Keliru

1.2K 36 1
                                    

Jina menekan butang 'delete' setelah membaca teks kiriman yang entah ke berapa kali kepadanya. Dia mengeluh panjang. Dia sedang bertanya-tanya sendiri sama ada dia bersedia untuk memaafkan Afirah.

Sejujurnya, dia langsung tiada rasa kasihan apabila Afirah mendapat hukuman gantung. Mungkin disebabkan api kemarahan yang masih membakar perasaannnya kala itu.

Tetapi setelah membaca semua kiriman teks yang dihantarkan oleh Johan, hatinya tersentuh. Terbit rasa kasihan kepada Afirah. Tapi entahlah...hatinya berbelah bagi. Trina telah didera oleh Afirah sedangkan anaknya baru berumur 7 tahun. Bukan senang untuk Jina menghadap Afirah seperti tiada apa yang berlaku.

Jina telah membawa anaknya pulang ke Melaka. Biarlah dia dan anaknya duduk di situ...dekat dengan arwah. Bibit-bibit lampau tidak henti menghantui otaknya. Dia kegelisahan memikirkan si Afirah. Dia kembali ke kampung untuk membuka buku baru tetapi nampaknya ketenangan yang diidamkan tidak berkunjung tiba.

Bayang-bayang memori silam masih berlayar di skrin kotak fikirannya. Memori dia bersama Afirah...memori yang sudah lama terkubur jauh di sudut hatinya muncul semula.

***

Rambut Afirah yang sudah pendek dipotong-potong  telah dirapi dan disikat dengan elok oleh Johan. Airmata menemaninya sepanjang dia memotong sedikit demi sedikit rambut Afirah. Afirah hanya diam memandang jauh di dunianya sendiri.

Rambut Afirah diusap dan dibelai dengan kasih sayang.  Perlahan-lahan Johan mendekatkan bibirnya ke dahi Afirah membuatkan gadis itu merenung ke dalam anak matanya lama.

Hati Johan bergedup kencang..Mungkinkah?! Tangan Afirah berehat ke pipi Johan. Matanya berkaca-kaca memandang Johan.

"Afirah...awak dah sembuh ke?"

Diam. Afirah hanya diam menatap wajah Johan seolah-olah dia sedang menatap sekeping gambar.

Tiba-tiba senyuman mesra menguntum di bibir Afirah dan tubuh lelaki itu didakap erat.

"Abang! Bile abang balik? Dah lama Firah tunggu abang! Tengok Firah da potong rambut, lawa tak bang?" Afirah bersuara girang. Bahasanya juga berubah daripada 'I' 'U' kepada 'Firah, Abang.'

Johan hanya mengangguk-angguk dengan hati yang pilu. Dia membalas pelukan dan hanya menahan dirinya daripada menangis di depan Afirah.

Pelukan dilepaskan tiba-tiba oleh Afirah dan dia mencari-cari di sekeliling bilik  seperti ingin mengharapkan seseorang lagi. Johan berkerut dahi melihat tingkah Afirah.

"Sayang cari ape ni?" tanya Johan pelik.

"Abang, mana anak kita? Anak kita mana bang?" ini membuatkan Johan lebih tersentak dan keliru. Anak? Sejak bila Afirah pernah beranak?

"Anak siapa?"

"ANAK KITA LA BANG!! ANAK PEREMPUAN KITA! TRINA?! YA ! MANA TRINA BANG?! TRINA! TRINA!" Afirah mula naik angin dan cemas. Lagaknya benar-benar seperti seorang ibu kehilangan anak.

Afirah mula melihat ke bawah katil, dalam almari dan bilik air. Dia melihat ke luar jendela sambil menyahut nama Trina menyuruh dia balik. Johan  mula runsing kepala dibuatnya.

"Trina...mana kau pergi nak? Kau tak sayang Mama ke? Trina!! Trina...TRINA!!!!! BALIK LA SAYANG! MAMA SUNYI SORANG-SORANG KAT RUMAH! ARGHHH!!!"

Afirah betul-betul da naik gila. Gelas minum di meja habis dipelantingnya. Johan cuba menahan amukan isterinya sambil menjerit-jerit memanggil nurse untuk bantuan.

Pintu dibuka dari luar dan Johan menyangka Nurse yang masuk tetapi rupa-rupanya Jina yang sedang berdiri tercegat memandang mereka. Afirah yang tadinya meronta-ronta dengan sekuat tenaga melepaskan diri dan berlari mendapatkan Jina.

Ia berlaku sepantas kilat membuatkan Jina tergamam apabila tubuhnya dipeluk oleh Afirah yang sudah merengek di bahunya.

"Jina...anak aku hilang!" itulah yang ditangisi oleh Afirah di bahu Jina membuatkan wanita itu kehilangan kata-kata.

MasyaAllah...Mungkin kerana dia sering mendera Trina membuatkan dia keliru yang Trina itu anak dia.

Sebenarnya lepas bab 'Hukuman' saya susah nak sambung jalan cerita ni. Idea saya menjadi kosong. Kawan-kawan kalau ade idea yang boleh bantu saya update cerita ni boleh comment saja.

Atas pertolongan beberapa pembaca lah saya mendapat idea lantas dapat update dengan cepat. Jadi jangan malu-malu berkongsi pendapat! Thanks ya all!

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now