Jangan

1K 26 1
                                    

Johan berhubung dengan Trina melalui telefon. Setiap kali dia akan menanti panggilan dari Trina atau dia yang menelefon gadis itu sendiri. Syukur alhamdullilah dia semakin semangat dengan hidupnya kembali.

Mungkin kerana kehadiran Trina dalam hidupnya membuatkan dia tabah untuk meneruskan hidup tanpa Firah. Walaupun dia tidak pernah mempunyai atau berpengalaman menjaga anak sendiri, sekurang-kurangnya dia ada Trina, anak angkat dia dan Afirah.

"Papa, kenapa papa tak rajin-rajin datang sini. Macam mana nak pikat mama kalau macam gini?"

"Papa ada banyak kerja kat ofis sayang." Memang betul, banyak kerja yang tergendala akibat dia mengambil cuti panjang tempoh hari.

"Hais...nampaknyer...Uncle Raihan la yang kahwin ngan Mama. Uncle Raihan rajin datang sini jumpe Mama. Kesian Papa..." Trina sengaja menyakitkan hati Johan agar Johan sedar bak pepatah, "Siapa cepat, dia dapat."

Terbeliak mata Johan apabila mendengar cerita Trina. Haish...Jina ni kenapa? Dah menggatal nak kahwin lagi ke? Cepat betul dia lupakan suami dia! Johan mengutuk di dalam hati walhal hakikatnya, dia tidak sedar yang dia sedang cemburu dengan hubungan Jina dan Raihan.

***

Trina menjemput Johan ke rumah pada malam minggu kerana Jina dan Raihan akan mengada acara 'family bbq' kecil-kecilan di luar rumah. Runtung hati Johan apabila asyik-asyik mendengar nama Raihan saja.

Dia pun terus memandu ke rumah Jina, apabila dia tiba, Jina langsung tidak mengendahkan kehadirannya. Dia sebuk berborak di sebelah Raihan yang sedang mengipas-gipas kepulan asap di tempat pembakar.

Amboiiiii...tengok tu senyuman dia, bukan main mekar lagi bibir mungil dia. Alahai boleh pula dia jual senyuman dia kat Raihan kalau kat Johan tak pernah pun dia tunjuk wajah mesra alam macam gitu.

Johan masih bersandar di keretanya melihat dua 'sahabat' itu berborak. Gelak ketawa bagai dia tengok Jina. Sejujurnya tidak pernah dia nampak Jina ketawa bahagia dan menyala wajahnya ketika berbual. Jina yang dia ingat dulu adalah seorang pendiam. Itu saja...

"Ouch!" Jina terjerit kecil apabila jari-jemari tersentuh tempat bbq ketika tidak dapat menahan rasa lucu mendengar cerita Raihan yang ada-ada saja.

Johan ingin bergegas mendapatkan Jina apabila melihat wanita itu terluka tapi terbantu bila si Raihan menarik tangan Jina dan meniup jari-jemari Jina yang terkena bahang api tadi. Adui...

"Jom pergi dapur, you kena cuci tangan you dengan air sejuk dulu. Nanti I sapu cream." Raihan menarik lengan baju Jina untuk ikut dia masuk ke dalam rumah. Johan betul-betul berasa tidak puas hati apabila melihat jantan tu sesuka hati je menyentuh Jina. Dia turut mengekori mereka ke dalam rumah.

Confirm ada yang tertanya-tanya mana si Trina, untuk pengetahuan ya'all Trina sibuk main dengan rakan sejirannya. Setelah menyapa Johan sebentar dia sambung bermain dengan kawan-kawan dia. Ok back to topic.

Johan pun mengendap dari belakang tembok dan menyaksi bagaiman Raihan menyapukan cream ke jari Jina yang sudah kemerah-merahan. Sapu sikit...tiup...sapu sikit...tiup. Grrrrrrrrrr....

Selesai menyapukan cream ke jari Jina, Raihan pun menyimpan kembali kotak first aid itu di tempat asalnya. Saat itu, Jina terperasan kehadiranh Johan yang sedang mengintip-gintip ke dalam dapur. Jina menaikkan kening sambil memandang Johan pelik.

Johan yang sedar dirinya sudah kantoi mula terbatuk-batuk dan memberi alasan yang dia sebenarnya ingin mengambil air.

"Air jus kan berlambak kat luar rumah tu." Jina menyentap.

"Ah...aku tahu! Tapi...er..tekak aku sakit..aku nak minum air suam je." Macam kambing pula si Johan senyum-senyum. "Ah! Eh Raihan! Tak hangus ke makanan tu semua?" tanya Johan dengan harapan dia akan pergi dari situ.

Raihan terus lari keluar dan Johan pula sudah bersorak sakan di dalam hati sebab dapat halau lelaki itu pergi. Ada benda yang dia kena bincang dengan Jina.

"Aku nak cakap siket." Jina memandangnya malas dan menunggu apa yang hendak dikatakan Johan.

"Aku tak suka kau rapat dan berkepit dengan Raihan. Nanti apa orang kata? Suami belum lama meninggal tapi dah berhimpit dengan jantan lain." Jina yang mendengar betul-betul marah tidak terkata.

Terus dia bingkas bangun dan menghampiri Johan dengan mata tajam menusuk ke dalam anak mata Johan. "Aku rasa tu bukan apa yang orang lain kata, tapi kau yang berfikir begitu.Kau nak kata aku ni apa? Aku gatal? Terhegeh-hegeh nak cari suami baru?"

"Kalau bukan itu habis apa?! APA!! Trina beritahu aku yang dia selalu datang ke sini. Kau kena sedar siket yang kau tu perempuan! Ada batasnya, tapi apa? Kau biarkan saja laki tu sentuh kau sesuka hati!"

"Hei! Dia sentuh sebab dia nak tolong aku. Kalau dia nak datang sini ke mana ke. Kau peduli apa! Kau siapa nak ingatkan aku mana salah atau betul. Ni hak aku! Faham?" Jina da tak kuasa nak bertengkar dengar Johan dan ingin berlalu pergi tapi dihalang oleh Johan apabila lengannya digenggam oleh Johan.

"Lepas!"

"Asal? Aku tak boleh sentuh kau? Kalau dia boleh pula kau bagi." balas Johan yang enggan melepaskan tangan Jina.

"Stop it! Why are you doing this to me!" tengking Jina.

"THEN WHAT ABOUT YOU!" bentak Johan membuatkan Jina tersentak dan terkaku. "Dengan aku, kau tak pernah nak senyum. Nak gelak sakan. Kau sedar tak macam mana wajah kau sekarang..."

Jina tidak mahu mendengar apa yang dikatakan Johan dan menyentap tangannya kasar. Johan yang betul-betul bengang dengan kedegilan Jina terus menarik dan menggenggam kedua-dua bahu Jina dengan wajah bengis.

"JANGAN! JANGAN PERNAH TUNJUK SENYUMAN KAU KAT DIA. JANGAN PERNAH TUNJUK WAJAH KAU YANG AKU CAKAPKAN TADI DENGAN LELAKI-LELAKI MANA SEKALIPUN!"

Jina terpaku. Dia terkejut...terpempan..semuanya. Dia tidak faham apa maksud Johan tapi yang pasti, lidahnya keluh untuk berkata-kata. Johan yang tersedar dengan sikapnya terus keluar dan memandu keretanya pulang. Meninggalkan Jina yang masih terkesan dengan kata-kata yang diucapkan Johan.

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now