Penemuan

1.3K 34 2
                                    


Di setiap hujung minggu, Jina akan membawa Trina jalan-jalan ke taman, tempat permainan ataupun membeli-belah di mall. Kali ini dia membawa Trina ke MidValley Megamall kerana dia ingin membeli pakaian dalam wanita di butik Triumph.

Jina juga berjanji kepada Trina yang dia akan membelikan mainan pilihan anaknya di Toy R Us nanti.

Jina menyuruh Trina duduk diam-diam di sofa kecil di dalam butik itu sementara dia mencari pakaian dalam mengikut cita rasanya.

Membuat pilihan memang susah kerana barang-barang di situ semuanya mahal. Dia harus memilih dengan betul apa yang ingin dibelinya. Untung ada Sales girl yang tolong membantunya membuat pilihan dengan menjelaskan perbezaan setiap jenama pakaian dalam di situ.

Akhirnya Jina membuat keputusan untuk membeli jenama Aqua Air dan Cleavage on Demand. Setelah membuat bayaran dan mengucapkan terima kasih kepada sales girl yang membantunya tadi, Jina pun kembali ke anaknya.

Tetapi bukan main terkejut lagi apabila Jina menyedari anaknya tiada di situ. Dia mula cemas dan diserang ketakutan sehingga lututnya lemah dan tangannya terkulai.

"Cik, cik okay ke ni?" tanya seorang lagi pekerja di butik itu.

"Anak saya..awak nampak anak perempuan saya. Dia berusia 6 tahun." tanya Jina dengan cemas.

"Maaf Cik, saya tidak nampak." sales girl itu menjawab dengan wajah simpati.

'Ya Allah! Anak aku..anak aku Trina. Lindungi lah dia Ya Allah!'

Terketar-ketar tangan Jina mengeluarkan telefon bimbitnya untuk menghubungi Sabree.

"A..bang..abang! Trina..dia hilang a..bang. S..ya tak..tau mana nak cari dia." tersekat-sekat suara Jina menahan tangisan.

"Tunggu situ. Abang datang sekarang." itu saja yang dibalas oleh Sabree. Mungkin dia marah dengan kelalaian Jina.

Jina menghela nafas dan menghembus kembali dengan niat untuk menenangkan dirinya sendiri. Perasaan yang dirasuk kebimbangan cuba dikikisnya sedikit demi sedikit tapi ketenangan tidak kungjung tiba.

Matanya mengjangkau jauh ke sekitar mall itu dan cuba memikirkan di mana Trina mungkin berada. Tiba-tiba dia terfikirkan sesuatu, Toy R Us!!

***

Setelah mendapat tahu Ezyln diserang oleh Afirah dari driver mereka, Johan lekas-lekas membuat baik kepada Afirah dengan mengajaknya keluar shopping. Ini entah kali ke berapa dia kantoi dengan bininya tetapi untuk dipujuk senang saja. Entah lah, Johan pun tidak faham kenapa isterinya berlagak seperti tiada apa yang berlaku dan tidak menengkingnya.

Isterinya akan bersikap seperti biasa walaupun telah menyerang wanita-wanita selingkuhannya 'Ah..dia pun tidak kisah. Apa yang hendak aku hairankan.'

Johan tidak tahu kenapa dia menghawini Afirah walaupun dia berasa tidak selesa dengan wanita itu.

Mungkin, sampai sekarang Johan ingin mengetahui sesuatu yang mushykil dari Afirah. Ataupun..Afirah adalah satu-satu ingatannya kepada wanita yang dicintai...Siapa sangka... yang hati terluka boleh mengubah seseorang.

Johan dan Afirah sedang berjalan seiringan dan berpimpinan di Megamall seperti sepasang kekasih bahagia. Hakikatnya, dia perlu melayani Afirah seperti putri agar isterinya tidak menanyakan tentang perselingkuhannya.

"Sayang...sayang happy tak I bawa jalan-jalan hari ni?" Johan memancing isterinya.

Afirah hanya tersenyum dan melentokkan kepalanya di bahu Johan. Dia tahu Johan membawanya keluar untuk mengambil hatinya. Tetapi biarlah...masa sekarang lah dia boleh bermanja-manja dan meluangkan masa bersama suaminya walaupun itu semua hanya belaian palsu daripada suami sendiri.

"Huhuhu...huhuhu...Mama! Mama mana!" seorang budak perempuan sedang menangis di luar kedai Toy R Us menarik perhatian mereka. Johan menggelengkan kepala melihat orang yang hanya lalu lalang tidak mempedulikan anak kecil itu.

