Bukan salah ku

1.4K 34 1
                                    

"Sorry sayang, I tak dapat nak hantar you masuk kolej besok..."

Afirah hanya mengeluh kecil, tiada apa yang boleh dilakukan sebab buah hatinya memang sibuk dengan kerja sendiri. Terpaksalah dia pergi seorang diri besok di hari pertamanya dia belajar di kolej swasta Kuala Lumpur.

"Takpe..I faham. U ade tanggungjawab u sendiri kat ofis tu. Lagipun time sekarang lah you kene kerja keras n buktikan kat bapa u yang u boleh ambil alih syarikat dia nanti."

"Thanks sayang sebab faham I...U dah kemas apa yang patut?"

"Ada sikit lagi. Okey la. i nak sambung kemas ni. Bye..love you."

"Bye.." terus talian diputuskan.

Afirah memandang sekeliling biliknya untuk mencari jika masih ada yang perlu dibawa. Matanya terjatuh kepada bingkai gambar yang terletak elok di meja kecil bersebelahan dengan katil.

Sejak hari itu, bingkai gambar yang ada di dalam biliknya seperti tidak wujud. Afirah terlalu taksub dan gembira dengan kemenangannya mendapati Johan.Dia langsung tidak sedar ataupun ingat kewujudan gambar tersebut hinggalah hari ini.

Gambar dia dan Jina ketika mereka di sekolah menengah.

Mereka berdua begitu rapat bagaikan isi dan kuku. Tetapi...siapa sangka yang mereka akan jatuh cinta dengan lelaki yang sama. Afirah adalah anak sulung kerana itu dari kecil dia dapat apa yang diminta.

Cuma dalam dunia percintaan, dia sering dipermainkan. Apabila dia bertemu Johan, dia rasa seperti dirinya akan dilindungi oleh lelaki tersebut. Dari apa yang dibaca dalam diari Jina dulu...Afirah sudah dapat merasakan Johan adalah lelaki yang baik.

Sebab itu...Johan harus menjadi miliknya. Johan memang ditakdirkan untuknya. Dia yang terserempak dengan Johan dulu bukan Jina! Bukankah ini jodoh? Yang terbaik adalah miliknya saja. Milik Afirah!

Terus Afirah mengambil bingkai gambar itu dan mencampakkannya ke dalam bakul sampah. Dia tidak mahu ditemani dengan memori silam. 'Ini bukan salah aku! Bukan salah aku. Johan memang untuk aku...' Sangkalnya dalam hati.

***

Johan merenung telefon bimbitnya, dia berasa serba salah kerana menipu Afirah.

"Siapa tu B?" tanya seorang perempuan yang baru datang tandas wanita.

"Shiela...dia tanya pukul berapa I masuk ofis." tipu Johan dari pecah tembelang.

"Eh eh, da macam bini u pula i tengok si Shiela tu. Takkan lambat sikit masuk ofis dia tu nak kecoh. Jom la B. Nanti dia complain kat Daddy you pula." terus tangan Johan ditarik.

Johan tidak kata apa-apa sebab bukan Shiela yang telefon tetapi Afirah. 'Kesian Shiela kena marah tak tentu pasal.'

Besok Johan ingin keluar dengan perempuan yang bersama dia sekarang ini, Jasmin. Dalam diam Johan berlaku curang terhadap Afirah. Entah lah! Johan rasa serba tidak kena apabila bersama Afirah.

Dia dapat merasakan ada sesuatu yang diselindungi oleh Afirah membuatkan Johan berasa tidak tenang. Apatahlagi dia masih belum boleh melupakan Jina. Wajah Jina yang betul-betul terluka apabila diherdik olehnya. Daripada riak matanya terbayang kejujuran dan ketulusan tetapi perasaan marah menepis kepercayaan Johan pada Jina.

Waktu itu, dia hanya nampak merah kerana dek terlalu marah dan terbakar hatinya. Dia marah kerana Jina telah berkahwin dengan orang lain. Dia berasa seperti dikhianati tetapi sebenarnya dia marah kerana bergantung kepada Afirah untuk bertemu Jina.

Tetapi sebelum Jina berkahwin..dia telah pun bersama Afirah. Ah entahlah! Fikirannya berkecamuk! Dia tahu ini semua salah dia tetapi dia tetap berasa dikhianati oleh gadis yang dicintainya.

Sejak Jina mengucapkan selamat tinggal Johan betul-betul merasakan kehilangan. Terbit rasa bersalah dan ingin berbaik-baik semula tetapi tidak disetujui oleh Afirah. Afirah kata bahaya jika bersama perempuan yang berputar belit seperti Jina. Hairan mengapa Afirah langsung tidak berasa sedih.

Jika benar Jina yang salah dalam hal ini dan cuba menunding jari kepada Afirah..bukankah sepatutnya wanita itu berasa sedih? Iyalah, sahabat baiknya memutuskan persahabatan mereka setelah bertahun mereka bersama. Tapi ini terbalik pula..Jina yang nampak lebih sedih dan hancur. Sedangkan Afirah...biasa-biasa saja.

Inilah yang menghantui fikiran Johan selama ini. Oleh kerana itu, dia mula berubah. Dia bertemu dengan macam macam jenis perempuan semata-mata ingin lari dari masalah. Afirah seorang kekasih yang penyayang tetapi Johan tetap berasa tidak selesa dengan dia.

Iya..dia memang lelaki dayus.

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now