Dera (part 2)

1.3K 26 2
                                    

"Mama..." Jina terdengar seruan anaknya lagi. Rohnya terbangun dan mendengar kepada sekelilingnya. Tiada satu pun suara manusia di dalam bilik itu.

Dunianya yang sekarang begitu gelap. Tiada cahaya pun yang menerangi pada pandangannya. Dia kaku. Tidak bergerak. Bibirnya seperti dilekatkan dengan glue. Dia buntu. Dia ingin bangun...

Sudah 2 hari Trina tidak diberikan makan. Afirah memberi alasan bahawa itu adalah denda kerana tidak reti mengangkat pinggan. Tubuh Trina sungguh lemah, mukanya pucat lesi dan bibirnya kering.

"Aunty...Trina lapar..." Trina cuba memancing simpati kepada Afirah.

"Aku peduli apa kau lapar ke kau nak mati macam bapak kau ke? ADA AKU KESAH?!!!!!" tengking Afirah tanpa belas kasihan. Waktu itu dia sedang enak menjamu buah anggur sambil menonton tv.

"Tolonglah Aunty...Trina tak boleh sakit. Nanti mama Trina risau." panas telinga Afirah mendengar alasan budak itu. Dia mendiamkam diri saja. 'Aku nak dengar apalagi yang kau nak cakap.'

"Nanti Mama bangun, dia nak ambik Trina balik rumah. Trina tak nak mama sedih dan susah hati tengok Trina sakit. Tolonglah Aunty...Trina kena makan untuk kuat." petah anak itu merayu memohon simpati Afirah.

Afirah bingkas bangun dan serentak tangan diayunkan ke pipi Trina. Kuat sehingga membuatkan tubuh Trina terduduk di lantai.

"Ouh untuk Mama...hei budak! Kau nak terhegeh tunggu mama kau tu buat apa. Bila-bila masa saja Mama kau tu mampus!"

"Tak! Mama Trina cuma tidur aje! Dia penat!" bentak Trina yang tidak boleh terima dengan apa yang dikatakan oleh Afirah.

"Ouh melawan? Ambek ni! Budak tak guna!!" terus perut budak itu ditendang sekuat hati membuatkan budak kecil itu menyeringai. Sepicing belas tiada di hatinya melihat Trina.

Kemudian pipi budak itu ditampar-tampar sekuat hati membuatkan hujung bibir budak itu berdarah.

Trina sudah pening lalat pandangannya mulai kabur.

"AFIRAH!!!!!!" jerit Johan yang kaget melihat apa yang berlaku di depan matanya. Dia berlari mendapat Afirah yang terbaring kulai di atas lantai. Mata Trina sudah terpenjam bererti dia sudah tidak menyedarkan diri.

"YA ALLAH AFIRAH!!!! APA YANG AWAK BUAT NI?! AWAK NAK BUNUH DIA KAH!!" marah Johan yang mula cemas melihat Trina dengan suhu badan yang agak panas.

Tubuhnya menggigil menahan bauran emosi. Perasaan marahnya kini bertukar bimbang dan simpati merenung seraut wajah polos Katrina Salmi.

Johan buru-buru mencepung tubuh Trina yang sudah lembik, melangkah kaki kalut keluar dari rumah itu. Dia harus cepat membawa Trina ke rumah sakit untuk rawatan.

"TRINAAAAA!!!!!!" jerit Jina seperti orang gila. Dia terbangun dan terduduk apabila terjaga dari mimpi dasyat.Peluh merenik-renik kasar di dahinya dan seluruh bajunya basah kuyup. Jina melihat keadaan di sekelilingnya dan cuba memahami situasi sebenar. Kepalanya pening cuba mengingati apa yang berlaku.

Apa yang diingatnya tadi adalah mimpi yang datang ke dalam tidur. Dia melihat Trina sedang menangis-nangis seorang diri. Badannya penuh dengan bintat-bintat kemerahan dan kesan lebam.

Lalu dia ternampak Suaminya berdiri di sebelah Trina yang sedang mencangkung menangis sendirian. Dahi Jina berkerut melihat suaminya todak melakukan apa-apa untuk memujuk anak mereka.

Tiba-tiba mata mereka bertentangan dan Jina terdengar suara suaminya bergema di dalam kotak fikirannya.

"Selamatkan anak kita..."

Jina semakin bingung. Walhal Sabree sedang berdiri di sebelah Trina saja. Apa ni? Kenapa Sabree tidak melakukan apa-apa.

"CEPAT SAYANG!!! SELAMATKAN ANAK KITA!!" suara suaminya semakin mendesak dan mati-matian menyuruhnya menyelamat Trina. Selamatkan dari apa?

"SAYANG!!! SELAMATKAN ANAK KITA." Suara Sabree semakin tinggi membuatkan Jina berlari untuk mendapatkan anak dia. Tetapi belum sempat dia mendekati anaknya, ada satu lembaga hitam yang tiba-tiba muncul dan memukul lalu kepala anaknya dicabut dengan cepat.

"TRINAAAAA!!!!!" begitulah bagaimana Jina boleh menyedarkan diri.

Bayang-bayangan kemalangan yang berlaku berlayar di ruang tamu fikiran Jina. Sekarang dengan jelas dia mengingati apa yang berlaku. Terus jarum yanf dicucuk ke dalam tapak tangannya direntap dengan kasar.

Dia menangis semahunya dan bergegas pulang. Mungkin mereka sedang menanti kedatangannya. 'Trina, abang...tunggu sekejap. Mama akan pulang untuk kalian berdua.' ungkapnya di dalam hati.

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now