Kemalangan

1.3K 32 4
                                    

Dalam kesamaran cahaya lampu, Ikhmal menunaikan solat tahajjud. Dia menangis dan merintih semahunya di atas sejadah dan memohon ampum kepada Allah s.w.t atas apa yang bakal dilakukannya kelak.

Ikhmal sedar dia tidak akan pernah mencium bau syurga kerana mengambil nyawa seseorang yang tidak berdosa. Dalam masa yang sama nyawanya juga turut tergadai dan ini semua atas kerelaan dirinya sendiri. Bukankah itu bermakna dia membunuh diri? Membunuh diri adalah salah satu perkara yang dibenci oleh Tuhan.

Sabda Nabi SAW : "Dan sesiapa yang membunuh diri dengan sesuatu cara, maka dia akan diazab dengan cara yang itu pada hari qiamat."

Namun, dia tidak punya pilihan. Dia telah berhutang nyawa kepada Afirah yang menyelamatkannya daripada dibunuh dari Along. Afirah juga yang melangsaikan hutangnya kepada Along dengan syarat dia harus bekerja dibawahan Afirah.

Jika Ikhmal tidak menunaikan apa yang disuruh Afirah, seluruh keluarganya di dalam bahaya. Dia tidak mahu ibu, dan juga adiknya yang sedang belajar di Universiti sekarang sengsara disebabkan dia. Dia rela berkorban...

***

"Yelah, nanti aku bawak anak bini aku datang rumah kau untuk makan. Ah yelah..yeh...Assalamualaikum." terus talian dimatikan.

"Siapa bang? " tanya Jina yang baru keluar dari dapur mencuci pinggan mangkuk.

"Nanti si Johan jemput kita makan di rumah dia pukul 8 malam." hati Jina tersentap sedikit. Entah kenapa dia berasa tidak sedap hati nak ke rumah Afirah. Yelah orang da benci...

"Abeh abang setuju ke?"

"Yelah..orang da pelawa..."

"Abang boleh tak kalau kita tak pergi. Saya rasa tak selesa lah bang. Entah lah bang..hati saya gelisah semacam." Jina tidak menutup isi hatinya.

"Eh eh awak ni...sudah sudah lah tu. Jangan ikutkan perasaan sangat. Inilah masanya hubungan awak dengan Afirah pulih kembali." Sabree yang tidak faham akan perasaan Jina cuba memujuk isterinya.

Jina hanya tersenyum tawar sahaja. Takpelah, Mungkin ini semua hanya perasaannya sahaja. Trina yang mencuri dengar perbualan mereka merapati Sabree.

Lalu kain seluar Sabree ditarik sedikit agar Papanya memandang ke bawah melihat dia.

"Papa...kita nak pergi rumah Uncle yang hari tu ke?"

Sabree mendukung Trina lalu pipinya dicubit. Geram melihat wajah comel itu. "Yelah, Trina suka tak?"

"Suka lah..Uncle tu baik. Trina suka sangat." puji si Trina lagi. Jina hanya mendiamkan diri melihat wajah anaknya yang ceria. Akhirnya, Jina membuat keputusan untuk membuang saja segala fikirannya yang bercampuk aduk ke tepi, memandangkan Trina juga ingin ke rumah Johan.

Dalam perjalanan ke rumah Johan dan Afirah, hujan lebat dan kilat sambar menyambar disusuli bunyi guruh berdentum-dentam.

"Mama, Trina takut..." rengek Trina yang takut dengan bunyi dentum.

"Sayang, sayang baca doa yang mama ajar ok? Trina cuba bawa tidur...sekejap je hujan ni sayang." Jina cuba memujuk walaupun hatinya sendiri diserbu rasa tidak enak. Dia mula dihimpit kebimbangan .

Jina lihat awan hitam kelihatan berarak ditiup angin. Sekali-sekali kelihatan cahaya kilat memanah langit.

"Abang, nanti kalau ada tempat makan ke apa ke kita berhenti dulu eh bang. Bahaya ni..." saran Jina kepada suaminya.

Mahu tak mahu mereka terpaksa meneruskan pemanduan kerana di depan mahupun dibelakang tiada sebarang tempat untuk berteduh. Hanya jalan lurus sahaja.

Tiba-tiba, ada sebuah kereta yang memandu dengan laju di pertentangan jalan. Pada awalnya mereka tidak mengesyaki apa-apa tetapi setelah menyedari kereta tersebut memandu tepat ke arah mereka, Jina mula berasa cemas.

"Ya ALLAH, ABANG!! ELAK ABANG, ELAK!!" teriak Jina yang betul-betul berasa takut. Trina yang mendengar teriakan Mama mula menangis ketakutan.

"Allahuakhbar!! Ya Allah!! YA ALLAH!! ALLAHUAKHBAR!!!!!!!" hanya itu yang mampu keluar dari bibir Sabree saat dia cuba mengelak daripada kereta yang menghampiri mereka di jalan yang kecil itu.

"ALLAH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!" Jerit Sabree tatkala keretanya bertembung juga dengan kereta lagi satu.

BANG!

Bunyi siren ambulans yang tidak jauh membuatkan Jina tersedar. Batuknya meledak, membuatkan nafasnya rasa tersendat-sendat. Darah berlumuran diseluruh tubuhnya yang kaku, Jina cuba menyeru suaminya walaupun tekaknya terasa perit.

"Ab..abang..abang..." tersekat-sekat Jina cuba memanggil Sabree.Dia memicingkan mata sambil menahan kepedihan. Jina menoleh perlahan memandang Sabree.

Sayup dan pilu menghambat perasaan saat sepasang mata redupnya menjamah mesra wajah Jina. Dalam keadaan nafasnya pendek-pendek macam nyawa ikan yang tidak kena air, suaminya masih lagi mampu menenangkan jiwa dengan renungan matanya.

Bendungan airmata Jina pecah, dia ingin menyentuh pipi suaminya dan berkongsi kesakitan mereka. Tetapi seluruh badannya kaku tidak mampu bergerak. Jina faham sangat dengan renungan mata itu.

"Jaga anak kita baik-baik...Jina akan selamat...Terima kasih kerana menjadi isteri abang." itulah yang dibaca melalui mata suaminya. Suaminya tahu dia tidak akan bertahan lama lagi.

Jina menangis teresak-esak. 'Ya Allah...selamatkan suamiku..selamakan anakku...' rintihnya yang tidak berhenti-henti berdoa. Mereka bertukar renung dan pandangannya mula berbinar-binar.

Jina dapat mendengar derapan tapak kaki dan pintu kereta mereka dipaksa buka. Pandangannya mula kelam...'Abang! Abang! Jangan tinggalkan Jina! Abang!!' Jina sedaya upaya cuba tidak pitam tapi akhirnya pandangannya menjadi gelap. Segelap langit malam yang membawa duka kedalam hidupnya.

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now