Selamat Tinggal

1.4K 29 4
                                    

Keesokkan harinya Jina bersiap-siap untuk ke Mahkota Parade Shopping Mall. Dia langsung tidak mengendahka pandangan tajam keluarganya kerana keluar tanpa meminta izin oleh Suaminya.

'Tolonglah..budak tu baru 17 tahun. Aku ni 18 tahun. Jangan harap aku nak salam menyalam ni. Geli tau tak.'

Keadaan di Mahkota Parade Shopping terlalu sesak hari ini sehingga berlanggaran siku dan lengan. Jina yang sedikit rimas dengan sekelilingnya hanya berdiri di depan Restoran Secret Recipe.

Erza menanti kesampaian mereka berdua dengan sabar dan memerhatikan gelagat pengunjung di pusat beli belah itu. Tidak lama kemudian Jina ternampak kelibat Afirah dan Johan berpimpin tangan menghampirinya. Senyuman mekar di bibir Jina tetapi hanya dia saja yang tahh betapa pedihnya hati ini menyaksi adegan romantik sepasang kekasih itu.

"Jina...dah lama ke kau tunggu?" tanya Afirah yang memberinya senyuman kaku.

Jina hanya tersenyum dan memandang wajah Johan. Hatinya sedikit terhiris melihat sinaran mata Johan yang dingin. Bunga- bunga kemesraan langsung tidak bercambah di wajah lelaki tersebut.

Jina tidak bercakap banyak dan mengajak mereka masuk ke dalam restoran. Mereka order makanan dan terus senyap mendiamkan diri.

Akhirnya Jina bersuara, " Kau tinggal kat mana sekarang."

" Tidak jauh dengan kamu berdua. Aku pindah ke sana pun sebab aku nak cari seseorang tapi entahlah...Tuhan dah tentukan jalan lain untuk aku. Mungkin...jalan yang lebih baik." Lembut tapi penuh dengan sinis Johan menerangkan kepada Jina.

Jina hanya tersenyum namun lekas lekas senyuman itu mati .Tiba- tiba hatinya berombak geram dengan Johan. Johan tidak perlu bergantung dengan Afirah untuk bertemu dengannya. Kalau betul Johan sayangkan dia, Johan akan bersemuka dengan dia walau apapun yang terjadi.

Ini tidak..dia mendengar kata orang lain. Ikut rentak orang itu dan akhir terjebak dalam tipu daya kawannya sendiri.

"Mungkin kalau kau tak bergantung kat orang lain untuk berjumpa dengan seseorang itu..the result is gonna be different. The truth is..You're just plain lazy." Jina menuduh Johan tanpa selindung lagi. Dia yang dianiaya tetapi dia juga yang dilihat seperti wanita jahat.

"Excuse me!.." suara Johan mula meninggi. Dia terus dipotong oleh Afirah. Afirah berbisik sesuatu kepadanya menyuruh kekasihnya untuk lebih bersabar. Panas relung hati Jina melihat aksi itu.

"Babe ape ni babe..bukan kau ke yang cakap ngan aku yang kau tak nak jumpa dia. kau sibuk la apelah." Afirah tiba-tiba bersuara dalam nada membelah diri. Jina tergamam. Tidak sangka kawannya menipu betul-betul di depannya.

"Boleh tak kau jangan teruskan penipuan ni dan beritahu Johan apa yang kau dah buat selama ni." Johan mula tidak senang duduk. Dia berasa panik dan bingung. 'Apa yang terjadi ni?'

"Jina, aku tahu kau dah menyesal dengan apa yang kau dah buat. Kau tak payah nak dalihkan kebenaran lagi. And aku tahu..memang impian kau nak hidup senang kan. Tapi sekarang ni kau dah kene paksa kahwin ngan budak sekolah dan sekarang bila kau dapat tahu yang Johan ni ade keje tetap...baru kau nak jumpa dia?? KAU NI MEMANG MATA DUITAN!" Afirah meninggikan suara kerana dia berasa takut sangat. Takut kalau-kalau helahnya akan terbongkar.

'PANG!!' Tangan lembut milik Jina melayang menampar pipi gebu Afirah. Johan terus memeluk Afirah yang mula menangis dan menjerit kepada Jina.

"ENOUGH! Mulai sekarang aku tak nak tengok muka kau lagi! Aku tak nak pompan licik macam kau berkawan dengan kekasih aku! BERAMBUS!!" tengkingnya meluncur bersama pandangan yang tajam dan wajah yang bengis.

"Baik. Aku akan pergi. But just know one thing. Memang niat aku hari ini untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kau dan kawan baik aku." ucap Jina dan memandang sahabat baik nya.

Terkelip-kelip mata Afirah menatap renungan sahabatnya yang tidak dapat ditafsirkan. Jina melarikan pandangan ke tempat lain dan berkata lagi.

"Kedatangan aku hari ini cuma nakkan Afirah ungkapkan kebenaran. Sebab aku tak mahu pergi sebagai perempuan jahat di ingatan kau. Aku takkan meminta hak aku walaupun kebenaran terungkap sebab..dari dulu kau memang belum pernah menjadi milik aku. Tapi aku tak sangka ini yang akan terkeluar dari mulut kawan baik aku sendiri. Mungkin dia ingat aku hendak merampas kau walaupun hakikatnya kau yang dirampas oleh dia. Afirah...aku takkan buat demikian. Mungkin inilah jadinya kerana aku banyak berhutang budi dengan kau. Mungkin ini lah nilai bayaran yang harus aku berikan kepada kau. Sisa kebahagian aku yang telah menjadi milikmu. Selamat tinggal korang. Aku harap kamu berdua kekal dan bahagia selalu. Kalau kau mahu aku sentiasa menjadi perempuan jahat di mata Johan. Baiklah...Aku sayangkan kamu berdua. Itu saja. Selamat tinggal." panjang lebar Jina mengucapkan selamat tinggal.

Jina pun berlalu pergi meninggalkan sepasang kekasih yang masih terkejut dengan apa yang dikatakannya. Akhirnya airmata perempuan jatuh dan Jina terus berjalan dengan kepala tertunduk. Hatinya hancur berkecai dan airmatanya semakin berjuraian apabila kata-kata kesat dan tuduhan dari dua insan disayangi terngiang-ngiang di telinga Jina.

Satu masalah sudah pun selesai. Hanya tinggal satu saja lagi masalah yang perlu dia hadapi. Rumah tangga yang baru dibinanya selama satu hari.

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now