penerimaan

1.4K 30 1
                                    

Sepi ruang bilik itu sama sepinya dengan ruang hati Jina kala itu. Sedari tadi dia tidak mampu melelapkan mata. Walau berkali-kali dipaksa, namun tetap cahaya bulan menerobos masuk ke dalam bilik.

Dia asyik mengenangkan pengakuan kata-kata suaminya tadi. Seharusnya dia marah dan menjerit, melepaskan segala kesalahan ke atas Sabree kerana menjebaknya ke alam perkahwinan.

Tapi entah kenapa hatinya seolah-olah beku mendengar luahan itu. Jina sedar tiada apa yang dapat diubahkan lagi walaupun kebenaran sudah terungkap. Dia telah pun kehilangan seorang sahabat baik dan juga kekasih hati.

Jina harus menguatkan hatinya menongkah arus hidup yang penuh luka ini. Lagipun hatinya sudah beku, segala kesakitan sudah sebati dengan dirinya. Jina melihat Sabree yang tertidur kepenatan di atas sofa.

Timbul rasa kasihan dan tersentuh kerana Sabree telah menjaganya sepangjang masa tadi. Jina mengagahkan tubuhnya untuk bangun kerana kepalanya masib terasa berpinar-pinar dan lemah.

Dia duduk menyangkung dan mengamati wajah Sabree yang terlena dibuai mimpi. Jina membelai wajah lelaki itu, ada secalit senyuman di bibirnya. 'Terima Kasih...sebab sudi menerima aku seadanya.' Jina sedar walaupun hakikatnya Sabree telah memperbodohkan semua orang tetapi dia tidak boleh menafikan yang semua ini dilakukan kerana cinta.

Seandainya Johan berusaha keras untuk mendapatkan dirinya... Tiba-tiba tangan yang membelai wajah Sabree digenggam dan dikucup penuh kasih sayang. Hati Jina berdetak hebat.

"Ka...Awak. Jom tidur kat atil, nanti sakit sakit badan awak.

Sabree tersentak. Tidak percaya dengan dengan apa yang didengar. Sabree terseyum kecil dan terus bangun menuju katil. Dia menunggu isterinya untuk baring di atas katil.

Setelah Jina baring dan membelakanginya, Sabree terus memeluk tubuh Jina dari belakang. Dia dapat merasakan tubuh gadis itu mengeras tanda tidak suka diperlakukan begitu.

Jina mula tidak keruan lagi.

"Awak.. tolong..jangan tinggalkan saya..." terasa hangat nafas suaminya di telinga. Jina memedamkan mata dan berkata, "Saya tidak akan tinggalkan awak."

So its just short for this chapter . Im glad yo have wonderful readers. Im going phukett for a week maybe so I will not updating really soon. Thats y i update this chapter asap. Thanks Guys again for the support. Its unedit so please bear with my mistakes. Thank you!!

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now