Erry Putra

2.2K 45 0
                                    

Seperti biasa 4 orang sahabat itu akan duduk di tempat yang sama ketika waktu rehat mahupun habis masa pelajaran sekolah.

Sufi sedang mengusik Afirah tentang rambutnya dan membuat semua orang ketawa. Afirah tidak mengambil hati dan tertawa sama tetapi hatinya terus terbakar apabila Jina juga turut tertawa. Lama.

"Da lah! Takpayah nak ketawa lama sangat!Rimas lah!" marahnya separuh jerit. Mukanya kemerah - merahan menahan gunung berapi daripada meletup.

"Relax ah babe, aku takde niat pun nak buat kau terase hina." jawab Jina spontan dalam intonasi tegas.

Sejak itu Jina tidak banyak berbual apabila Afirah turut bersama mereka. Dia hanya akan berbual dan ketawa macam nak rak bila manusia bernama Siti Afirah tidak ada di depan matanya.

Tetapi siapa sangka dalam beberapa bulan selepas itu Afirah menyapahnya.

"Kau minat Erry Putra tak?" soalan pertama yang ditanya.

"Minat."

"Nak ikut aku pergi Fiesta Raya tak? Artis undangan Erry Putra dan Adira! Tiket murah je 28 Rm!" beria-ria Afirah mengajak Jina kerana dia tidak mahu pergi seorang diri.

Puas dia mengajak yang lain tetapi semuanya tidak ingin. Alasan, tidak kenal lah, tidak tengok tv lah...adakah patut?! Nak tak nak terpaksa lah ajak Jina.

"Ok."sepatah Jina menjawab tetapi tetap memuaskan hati Afirah. Terus dia melompat-lompat dan memeluk Jina membuat Jina terpana.

"Terima kasih Jina!!! Tak sabarnya nak jumpa Erry putra! Ambek gambar ngan dia! Minta auto..." Afirah berceloteh berterusan tanpa tanda titik. Jina hanya melihatnya dengan senyuman yang cuba ditahan. Lucu melihat telatah Afirah.

******

Siapa sangka yang Afirah akan membeli tiket dari seorang kakak kenalan dari facebook. Apa yang menarik ialah Kakak tersebut bekerja sebagai Event Management yang bererti dia menghandali fiesta tersebut.

Kakak itu memang baik kerana dalam ramai-ramai orang yang hadir di fiesta tersebut, dia masih dapat mengecam Afirah dan Jina.

Dia terus menyapah dan mengajak Afirah dan Jina ke belakang pentas untuk bertemu dua mata dengan Erry Putra! Berapa beruntungnya mereka rasa waktu itu! Tapi bila da jumpa malu-malu kucing pula lagak mereka. Macam wanita ayu terakhir dalam dunia ni.

Tidak berbual langsung hanya tersenyum kambing sahaja bila bergambar dengan Erry Putra. Erry putra memberi mereka 2 poster bersama tanda tangan dan hadiah khas itu album single Erry Putra!

Boleh dikatakan malam itu adalah malam yang indah bagi mereka berdua. Tanpa mereka sedari hubungan mereka sudah akrab dan boleh bergurau senda.

"Maluuuuuunya jumpa Erry Putra tadi! Short notice! Tak sempat nak touch up! Ya Allah! Handsomenya dia!!!!!" Afirah sudah kegirangan.

"Tulah! Dengan jerawat besar kat hidung aku ni! Hish! Da macam nenek sihir da aku ni! Tapi tadi masa ambek gambar aku sengaja dekat dekat dengan dia! Lengan kami bersentuhan you!" riak Jina yang tidak kurang sama dengan Afirah giannya.

"Mana Aci gini! Kau ni boleh tahan gatal jugak eh! Tak fair!!!!" rungut Afirah.

Mereka berdua tidak berhenti-henti berbual tentang Erry Putra sepanjang perjalanan mereka. Sejak itu bermulalah persahabatan yang tidak dapat dipisah.

Walaupun berapa tahun selepas itu mereka tidak berminat dengan Erry Putra lagi dan berpindah pula kepada Adi Putra, mereka tetap tidak akan lupa malam Fiesta Raya itu.

Untuk mereka, Erry Putra telah memulakan persahabatan yang indah dan mereka bersyukur sangat. Terima Kasih Erry Putra! Saranghae!

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now