Malu

1K 27 0
                                    

Raihan menggangguk faham setelah Jina menceritakan segala yang berlaku di kehidupannya beberapa tahun ni.

"Jadi...Johan tu...hais. I rase macam pelik lah bila you all masih boleh hang out macam gini after what happened. And...takziah buat arwah Afirah." ucap Raihan ikhlas.

Jina hanya mengangkat bahu dan memaniskan muka. Dia juga tidak faham lah dengan apa yang sudah berlaku sekarang. Tonggang langgang. Dia tidak faham...kenapa dia masih lagi boleh keluar bersama Johan setelah semua yang telah berlaku.

'Walau sejauh mana pun...di mana jua pun pasti Johan akan muncul lagi.'

"At least now I know that you're single now and that guy...he is not your husband." Raihan berasa puas dan lega bila mengetahui status Jina. Ada chance!

Jina memandang Raihan semacam apabila mendengar apa yang dikatakan lelaki itu. Please! Dia masih belum sedia nak cari pengganti Sabree, kalau boleh tak nak ada pengganti langsung!

"You tak nak pergi ke?"

"You halau I ke?"

"Tak lah...mana tau your friends semua da lama tunggu and tercari-cari mana you." Jina memberi alasan.

"Hahaha! Okok, I go. But I will contact you soon." Raihan mengenyit mata dan langsung bergegas pergi. Jina melihat Raihan pergi hingga kelibatnya sudah tidak kelihatan lagi. Apabila dia pusing, dia perasan yang Johan sedang merenung ke arahnya.

"What?"

"Lah kenapa? Salah ke I tengok you?"

"What?! Kau ni da buang tebiat ke ape?" sangkas Jina.

"Ala, abeh kalau dulu you slalu skodeng I kat jendela rumah you boleh pula." Johan tiba-tiba membuka cerita lama membuatkan muka Jina terus merah menahan malu. Macam mana dia tahu pula??

"Ma..mana ade! Jan..Jangan nak buat cerita eh."

"Hais...takpelah kalau orang tu tak nak mengaku. Tapi comel juga bila tengok orang tu tersorok-sorok nak mengendap. HAHAHA!!!" Mengingatkan kisah lama membuatkan Johan berasa geli hati lalu tidak dapat dari menahan ketawa.

Jina pula sudah panas semuanya...malu dan geram bila Johan tiba-tiba mengungkit cerita lama.

"Mama, Papa, jom la balik. Trina da penat la." Cepat-cepat Jina menarik anaknya ke parking kereta Johan, tunggu sane lagi bagus. Biar si badigol so'od tu yang kemas semua. Padan muka!

Johan pula terkebil-kebil bila ditinggalkan begitu saja. Aish...nak tak nak memang dia lah yang kena kemas.

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now