memori

1.1K 34 0
                                    

Sejak beberapa malam setelah Afirah pulang ke rumah, dia mengalami kesukaran untuk tidur. Bak kata orang putih "insomnia."  Hatinya berasa resah dan galau. Dia tidak tahu kenapa...Kadang-kadang kepalanya diserang rasa sakit dan gambar-gambar kabur menyiar di layar mindanya.

Termasuk malam ini, Afirah masih tidak boleh tidur dengan nyenyak lantas dia memutuskan untuk bangun dan duduk di lantai bawah saja. Afirah menjangkau ke sekitar rumahnya dan baru menyedari ada sesuatu yang tidak kena.

Apabila dia menuruni tangga dia tersedar bahawa rumahnya tidak dihiasi dengan gambar-gambar mereka sekeluarga. Bahkan dia tidak nampak satu pun gambar Trina...Afirah hairan sendiri, takkanlah mereka tidak pernah bergambar bersama.

Tiba-tiba terbit satu soalan di hati Afirah. Dia tertanya sendiri...cuba mengingati sendiri memori dia melahirkan Trina, wajah bayi dia...Hati Afirah ditimpa rasa sedih yang amat.

Suara batinnya menggeletar, "Ya Allah...kenapa aku tidak ingat ini semua...bantulah aku Ya Allah. Sesungguhnya aku amat keliru dengan diriku sendiri."

Airmata Afirah mengalir dan terus mengalir. Denyutan di kepalanya semakin sakit dan akhirnya dia tumbang sendiri di lantai. Dia mengerang kesakitan, silau...dan...saat itu semua terpancar dengan jelas siapa dirinya sebenar.

"Aargh...huk..huk...ARHHHH!!! Arhhhh!! Arrrh!!!!Ya Allah! Arhhhh!!! Huhuhu..." kesakitan yang dia rasakan saat ini lebih sakit dari denyutan di kepalanya. Afirah meraung, menangis sepuasnya kerana tidak dapat menerima memori yang telah kembali.

"Arhhhhh!!!!!!!!!! Arrrhhhhhh!!!! Huuuuuu!!! Huuuu!!!" Dia terusan meraung.

Johan yang terbangun setelah mendengar raungan kuat di lantai bawah terus bergegas keluar dari bilik. Dia melihat Afirah sedang terbaring di lantai mengerang kesakitan sambil menangis.

"YA ALLAH! SAYANG!! APA YANG DA JADI!" Johan bertanya dengan cemas dan terus mencempung tubuh Afirah yang sudah lemah ke atas bilik. Dia berbisik dan memujuk isterinya untuk bertenang.

Afirah tetap menangis walaupun berapa kali Johan bertanya kenapa. Isterinya hanya menutup mata tidak mahu melihat wajah Johan walaupun sedang menangis. Johan akhirnya memeluk tubuh isterinya dan menepuk-nepuk badan wanita itu hingga akhirnya Afirah tertidur sendiri dalam tangisan.

"Trina...hari ni kita keluar jalan-jalan nak?" tanya Afirah keesokan harinya ketika mereka sedang bersarapan.

"Boleh ke Mama? Papa tak work?" tanya Afirah dengan wajah polos dan naif.

Afirah memandang wajah itu dengan mata yang berkaca-kaca. Dia masih tidak boleh menerima yang dia telah menyakiti anak sebaik dan secerdik Trina.

"Papa tak work hari ini. Kita pergi sunway lagoon macam mana? Suka tak?" Johan memberi saranan. Dia turut teruja juga kerana ini adalah kali pertama dia keluar dengan keluarga. Iyelah...selama ini mana dia ada anak dan pengalaman menjadi seorang bapa.

Trina melonjak gembira tapi terus terdiam apabila dia perasan wajah Afirah yang sedang sugul. Dia bangun dan terus berdiri di sebelah Afirah.

Lengan wanita itu dipaut dan dia bersuara bimbang, "Mama, Mama sakit ke? Kenapa Mama nampak sedih?"

Afirah terus menayang gigi dan senyum selebar-lebarnya untuk "anak" tercinta. Rambut Trina dibelai-belai dan pipi comel itu dicubig sedikit.

"Mana ada! Mama tengah excited nak jalan-jalan dengan Trina ni. Kita ambil banyak gambar ya sayang? Dengan papa sekali! Nanti kalau Mama da pergi...Mama harap Trina tak lupakan Mama."

Terus Johan memandang ke arah Afirah dengan kerutan di dahi. Dia hairan dengan sikap Afirah hari ini...seperti ada sesuatu yang mencurigakan.

"Mama nak pergi mana?" Afirah hanya tersenyum penuh kasih kepada Trina. Soalan anak itu langsung tidak dijawab.

