Memang Jina gagal dalam pelajaran dan masa depannya juga kelam. Tetapi itu tidak erti Jina tidak boleh memperbaiki kehidupannya. Cita-citanya masih tinggi, dia ingin menjadi yang terbaik. Dia ingin hidup senang tanpa merasa rendah terhadap orang orang yang berkehidupan mewah. Tetapi semuanya hancur! Hancur kerana di umur yang masih muda dan mentah, dia dipaksa bernikah dengan saudaranya sendiri.
Api kemarahan dan kebencian semakin menebal di sudut hatinya. Terasa jiwanya kosong. Diri berasa marah setiap saat. Perasaannya bercampur aduk. Tidak tahu kepada siapa harus dipersalahkan. Siapa yang bertanggungjawab atas apa yang berlaku di hidupnya.
Jina semakin murka. Murka terhadap takdir Tuhan yang telah memporak perandakan hidupnya. 'APA SALAH AKU! AKU TAK PERNAH HANCURKAN, MUSNAHKAN KEBAHAGIAAN SESEORANG! MALAH HIDUP AKU YANG SELALU PENUH DENGAN CACIAN! AKU ADALAH MANGSA! KESILAPAN! TAPI AKU YANG HARUS MENANGGUNG DOSA INI! AKU BENCI! AKU BENCI!!!'
Walaupun wajah kelihatan sayu dek airmata, tetapi matanya terpancar aura kebencian dan dendam kesumat. Jina berasa dirinya sedang berdendam dengan semua disekelilinginya. Inai yang dihiasi di tangan dipandang dengan jijik. Tudung yang menutupi rambutnya ingin ditarik dan dikoyakkan sepuas hati.
Sekejap lagi dia akan diijabkabulkan. Hanya beberapa minit sahaja lagi hingga musnah segala impian.
Tok!Tok!Tok!
Setelah beberapa ketukan pintu dibuka dari luar. Sahabat baik yang ditunggu tunggu telah pun tiba. Jina terus lari ke pelukan sahabatnya dan menangis semahu mahunya di bahu gadis itu. Afirah turut menangis sambil berbisik kata-kata semangat kepada Jina agar sentiasa kuatkan iman dan Allah akan terus bersamanya.
"Mana pakwe kau?" tanya Jina sebaik saja dia melepaskan pelukan. Dia mempelawa Afirah duduk bersama di atas katil. Dia menunggu jawapan dari Afirah yang sedari tadi sedikit sukar untuk menjawab persoalannya.
"Sebenarnya...aku da lama putus ngan jantan tu. Dah lebih 4 bulan. Saja aku lakon seolah-olah aku masih bersama dia. Aku tak nak kau risau tentang aku." jelas Afirah tanpa sedikit pun riak sedih di wajahnya.
"Aku minta maaf..."
"Bukan salah kau pon. lagipun aku dah de pengganti. Hehehe." Afirah tersenyum malu kerana dia pasti Jina terperanjat kerana begitu cepat dia mendapat pengganti.
"wah..."
"Kau nak tahu nama dia?"
Jina menganggukkan kepala tanda dia ingin tahu.
"Johan. Johan Arsyad."
Terbeliak mata Jina mendengar nama itu. Dadanya berdegup laju dan tidak sedap hati. Mungkinkah..mungkinkah..sekali lagi pintu diketuk dan wajah Puan Asma kelihatan di belakang pintu.
"Jina, acara dah nak mula tu. Mari kita keluar sekarang."
Segalanya terlalu mendadak...tidak mungkin..tidak mungkin dia. TAK!! Melihat Jina tidak berganjak dari katil, terpaksa Puan Asma mendekatinya dan menarik perlahan tangan Jina untuk membawanya keluar dan melanjutkan acara perkahwinannya dan Sabree.
Sempat lagi Jina menoleh ke arah Afirah. Kali ini bukan riak sedih mahupun senyuman yang dikhaskan untuk Afirah. Tetapi pandangan maut seolah olah memberitahu yang dia tidak akan berduduk diam. Dan bersiap lah kerana jika Johan itu adalah Johan yang sama. Aku takkan biarkan ko hidup dengan dia. TAK AKAN!!!
YOU ARE READING
Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)
Teen FictionJina seorang remaja yang masih berpegang kuat kepada masa lalunya. Dugaan hidup membuatkan dia menjadi seorang yang keras hati. Afirah seorang yang periang namun selalu gagal dalam dunia percintaan. Dia terlalu mudah memberi sekeping hatinya kepad...