Pulang

1.3K 33 4
                                    

Jina tiba di depan rumahnya dengan nafas yang tercungap-cungap. Dia berkerut dahi melihat rumahnya seperti tiada penghuni. 'Mana mereka berdua? Keluar ke?'

Jina berasa tidak sedap hati kerana mimpi yang mengejutkan dia. Jina masih belum sedar sudah 3 bulan dia tidak menyedarkan diri.

"Assalamualaikum! Abang! Trina! Mama da balik sayang!" dia memanggil anaknya. Tetapi tiada satu pun jawab balas dari dalam. Sunyi saja...

Hatinya berdegup kencang. Dia mengambil kunci pendua yang diletakkan di bawah pasu lalu membuka pintu. Dia lihat semua perabot rumah dialas dengan kain putih. 'Ya Allah, takkan dorang pindah pula?"

"Jina ke tu?" suara Mak Cik Isah menyapa dari belakang. Jina menoleh dan memandang Mak cik Isah dengan wajah yang mendesak.

"Mak Cik Isah! Mana keluarga saya pergi?! Sampai hati mereka tinggalkan saya!" tangis Jina dengan hati yang kacau bilau.

"Sabar Jina...mereka pulang Melaka. Da 3 bulan da nak..." terang Mak Cik Isah dengan wajah simpati.

"3 bulan?!!" kenyataan itu mengejutkan Jina yang mula pusing kepala. Rambutnya digenggam-genggam untuk mengurangkan peningnya.

"Ye nak...Dah 3 bulan Sabree meninggal dunia. Mak Cik rasa anak kamu duduk di kampung kamu. Sudah 3 bulan takde orang yang menghuni rumah ni."

"APA MAK CIK CAKAP NI!!! Suami saya meninggal?! ARGHHHHHH!!!!!!!" Jina meninggikan suara dan akhirnya terduduk kerana kepalanya semakin sakit. Mak Cik Isah berasa simpati melihat keadaan Jina yang keliru lalu menepuk-nepuk belakang Jina dan memujuknya untuk bersabar.

Tiba-tiba bahu Mak Cik Isah digoncang dengan kuat. Besar mata Jina mencari-cari ke dalam anak mata Mak Cik Isah dan mendesak, "Pinjamkan saya kereta mak cik!"

Johan termenung mengingatkan apa yang dikatakan oleh doktor wanita yang memeriksa Trina tadi.

"Kenapa dengan anak awak ni? Dia dipukul ke?" garang semacam doktor itu memandangnya. Mungkin doktor itu mengesyak dia.

"Takdelah doktor. Anak saya ni lasak...ganas macam lelaki. Itu dia sampai pengsan tu." Johan membela diri.

"Hmmm yelah. Saya cuma nak cakap ade terdapat banyak kesan lebam di tubuh anak awak. Tubuh dia pun lemah kerana kurang zat. Saya sebagai manusia cuma sekadar menasihatkan. Anak ni anugerah dari Allah, jadi jaga dan bimbing la dengan baik. Binatang pun menyayangi anaknya." lantas Doktor wanita itu meninggalkan Johan yang terkebil-kebil mendengar sindiran yang begitu panas di telinganya.

'Cis! Bukan aku yang buat tapi aku yang kena tempiasnya! Tak guna awak Afirah! Tak berhati perut! Patutlah Tuhan pun tidak ingin mengAnugerahkan kita cahaya mata. Sebab perangai awak yang kejam!"

Lamunan Johan terputus apabila telefon bimbitnya bergetar minta dijawab panggilannya.

"Helo...ya saya..APA?!!!! APA AWAK CAKAP?! JINA TAKDA DALAM BILIK!!!!??"

Safwan baru selesai menunaikan solat subuh apabila ada ketukan yang bertalu-talu di pintu rumahnya. Dia fikirkan Jina yang datang kerana Johan telah menelefon untuk memaklumkan bahawa Jina menghilangkan diri.

Jadi Safwan menganggak pasti Jina pulang ke rumah dan mendapat tahu tentang Sabree dari jirannya. Safwan yang memesan Mak Cik Isah untuk memberitahu Jina jika dia pulang nanti.

Tapi apa yang disangkakannya meleset sama sekali. Bukan Jina yang berdiri di depan pintu tetapi salah seorang penduduk kampung dia. Muka keletihan pucat seperti baru melihat hantu.