Dia menarik Afirah mendekati budak itu.

"Adik..adik ni hilang ke?" Johan bertunduk dan bertanya dengan lembut.

"Mama cakap jangan cakap dengan orang yang tidak dikenali. Tetapi Trina tengok pak cik macam baik jadi Trina nak minta tolong boleh?" suara Trina kedengaran comel dan sedikit sengau dek menangis tadi.

Afirah tersenyum melihat kepintaran budak itu bercakap. Johan juga turut tercuit dengan budak itu.

"Mestilah boleh..adik nak minta tolong apa dengan pak cik?"

"Tolong carikan mama. Tadi Mama beli barang lama sangat kat butik. Trina bosan dan terus ke sini sebab mama janji nak beli mainan. Tapi sekarang Trina da tak tahu macam mana nak pergi butik tu..."

"KATRINA SALMI!!" panggil seorang wanita tidak jauh dari situ. Kelihatan wajahnya bergayut setompok kebimbangan.

"MAMA!" terus Trina berlari ke dakapan Mamanya. Johan dan Afirah mengekori budak itu dengan ekor mata mereka. Mereka terpempan dengan apa yang dilihat mereka.

"Jina..." Johan berbisik sendiri.

Afirah tidak percaya dengan apa yang dilihatnya. Pandangannya terpaku kepada Jina yang sedang menangis dan mencium bertubi-tubi ke pipi anaknya. Tanpa sedar langkahnya mendekati anak beranak itu.

"Mama...Pak Cik ni..dan Aunty ni yang tolong Trina tadi."

Jina menoleh untuk mengucapkan rasa syukurnya tetapi dia dikejutkan sekali lagi dengan wajah orang yang berdiri di depannya sekarang.

"Afirah..Johan..." dia seperti tidak percaya mereka akan bertemu kembali.

Jina merenung ke dalam mata Afirah untuk menyelami perasaan wanita itu. Ternyata dia dipandang dengan dingin oleh Afirah. Tahu lah dia, sahabatnya masih tidak melepaskan masa silam.

Afirah menggenggam tangannya tanda geram. Pada mulanya, dia berasa sedikit bahagia dapat berjumpa dengan Jina setelah sekian lama. Tetapi apabila dia terpandang suaminya melihat Jina dengan pandangan sayu, dia berasa sungguh sial bertemu kembali dengan Jina.

Dia mengerling geram dengan ekor matanya apabila Johan masih tidak melarikan pandangannya daripada Jina.

"Trina! Anak Papa! Ya Allah sayang...risau papa bila dapat tahu sayang hilang tadi." Tiba-tiba Sabree muncul dan terus menyerbu anaknya. Anaknya didukung dan didakap dengan penuh kasih sayang.

"Mana awak jumpa dia?" tanya Sabree ingin tahu. Dia masih tidak perasan akan kehadiran Johan dan Afirah. Jina membalas dengan isyarat mata agar Sabree memusing ke arah mereka berdua.

"Afirah!" nyata Sabree juga terkejut dengan penemuan mereka. Afirah hanya tersenyum hambar kepada Sabree.

Johan menghulurkan tangan untuk memperkenalkan diri. Jina mula berasa tidak sedap hati. Takut suaminya akan cemburu ataupun marah apabila mendapat tahu siapa lelaki yang baru memperkenalkan dirinya.

"Johan." Jina memandang Sabree untuk melihat reaksi suaminya. Hampeh! Expressionless. Tetapi Jina betul betul tidak menyangka bahawa Sabree akan membalas huluran tangan itu dan turut memberikan senyuman kecil.

"Sabree."

OH OH...AFIRAH DAH MARAH! MACAM MANA NI?? APA EH YANG AKAN TERJADI LEPAS NI? DORANG AKAN BERTEMBUNG SELALU TAK LEPAS NI? HMMM...

OH YA, MAAF SEBAB SAYA UPDATE LAMBAT. SAYA BEKERJA DAN JUGA SAYA PUN BACA NOVEL JUGA. YELAH UNTUK MEMPERBAIKKAN BAHASA DAN PENULISAN SAYA.

SAYA TAK LAYAK MENDAPAT PUJIAN TETAPI TERIMA KASIH KERANA MASIH ADA YANG MEMUJI SAYA. TERIMA KASIH ATAS KOMEN KAMU SEMUA. UPDATE NI SAYA BUAT 3 JAM SEBELUM SAYA KELUAR PERGI KERJA. HARAP2 TAK TERUK LAH CHAPTER NI...KALAU BORING, MAAF EH!

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now