Terpaksa

1.5K 30 0
                                    

Sab's POV

"Apa ibu? Cik Leh datang?" tanya Sabree ingin memastikan apa yang diberitahu oleh Ali adalah betul. Dia langsung tidak tahu menahu Jina hendak datang. Raya tahun lalu mereka kata hendak balik kampung, bukan main semangat lagi Tok Wan dan yang lain masak banyak-banyak untuk menyambut kedatangan mereka. Tetapi akhirnya Cik Leh menelefon dan memberitahu mereka tidak dapat balik kerana ada sesuatu mustahak.

Hancur hatinya mendengar khabar itu. Dia sudah bersungguh-sungguh masak lauk pauk yang Jina gemar. Tidak sabar rasanya hendak mendengar pujian oleh Jina. Sabree banyak menolong ibunya di dapur sejak kecil lagi sebab itu dia pandai memasak. Hatinya selalu berbunga melihat senyuman Jina ketika menikmati makanannya.

Dulu mereka berdua memang rapat dan selalu berinteraksi melalui facebook chat. Tetapi setelah kejadian raya tahun lepas, dia menanti kepulangan Pak Cik Leh sekeluarga tetapi hampa. Kerana terlalu mengikutkan perasaan dia juga sudah berhenti chatting dengan Jina lagi.

Oleh kerana itu dia terkejut mendengar berita ini. Setelah hampir dua tahun baru mereka kembali lagi.

"Tok Wan kamu ade beritahu Ibu yang Cik Leh nak ajak kami ke KL cari Mak Cik Comel kamu tu. Tetapi van tak muat jadi nanti Wan tinggal. Biar dia yang teman Jina."

"Apa Ibu? Wan?!"

"Kenapa dengan kamu ni Sab. Apa yang mak beritahu kamu jawab dengan pertanyaan lagi. Ye lah Wan sudah dia yang paling tua." marah Cik Linda yang sedikit geram dengan perangai anaknya. Dia tidak perasaan wajah anak lelakinya yang bertukar mendung.

***

"Apa!!!! Asal pula Jina yang tinggal?" bentak Jina tidak berpuas hati

"Sudah kamu yang paling tua. Kalau abang kamu yang tinggal siapa pula yang nak pandu van tu?" tenang saja penjelasan Cik Asma.

"Tapi..." belum sempat Jina hendak membantah ada suara yang membantah.

"Assalamualaikum!"

Cik Linda sekeluarga memberi salam. Jina mendengus geram dan terus menghentak kaki ke bilik air apabila melihat renungan tajam Cik Asma. Iyelah...Jina baru bangun tidur dan pakaiannya juga tidak elok dipandang.

"Sudah siap Kak?" tanya Cik Linda apabila menyalami tangan Cik Asma yang lebih tua darinya.

"Sudah. Akak tunggu korang semua saja tadi. Anak dara sorang tu baru bangun." Cik Asma memaksudkan si Jina.

"Biasa lah tu. Penat agaknya." kata Cik Linda untuk memberitahu dia tidak kisah dengan perangai Jina yang buruk.

15 minit kemudian Jina keluar dengan berpakaian baju kurung hitam tanpa corak. Rambutnya yang basah dibalut dengan tuala.

"Hai nampaknya awak dengan Wan je lah kat rumah malam ni." Entah dari mana Safwan muncul pun Jina tidak perasan. Safwan sedang memberi senyuman yang manis kepadanya. Jina juga membalas dengan senyuman yang boleh tahan menawan.

"Ok da kami nak pergi ni. Lampu ni semua bukak. Kunci pintu. Ok da jom semua." sahut Cik Asma kepada yang lain.

"Biar Sab yang tinggal, Wan ikut je korang! Lagipun dia dah nak bertunang nanti ape kate orang kampung semua!" tiba- tiba Sabree mencelah apabila semua sudah siap-siap ingin keluar.

Jina memandang Sabree dengan kerutan di dahi lalu memberikan senyuman kecil. Tetapi senyumannya tidak dibalas malah disambut dengan renungan yang tajam.

Jina menelan air liur yang terasa pahit. Nampaknya hari ini akan menjadi hari yang begitu sunyi untuk Jina Alamakkkk!!

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now