Kembar Raya

1.9K 35 0
                                    

"Mak oi...mahalnya...hari tu kita pi bukan main murah laghi. Sekarang mentang-mentang seminggu da nak raya harga semua naik noh..." lantang sindiran yang diberikan Afirah di dalam kedai baju raya Zee Chan.

Jurujual di situ hanya terkebil-kebil mungkin tidak sangka yang Afirah akan melontar kata-kata sedemikian. Afirah hanya membuat muka selamba dan terus meneroka kedai itu.

Jina dengan 'stone face'nya hanya mendiamkan diri dan mengikut Afirah dari belakang.

"Tu lah kau!Aku suruh kau pergi beli dulu kau tak nak. Nak tunggu aku sangat! Da tau gaji aku masih hujung bulan." tegur Jina.

"Kita kan twin! Mesti lah beli same-same lagipun ni baju raya pertama yang kita pilih together-gether!" jawab Afirah dengan lagak gediknya.

Afirah hanya menjeling meluat dan mendiamkan diri.

"Bang, baju kurung songket ni ada warna ape je?" tiba- tiba Afirah menyoal sambil menunjuk kepada sepasang baju kurung biru dengan kain songket.

"Ada warna kelabu, ungu, merah jambu dan biru ni. 4 ,warna saja." lelaki yang berwajah kacukan arab itu menjawab.

"Warna yang lain semua aku da ade...kau pula nak biru...hmm beli baju same nak?" cadang Afirah

"Hmm..."

"Ok la bang, minta dua baju kurung ni size s satu size M satu. Ah bang jangan marah tentang tadi ya, perut saya kosong sebab tu angin siket." Afirah meminta maaf kerana kelakuannya tadi. Dia sedar tidak baik berperangai sebegitu di bulan puasa.

Abang Arab tu mengangguk dan garuk kepalanya yang tidak gatal. Mungkin bingung dengan sikap Afirah. Macam budak mental dah...

"Selamba je kau beli baju yang sama tanpa meminta pendapat aku." Jina mendengus geram

"Sudahlah...kau ingat aku kenal kau sehari ke? da nak masuk 4 tahun tau dak. Aku tau apa jawapan kau. Mesti kau cakap, 'Anything. Aku dont mind'." mimik Afirah dengan wajah yang cuba dimuramkan.

Terbit senyuman di hujung bibir Jina. Afirah memang perempuan yang suka berleteh. Kadang- kadang membingitkan tetapi adakalanya mencuit hati.

"Ok ini size S dan ini size M. Semua 150 ringgit tunai."

Setelah menghulurkan uang yang dipecah dua oleh Jina dan Afirah, mereka pun keluar untuk mencari tempat berbuka nanti.

"Kau beli kasut, bag, barang kemas tak?" Jina hanya menggelengkan kepala.

"Huh! Jadi kau nk pakai selipar dan beg sekolah macam tahun lepas?"

"Yup."

"Kalau macam itu kan lebih bagus kau simpan duit gaji kau! Takya nak membazir beli baju lawa tapi nampak selekeh juga." marah Afirah dengan perasaan sebal.

"Hais...yelah nanti aku kira balik baki duit gaji aku. Cukup tak nk beli barang lain." itu sahaja cara untuk memujuk perempuan melayu terakhir ni.

"Yay!!!! Rantai kasut semua tu beli sama sama ngn aku mana tau kita boleh beli barang same lagi!"

"Umur kita da berapa? Dah 18 tahun la, macam budak kecik tau tak semua nak sama."

"Hello? Belum lepas lagi ok?! Ok ape, dari rambut kita yang da perang karat ni, rambut pendek paras bahu da nampak cam kembar pun. Jadi tak salah lah kalau yang lain pun same kan."

"Semua same...jangan nanti kita suka orang yang same, kahwin ngan orang yang same pas tu bermadu sudah! Tak hingin aku berkongsi laki!" Jina sengaja menakut-nakutkan Afirah.

"Choi! Mulut tak flush langsung! Aku da ade sayang pengarang jantung aku la. Hakimi sentiasa di hati."

Yelah tu...

"Lagipun tak hingin aku nak ambil lelaki kau. mesti hati batu macam kau jugak. takde perasaan!" kutuk Afirah tidak ingat yang dia sedang berpuasa sekarang ini.

"Yelah, bising betul pompan ni." keluh Jina sambil berjalan meninggalkan Afirah yang terkebil-kebil mengejarnya.

"Hehehe! Maknanya kita dua ni KEMBAR RAYA!!!!!" Soraknya seperti kanak-kanak berumur 5 tahun. Dia langsung tidak menghirau mata serta jelingan pengunjung di komplek itu. Dia hanya ingin memeluk dan berketawa riang dengan sahabatnya seolah-olah dunia ini mereka yang PUNYA!

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now