Balik kampung

1.6K 29 0
                                    

Oh bulan sampaikan rinduku

Oh bintang kirimkan cintaku

Yang hilang pastikan bersatu

oh sayang di dalam mimpimu

Oh bulan sampaikan rinduku

Oh bintang kirimkan cintaku

Yang hilang mungkinkah bersatu

Oh sayang di mana dirimu...

Malam ini aku sendiri..

Menanti dan terus menanti

Usah ditangis lagi

Usah dirindu lagi

Pasti kita bertemu nanti

Usah ditangis lagi

Usah dirindu lagi

Pasti kita bertemu pasti...

Pipi Jina basah dengar airmata yang merembes keluar. Dia merasakan lagu ini sesuai dengan dirinya. Genap sudah 9 tahun, perasaan cinta dan rindu masih tersimpan kemas di sudut hatinya.

Sekarang umurnya sudah menginjak dewasa. Di dalam umur 18 tahun seorang gadis pasti sudah mula bermimpikan seseorang sebagai teman hidup. Sang jejaka yang merupakan teman kecilnya dahulu masih lagi berpegang kemas pada sekeping hatinya yang hilang.

'Bukan aku berhati batu Afirah. Bukan aku tiada perasaan pada lelaki tetapi ini semua disebabkan sekeping hatiku telah dirampas.. dan aku amat merinduinya...'

Mutiara jernih mula berkolam di tubir mata Jina lagi membuatkan pandangannya menjadi kabur. Perit dia menerima kehidupan ini. Kesakitan tidak pernah lekang dari hidup ini.

Baru hari itu dia mengirimkan pesanan ringkas kepada Afirah. Walaupun Afirah memastikan bahawa pintu rumahnya sentiasa terbuka untuk Jina..Jina tidak membenarkan dirinya untuk mempercayai 100%.

Pasti yang tertanya- tertanya apa yang terjadi. Tapi malaslah nak ceritakan kembali. Ia hanya akan membuat luka lama berdarah kembali.

"Kita da nak sampai..." Selena berbisik kepada Jina untuk memberitahu yang mereka hampir tiba ke tempat destinasi.

Nasib baik Jina menutup wajahnya dengan kain selendang hitam yang disarung di atas kepala. Kalau tidak pasti Selena dan Ibu akan menanyakan perihal mengapa dia menangis.

"Mmm." Kalau ikutkan hati memang malas Jina ingin balik kampung di Melaka. Dia paling tidak gemar dengan saudara disebelah ayahnya. Tetapi disebabkan dia dipaksa oleh orang tua itu, terpaksalah dia ikut juga.

Lekas- lekas Jina mengelap airmatanya dan merapikan selendang hitam yang tersarung di atas kepala. 'Aku pakai pun masih nampak juga rambut perang dan batang leher aku ni.' Jina mendengus geram di dalam hati.

Dia rimas apabila ayahnya menyuruh dia menyarungkan tudung tetapi dia tidak mahu menjadi hipokrit. Memang dia tidak tahu apa-apapun tentang Islam.

Lantas dia hanya memakai selendang.

Jina lagi tidak senang dengan sikap ayahnya yang dua muka. Kalau ayahnya ingin dia menjadi wanita melayu terakhir di dunia sepatutnya dia mengajarkan Jina agama sejak kecil lagi. Jina pernah meminta ayahnya untuk memasuk kelas agama tetapi orang tua itu lebih menyayangi duitnya.

Sekarang bila Jina sudah jauh dari Islam ayahnya sibuk pula mahu dia menjadi wanita baik. 'Betulkan anak kau yang bertatu satu badan tu baru betulkan diri aku. Kau tu taubat dulu. Da lah tua masih banyak dosa!" kutuk Jina di dalam hati yang langsung tidak peduli dengan bahasanya yang kasar.

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now