Permulaan

2.4K 46 0
                                    

Tahun 2005, Kelas 3A.

Hari ini adalah hari pertama buka sekolah. Afirah berasa sungguh seronok dan gembira kerana semua temannya di dalam kelas yang sama. Kelas 3A khas untuk murid -murid yang mengambil subjek POA & ARTS.

Dan syukur alhamdullilah semua temannya berminat untuk mengambil subjek POA. Afirah melangkah masuk ke dalam kelas untuk melihat jika Sabrina dan Sufi sudah sampai.

Malang tak berbau, orang pertama yang dilihat adalah Jina. Terasa dunia berhenti berputar dan musnah apabila dia sedar yang Jina akan berada di dalam kelas yang sama dengannya lagi.

Hilang rasa ceria dan semangat untuk belajar di hari pertama. Afirah mengambil tempat duduk dan merenung siling kelas. Tidak tahu hendak berbuat apa bila berduaan dengan Singa Betina.

Begitu lah keadaan mereka sehingga teman Afirah yang lain tiba. Sesaat semakin ramai murid masuk ke dalam kelas. Afirah mengira satu per satu murid yang berada di dalam kelas.

Dia masih menanti kehadiran beberapa orang lagi. Beberapa orang itu ditujukan untuk kawan si budak Jina tu. Tapi sayang, semua murid 3A sudah pun berkumpul di dalam kelas. Guru pun sudah masuk ke dalam kelas.

Adakah ia bermakna Jina seorang diri di dalam kelas yang baru? Jauh di dalam hati terbit rasa kasihan kepada Jina. Pasti dia berasa sunyi kerana tiada satu pun kawannya yang berada di kelas 3A. Kasihan...

Sekali lagi Afirah berasa kesal dan sebal kerana

menaruh simpati kepada Singa Betina itu. Sabrina telah mengangkat Jina untuk masuk ke dalam kumpulan mereka. Jina semakin lama semakin rapat dengan Sabrina. Membuatkan Afirah rasa cemburu dan panas hati.

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now