Perasaan

1.4K 27 0
                                    

Dengan sekali lafaz sahaja Jina dan Sabree telah sah menjadi sepasang suami isteri. Saat bibir Sabree menyentuh dahinya, airmata pun mengalir. Bukan menangis kerana bahagia mahupun terharu.

Tetapi itu adalah airmata yang membukti kesengsaraan hidupnya. Jina selalu membayangkan saat ini. Saat kekasih hati telah sah menjadi miliknya. Dia dapat merasa betapa bahagianya bila menyalami tangan sang suami kelak. Tetapi yang dibayangkan bukan dengan saudaranya sendiri!

Malah saat dahinya dikucup oleh Sabree...peristiwa malam dia dirogol terbentang luas di ruang minda. Itulah antara satu sebab dia menangis. Tiada gadis di dunia ini akan berasa terharu bila si perogol yang menjadi suaminya.

Ramai saudara marah yang tidak dikenalinya mengucapkan tahniah. Memuji dan mengusiknya. Jina hanya tersenyum palsu, yelah, bukan mereka tahu sebab sebenar pun kan.

Jina langsung tidak nampak kelibat Afirah dari tadi. Dia pun mula meminta diri dari saudara maranya yang tidak habis berbual tentang pelbagai perkara dalam rumah tangga. Jina ternampak Cik Asma di dapur sedang sibuk membungkus makanan untuk tetamu yang ingin pulang.

"Mak, nampak Afirah tak? Dari tadi Jina tak nampak pun batang hidung dia."

"Mak suruh dia tolong beli sirap. Si Wan dah pergi kerja, mak suruh lah laki ko teman dia." terang Cik Asma yang tidak henti membungkus makanan.

Menyirap darah Jina naik ke otak. Entah kenapa dia berasa marah tentang perkara ini. Jina tidak berkata apa dan terus ke depan rumah. Hampir 15 minit dia menunggu baru ternampak Afirah menggonceng motorsikal dengan Sabree. Dengan sedaya upaya dia cuba mengawal ekpressi mukanya agar tidak kelihatan riak kurang senangnya.

Afirah turun dan berjalan ke arahnya sambil tersenyum. Jina hanya tersenyum tawar..fikirannya bercampur aduk tentang hal Johan. Sekarang pula tentang perasaan aneh yang menyelinap masuk ke dalam sudut hatinya.

"Sayang, dah lama ke tunggu?" meremang bulu roma Jina mendengar Sabree memanggilnya 'Sayang'.

Entah kenapa Jina berasa geram dan sengal dengan suaminya kerana berani menumpangkan anak darah orang lain. 'Sekarang nak panggil aku sayang pula? HAIKTUI!"

"APA SAYANG! Jangan pernah nak bermimpi aku akan jadi sayang kau. Afirah jom ikut aku masuk bilik!" dengan keras Jina menekankan perasaannya saat itu.

Sabree hanya tersenyum walaupun hatinya terguris. Memang salah dia pun. Jina perlukan masa untuk menerimanya. Afirah pula mula berasa tidak selesa dengan Jina. Dia dapat merasakan Jina sedang mengalami angin kus kus.

Afirah hanya mengekori langkah Jina dari belakang dan terus ke dalam bilik. Jina mengunci pintu bilik dari dalam dan terus menyuruh Afirah duduk di dofa yang ada di dalam bilik itu.

"Johan." itu yang saja yang keluar dari mulut Jina.

"Kenapa dengan Johan?"

"Gambar. Tunjuk aku gambar dia." arah Jina.

Afirah pun menunjukkan gambar Johan. Sah! Memang Johan yang sama. Tahi lalat di pipi kirinya itu lah yang membuat Jina cam muka Johan.

Afirah terus menunjukkan gambar keluarga Johan. Ibu bapa Johan. Yah, Jina masih ingat wajah mereka. Pedih mata Jina menahan airmata melihat gambar itu. Afirah telah pun bertemu dengan keluarga Johan dan kelihatan mesra.

" Dari mana kau kenal dia?" tanya Jina lagi

Afirah mula tidak senang duduk. Dia tahu dari awal lagi siapa Johan kepada Jina...Dia tahu dan dia tetap ingin memiliki Johan. 'Maafkan aku Jina...perasaan tidak dapat dikawal.'

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now