"Mama...Mama...Sakit...Mama..." bintik-bintik peluh berkumpul di dahi Trina. Berkerut-kerut dahinya mengigau-ngigau memanggil Mamanya.
Johan hanya memandang dengan mata yang berkaca-kaca. Dia jatuh kasihan terhadap anak kecil yang terbaring lemah di depannya. Kalau dia tahu Afirah akan bertindak sehingga membinasakan budak ini, sumpah! Tidak akan sekali-sekali dia pergi meninggalkan budak ini seorangan dengan Afirah.
Sangkanya Afirah hanya tidak mengendahkan si Trina ni. Sungguh dia tidak menyangka yang Afirah akan membuli budak ini dengan kejam sekali.
Afirah! Kenapa lah dengan dia ni. Johan betul-betul tidak faham. Dia runsing!! Dia tidak tahu bagaimana dia boleh terikat dengan Afirah! Kenapa dia berubah 360 darjat! Kenapa! Kenapa! Kenapa! Bertubi-tubi soalan menghentam kotak fikiran Johan membuatkan lelaki itu migraine.
"Uncle..." satu suara mengejutkan dia dari dunia khayalannya.
Trina sedang memandangnya dengan senyuman kecil dan mata yang masih layu. Johan tersenyum lega melihat Trina sudah sedar.
"Trina da okey nak?" Trina hanya mengangguk.
"Uncle..." bergetar suara Trina menyeru namanya lagi. Kali ini airmata berkolam di mata Trina.
"Ya?"
"Jom kita jumpa Mama...sekejap pun boleh. Trina rindukan Mama."
Johan menggaru kepalanya seketika. Tidak tahu sama ada dia harus setuju ataupun sebaliknya. Nak ikutkan hati memang dia tidak setuju, sebab Trina masih perlukan rehat yang secukup. Nak kata tidak setuju...tak sampai hati...pusing! pusing!
"Trina, bukan Uncle tak nak bawa tapi-"
"TAPI MAK KAU TU DA LARI TINGGALKAN KAU! ENTAH MANA DIA PERGI TINGGALKAN BALA KAT KAMI, AKU PUN TAK TAHU LAH!" suara tinggi Afirah cantas penjelasan Johan. Entah bila dia masuk dalam bilik wad pun mereka tak perasan.
"Afirah. Shut the hell up." tegas Johan menyuruh Afirah berhenti.
Afirah hanya tersenyum sinis dan mendekati Trina. Rambut gadis itu disentuh membuatkan Trina menggigil. Mungkin takut kalau nanti Afirah akan menarik rambutnya lagi.
"Kesian Aunty tengok kamu ni sayang...Dah lah papa kamu tu da mampus. Mama kamu pula lari entah ke mana. Yelah...kamu ni kan bukan anak dia. Kamu ni mama kamu ambil sebab takda siapa yang nak kat kamu. Kamu ni anak yang tidak diinginkan. Agaknya mama kamu rasa tak mampu nak sara kamu lagi, iyalah. Dia dah single, mestilah nak berfoya-foya! Enjoy!!" hasut Afirah dengan membuat mimik muka simpati kepada Trina.
Johan meluruh ke arah Afirah dan bahu wanita itu digenggam dan digoncang dengan kuat.
"U gila ke Afirah?! Budak ni baru nak masuk 7 tahun! U takda otak ke?!" tengking Johan dengan wajah betul-betul marah. Berasap dia menahan dirinya daripada menampar saja mulut Afirah yang jahat.
"Hak...Hak...Hak..." tiba-tiba suara sesak nafas Trina kedengaran. Keadaan Trina seperti nyawa-nyawa ikan saja. Afirah yang melihat nyata terkejut manakala Johan sudah cemas.
Johan menekan butang pencemasan.
"NURSE! NURSE! TOLONG!!"
Syukur alhamdullilah Trina selamat. Doktor bilang Trina mengalami tekanan shocked. Afirah...bukannya hendak meminta maaf tetapi berterus-terusan menyiksa batin Trina.
"Abang...I minta maaf bang. I menyesal." Afirah menyapa Johan dan duduk di sebelahnya. Mereka sedang duduk di luar wad Trina ketika itu.
Johan hanya diam menyepi. Api volcanonya masih berbuih-buih, tunggu masa saja untuk meletup.
"I betul-betul minta maaf. I pun nak minta maaf kat Trina. Lepas I lihat dia susah nak bernafas tadi, I rasa bersalah sangat. Tolong lah beri I peluang untuk membetulkan kesilapan I." Afirah mula menangis teresak-esak. Wajahnya benar-benar nampak sugul dan tidak bermaya.
Hati Johan mula terusik dengan perubahan Afirah. Ah, mungkin dia betul-betul sudah menyesal.
"How?" Johan betanya dengan nada tegas dan pandangan tajam walaupun hatinya sudah sejuk. Sengaja dia ingin tahu bagaimana Afirah ingin membuktikan yang dia betul-betul menyesal.
"Biarlah I yang jaga dia. I nak dia nampak I masa dia buka mata nanti. Masa itu, I akan merayu dan memohon kepada dia. I betul-betul nak jaga dia. You balik lah dulu..."
Johan menyentuh pipi Afirah dan memandang dengan pandangan gembira. Johan betul-betul bersyukur dan terharu kerana Afirah ingin berubah. Alhamdullilah.
"Okay lah..I balik dulu. Kalau ade pape you call I je ok? Jangan lupa makan nanti sayang..." bergenang airmata Afirah. Baru sekarang dia mendengar Johan memanggilnya sayang. Afirah menghantar suaminya pulang dengan ekor matanya.
Afirah duduk termenung sekejap sebelum akhirnya masuk ke dalam bilik. Dia tenung wajah Trina dengan kosong. Afirah melangkah mendekati Trina lalu rambut gadis itu dibelai.
Jiwa Afirah seperti terbang jauh meninggalkan jasadnya. Sekali lagi wajah Trina dipandang kosong. Dia memenjamkan mata seketika dan menarik nafas. Apabila dibuka kembali ada cahaya di matanya, keningnya terangkat dan bibirnya perlahan-lahan tersenyum...
Apa yang bermain di fikiran anda sekarang. Anyway sudi-sudilah baca buku saya yang baru. 'Dambaian Kasih.' Thanks ♡
YOU ARE READING
Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)
Genç KurguJina seorang remaja yang masih berpegang kuat kepada masa lalunya. Dugaan hidup membuatkan dia menjadi seorang yang keras hati. Afirah seorang yang periang namun selalu gagal dalam dunia percintaan. Dia terlalu mudah memberi sekeping hatinya kepad...