me. Just few changes.

I wanted to upload the pic but i dont know how. Anyone who know please please kindly inform me ok? Anyway im putting Lisa & mine as my profile pic. Cause you know...there still spark of happiness. Nak jakon jakon cikit. Hehe!^^

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now