Kecewa

1.3K 30 0
                                    

Di bilik tidur, Jina menyapa Sabree dengan perasaan berbelah bagi. Dia berasa serba salah atas apa yang terjadi hari ini. Disebabkan kelalaiannya, mereka hampir kehilangan Trina dan setelah itu bertembung pula dengan Johan. Tentu suaminya amat kecewa sekarang.

"Abang..." bahu suaminya disentuh dengan lembut.

"Hmmm..." Sabree yang sudah separuh tidur terjaga apabila Jina menegurnya.

"Maafkan saya." ini membuatkan mata Sabree yang tadinya layu menjadi segar bugar. Dia segera bangun ke posisi berduduk dan memandang tepat ke wajah Jina.

"Minta maaf buat apa? Jina tiada buat salah pun kat abang."

"Jina lalai menjaga Trina...dan sebab kita bertembung dengan Johan."

"Apa masalahnya?" Sabree bertanya lagi. Dia faham maksud isterinya tetapi sengaja dia berpura-pura tidak mengerti.

"Abang tak marah? Yelah...Johan kan-"

"Jina masih cintakan dia ke?" potong Sabree lekas-lekas.

"Apa yang abang-"

"Ye atau tidak?" cantas Sabree lagi.

"Tak abang! Jina dah lama lupakan dia. Dalam hidup Jina sekarang cuma ada abang dan Trina!" Airmata Jina merembes keluar. Entah kenapa dia berasa sakit sangat apabila dipersoalkan begitu.

Sabree memandang lembut wajah isterinya yang sugul. Dia memeluk dan membelai rambut isterinya dengan penuh kasih.

"Abang tak berniat nak sakitkan hati Jina..."

"Lepas tu, kenapa abang tanya gitu?" tanya Jina tidak puas hati.

"Kalau Jina tidak ada apa-apa perasaan kepada dia kenapa Jina nak minta maaf kat abang. Kenapa perlu takut-takut..betul tak cakap abang?"

"Abang kan kuat cemburu." aduh Jina lagi tidak mahu kalah.

"Isteri abang ni macam nak kena bedal je ni. Amacam? Boleh abang bedal sayang tak malam ni?" usik Sabree sambil mengigit telinga isterinya membuatkan wanita itu ketawa kegelian.

Jina mencium kedua-dua pipi Sabree lalu hidung mancung lelaki iti dicubit. Dia tersenyum lalu berkata, "Bedal lah...Saya juga rela mati untuk abang dan anak kita."

***

Bunga kegembiraan terserlah di muka Johan. Bahagia di hatinya tidak terkata. Siapa sangka budak yang ditolongnya tadi adalah anak Jina. Senyumannya semakin lebar apabila mereka berempat sudah bertukaran nombor.

Tidak sangka suami Jina seorang yang peramah kerana sudi mempelawa dia dan Afirah makan bersama di Pizza Hut kerana Trina inginkan pizza. Walaupun Jina banyak mendiamkan diri, hati Johan tetap rasa terhibur dengan hanya kehadirannya saja.

"Gembira nampak. Jarang I dapat lihat suami sendiri senyum dalam rumah ni. Hari ni beruntung pula rasanya selepas jumpa Jina kan?" sindir Afirah agak pedas.

"I pun rasa beruntung dapat jumpa dia. Gembira dapat jumpa kawan lama..." jawab Johan lurus.

Afirah mula tidak berpuas hati. Jiwanya tiba-tiba terbakar dengan api kemarahan, merah menyala.

"You! You jangan mimpi boleh dapat Jina tu balik. You jangan lupa dia sudah bahagia dengan suami dia tu. Mereka dah ada Trina tu, tanda cinta mereka. Jadi I nak nasihatkan..You janganlah nak mimpi!" tengkingnya geram.

"Apa you merepek ni Afirah. I cuma cakap yang I happy sangat dapat jumpa dia. Apa yang you melalut sampai nak rampas dia semua tu." berkerut dahinya cuba menghadam kata-kata Afirah.

"Did you forget already? I was the one who settled all of your affairs . So don't tell me that I'm talking bullshit cause I very well know your feelings for her. Im right here, infront of you, but never once did you smile at me like how you smiled just now!" Afirah meluahkan gundah-gelana di hatinya.

"Enough! I want to hear nothing about your nonsense. I am inviting them to our house soon so you better watch your mouth when in front of them! " terus Johan mengangkat kaki dan keluar dari rumah itu.

Afirah memekik geram hingga tersembul urat lehernya. Dia menumbuk meja dan membuangsemua barang di meja itu ke bawah. Hatinya betul-betul sakit dengan Johan yang tidak pernah menunjukkan kasih sayang kepadanya.

Afirah terduduk di atas lantas sambil meraung dan menjerit seperti orang histeria. Hatinya sebak dengan penuh kekecewaan dan basah penuh dengan dendam. Dia menangis semahunya di dalam rumah banglo yang besar itu.

"Cik ...cik bersabar cik ..tak baik cik terjerit-jerit seperti ini." driver mereka, Ikhmal yang bergegas masuk ke dalam rumah apabila dia terdengar barang-barang pecah dan teriakan wanita itu. Dia cuba menenangkan Afirah.

Afirah mencerlung memandang Ikhmal dengan wajah bengis. Kolar baju lelaki itu digenggam dan dia memandang tajam ke dalam anak mata lelaki itu.

"Kau ingat hutang kau dengan aku! Aku yang pungut kau masa kau hampir mati dikejar Along dulu. Sekarang aku perlu kau lakukan sesuatu. Aku perlu kau gadaikan NYAWA kau!!"

Tak tahu lah kalau korang boleh agak apa yang akan dilakukan kan Afirah...hmmm..apalagi lah perempuan ni nak. Hais.

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now