Bingung

1.4K 19 0
                                    

"Aku..minta maaf Jina.." Hanya itu yang mampu diluahkan oleh Afirah apabila dia menceritakan hal sebenar.

Afirah memandang Jina yang duduk sugul di kepala katil. Jelas kelihatan awan mendung yang bergayutan di pelipis mata Jina. Afirah semakin berasa berdosa kepada Jina dan hanya diam tidak berkutik.

"Mungkin memang aku ditakdirkan untuk tidak bahagia di dunia ini. Mungkin Tuhan memang tidak sayangkan aku, Dia takkan biarkan kebahagian jalan melintasi hidupku." kata Jina yang kini berpandang jauh ke luar tingkap.

Bahu Afirah mula terhinjut-hinjut kerana tidak dapat mengawal rasa bersalah yang bergumpal di dadanya. Cetusan kata Jina menusuk jauh ke sanubari. Sekali lagi sahabatnya musnah dalam kehidupan dan dia adalah satu daripada sebab kehancuran di dalam hidup Jina.

"Aku rasa baik kau balik sekarang. Aku tak rase aku nak tengok muka kau buat masa sekarang ni." Afirah yang faham akan gelodak di hati Jina hanya mengganguk dan mula mengangkat punggung untuk keluar.

"Tapi aku ada satu permintaan!" sampuk Jina lagi apabila Afirah sudah berdiri di depan pintu biliknya. Afirah hanya menunduk dan menunggu permintaan Jina.

"Biarkan aku jumpa Johan untuk kali terakhir..." kali ini Jina tidak dapat menutup kesedihan di dalam nadanya. Mutiara jernih mula mengalir.

"Baiklah.. sebenarnya dia sedang menanti aku di hotel yang kami menginap untuk beberapa hari. Aku boleh jumpakan kamu berdua besok pukul 3 petang." jawab Afirah dengan perlahan dan terus meninggalkan Jina sendiri di biliknya.

Namun apa yang mereka berdua tidak sedari...ada telinga yang mendengar. Ada perasaan yang terguris dan jiwa yang terluka.

Sabree telah mendengar segalanya dan dia hanya mampu menahan sebak. Ternyata teman baik isterinya sendiri sudah menikamnya dari belakang.

Nampaknya hari bahagia mereka hanya atas dasar terpaksa. Dia yang telah menghancurkan impian Jina dan membawanya ke alam perkahwinan pada usia yang muda.

Ditambah lagi dengan satu kebenaran yang susah untuk diterima...

'Bertahan lah isteriku...Abang akan berusaha untuk membahagiakan kita berdua. Abang tidak akan memaksamu menerima abang selagi tidak terbuka hatimu untukku...'

Dengan itu Sabree berlalu pergi dan melayan tetamu tetamu yang hadir seperti tiada apa yang berlaku. Dia perlu menutup kebenaran dari mata kasar keluarga mereka.

Malam telah menyerkup selimut hitamnya ke seluruh kampung dan Jina masih lagi terperap di bilik. Untung Sabree memberi alasan kepada saudara mara mereka yang Jina tidak sihat badan kerana keletihan.

Jina masih lagi memandang jauh ke luar tingkap, melihat butir-butir bintang yang menghias dada malam mengerdip cantik. Dia membiarkan sejenak fikirannya menerawang. Pelbagai soalan dan pertanyaan yang datang silih berganti.

Namun hanya ada satu yang berulang kali pertanyaan inj timbul di dalam otaknya...

'Kenapa? Kenapa dalam berjuta manusia di dunia ini mesti sahabatnya sendiri yang mengkhianatinya? Kenapa Afirah tergamak merampas Johan daripadanya? Jina tidak pernah sekali merampas apa apapun yang hak milik Afirah.'

Matanya mula terasa basah dan hatinya mula terbakar lagi. Jina cuba memadamkan api kemarahan yang seterusnya akan melenyapkan bibit kemesraan yang telah dibina bersama sahabatnya.

"Kau yang tentukan hidup aku. Jika ini yang Kau ingin lihat apa yang terjadi pada hidupku. Kau berjaya...Tuhan.." Dengan itu Jina membaringkan dirinya di katil walaupun dia tidak dapat terlelap.

Sebentar kemudian Si Suami pun masuk ke bilik dan Jina tidak berganjak. Dia di posisi di mana tubuhnya membelakangkan suami. Sabree tahu Jina belum tidur namun dia hanya mendiamkan diri dan mengucuo dahi isterinya penuh kasih sayang sebelum dia sendiri dibuai mimpi.

Jina hanya memandang kosong kepada kegelapan. Dia tidak apa yang terjadi di dalalm hidupnya. Segalanya berlaku begitu pantas. Dia sudah pun bersuami...perlukan dia memaafkan Afirah dan mengikhlaskan percintaan Johan dan sahabatnya? Yang pasti...Jina bingung pada malam itu.

Kawan-kawan!! Tolonglah berikan jawapan padan soalan yang telah saya berikan. Sebanyak mungkin ia dapat membantu saya untuk melanjutkan cerita ini. Saya mohon sangat-sangat )':

1) Apakah yang akan berlaku apabila Jina bertemu dengan Johan? Apakah perasaan Johan? Benci? Marah? Ataupun bersyukur kerana dapat bertemu dengan Jina sekali lagi?

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now