Selesai bersarapan dan bersiap-siap, mereka pun ke Sunway Lagoon. Mereka betul-betul gembira waktu itu...lagak mereka memang sebiji seperti satu keluarga bahagia. Hari itu mereka tidak pulang dengan tangan kosong tetapi dengam memori yang akan tersemat lama di hati. Juga beberapa gambar seperti yang diminta Afirah.

***

Malam itu, Afirah mengambil wuduk dengan niat yang suci. Dia berwuduk dengan rasa bertaubat, dia menyesali segala dosa-dosa yang dilakukannya. Waktu itu, dia hanya ingin dekat dengan Allah.

Ketika menghadap kiblat, Afirah membayangkan Allah di hadapannya. Syurga di kanan, neraka di kiri dan Malaikat maut di belakangnya. Setiap bacaan dan doa, Afirah memastikan dia faham maksudnya. Begitu khusyuk dia solat pada malam itu kerana dia tahu...mungkin itu adalah malam terakhir dia sempat untuk bersolat.

Selesai bersolat Afirah mendapatkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Jina. Dia tahu Jina pasti sedang nyenyak tidur sekarang tapi dia akan terus menelefon sehingga Jina menjawab panggilannya.

"Hello?! KEnape? Trina sakitke?! Kenapa dengan dia?!" macam peluru pertanyaan Jina sebaik saja dia menjawab panggilan Afirah. Ibu mana tak risaukan anak mereka yang berjauhan kan...

"Dia tak ade papa..."jawab Afirah lembut. Dia sedang berlawan dengan diri sendiri untuk menahan sendu.

"ouh...uhmm terus kenapa call malam malam ni?"

"...Aku minta maaf." Afirah terus berkata.

"...kau..."  tanya Jina seperti sudah tahu yang Afirah sudah ingat semuanya.

"Ye. Aku da ingat semuanya Jina...kau tak usah cakap pape. Just listen to what I've got to say. Aku minta maaf Jina...aku minta maaf kerana memfitnah dan menghancurkan kebahagian kau. Aku minta maaf kerana kau dapat kawan jahat seperti aku. Aku minta maaf dan berterima kasih kat kau sebab memberikan aku peluang untuk menyayangi Trina. Aku minta maaf...atas...atas..." Afirah menepuk-nepuk dadanya. Airmatanya menitis satu per satu.

"Aku minta maaf atas kematian arwah suami kau. Aku tahu bukan mudah untuk kau memaafkan aku...aku cuma nak meminta maaf atas segala perbuatan aku terhadap kau. Dan aku cuma nak cakap yang aku...that..that I miss you twin. And I love you so much..." Afirah menangis sepenuhnya. Dia menahan suaranya dari mengeluarkan sendu.

Di dalam corong samsung Afirah..boleh kedengaran sendu seseorang. Jina juga turut menangis...

"Ini kali terakhir aku dapat berbual dengan kau. Aku nak tanggungjawab atas segala jenayah yang telah aku lakukan. Aku cuma nak cakap yang aku akan pulangkan semua hak kau. Aku pulangkan anak kau...huk..dan juga Johan..huk...aku pulangkan kebahagian kau..selamat tinggal Jina. Sehingga akhir hayat aku...kau adalah kawan sejati. Sekali lagi aku minta maaf..." terus talian dimatikan.

Lalu dia tekan butang off pada samsung galaxy ace4 miliknya. Bahkan tali penyambung telefon rumah, handphone Johan semuanya dia matikan. Dia tahu Jina pasti akan menelefon salah satu daripada itu setelah gagal menghubunginya kembali.

Dengan kudrat yang masih tersisa digagahka kaki untuk melangkah keluar dari rumah. Setelah berdiri di luar kedua belah tangan diangkat tanda menyerah.

"Aku menyerah diri." Afirah berkata.

Perlahan-lahan mereka semua keluar. Polis-polis yang mengawasi gerak gerinya selama ini keluar dari tempat sembunyi. Mereka menghampiri Afirah tanpa banyak suara dan terus tangan Afirah digari. Afirah hanya mendiamkan diri dan terus mengikut mereka tanpa menoleh belakang. Dia tahu..jika dia menoleh..dia akan menyesali tindakannya kerana meninggalkan syurga dunia miliknya.

Hello guys...ade part yang Afirah solat tu..tu kalau korang ade facebook maybe korang ade terbaca cerita seoramg alih ibadah Isam bin Yusuf. Saya rasa ini adalah satu pengajaran bagi kita apabila membaca ceritanya agar kita akan rasa lebih insaf. Mungkin ya kita semua solat...tapi jika kalian membaca tentang Isam bin Yusuf pasti korang akan berasa ibadah kita seperti kurang baik. Kerana kita melakukan tanpa rasa taubat dan kesal. We do it because its wajib but we forget the main point of solat. Sorry just sharing! Jangan marah ye.

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now