"Wan, adik ipar kau tu Wan! Dia dah naik hantu dekat kubur adik kau! Baik kau cepat!" gesa lelaki yang berusia 40 an tahun.

"Awak! Cepat ikut saya sekarang!!!" panggil Safwan kepada isterinya yang berada di dapur waktu itu.

Mereka bertiga pun bergegas ke tanah perkuburan untuk mendapatkan Jina yang naik hantu seperti apa yang baru dimaklumkan tadi.

Dari jauh mereka dapat melihat Jina dengan rambutnya yang kusut masai dan masih berpakaian baju hospital. Bajunya kotor dipenuhi dengan tanah liat dari kubur Arwah Sabree.

"ABANG!!!!!! ABANG!!!!! BANGUN ABANG!!!!" Jina meraung sambil mengorek-gorek tanah kubur suaminya. Safwan yang melihat mengucap panjang melihat adik iparnya seperti orang yang tidak waras.

"SAYA DAH CAKAP JANGAN PERGI. ABANG NAK PERGI JUGA!!! SEKARANG SENANG-SENANG ABANG NAK TINGGALKAN SAYA!!!! INI SEMUA SALAH ABANG!!! SALAH ABANG!!!!! ABANG JANJI ABANG TAK AKAN TINGGALKAN SAYA. BANGUN ABANG BANGUN!!!!!"

"YA ALLAH!!! ASTAGHFIRULLAH!! MENGUCAP JINA!! INGAT ALLAH!!! Jangan siksa yang dah mati. Tak tenang suami kau nanti!" Safwan cuba menyedarkan adik iparnya.

"WAN! BUKAN BINI KAU YANG MATI! JADI KAU TAK TAU APA YANG AKU RASA! INI SEMUA SALAH DIA! KALAU KITA PERGI MALAM ITU PASTI SEKARANG KAMI BERSAMA ANAK KAMI. PASTI HIDUP AKU TAK KOSONG MACAM SEKARANG. AKU TAK PEDULI. AKU NAK DIA BANGKIT JUGA!!!!!!"

Jina menjerit-jerit seperti orang hilang akal. Waktu itu, hujan mula turun dengan lebat dan kilat sambung menyambung. Jina tetap dengan kedegilannya ingin menggali kubur suaminya.

Kudratnya waktu itu sangat kuat sehingga luka berdarah tangan Safwan ketika cuba menahan Jina. Isteri Safwan, Aishah, hanya menangis melihat apa yang terjadi di depan mata.

"BANGUN!! ABANG!!! TOLONGLAH..JINA RAYU KAT ABANG..BANGUNLAH BANG!! ABANG!!!!"

Safwan mula panas hati melihat tindakan Jina yang seperti orang tidak beriman. Dia menarik lengan gadis itu tetapi ditepis dengan kasar.

"TEPI LAH!!! AKU NAK BAWA SUAMI AKU BALIK. AKU NAK KELUARGA AKU BALIK!!!! YA ALLAH!! KENAPA KAU RAMPAS NYAWA SUAMI AKU! KAU KEJAM YA ALLAH!!"

"JINA!!!" Pang! Satu tamparan hinggap di pipi wanita yang hancur. Jina bagaikan baru tersedar perbuatannya terus menangis teresak-esak di atas tanah basah dipenuhi air hujan.

Aishah terus mendakap adik iparnya dan menenangkan dia.

"Sabar dik...mari kita balik dulu..mandi dan ambil wudhu. Tenangkan jiwamu." saran Aishah dengan lembut. Jina hanya mengangguk dengan lemah..terasa dunianya pecah bertaburan saat itu.

Kasihan tak dengan si Jina ni? Yelah...dari kecik dia susah nak hidup bahagia. Akhirnya dia berjumpa Sabree yang mencintainya melebihi apapun. Jina bertambah bahagia dengan kehadiran Trina . Apabila, sumber kebahagiaannya dirampas Jina tidak dapat menahan rasa sedih dan kekecewaannya.

Oh ya, saya ingin pendapat kamu semua. Kalau saya bunuh hero lagi satu dan Afirah hidup macam mana? Maknanya Jina tidak akan dengan sesiapa pada ending cerita ini.

Ataupun seperti selalunya, Jina kembali kepada Prince Charming dia dan Afirah mati?

Kalau kamu semua tak beri pendapat saya akan teruskan dengan apa yang saya rasa elok. Jadi jangan marah ya (:

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now