Rasa bersalah

1.5K 37 5
                                    

Sabree tersedar dari lenanya dan mendapati Jina tiada di bilik. Lekas-lekas dia bangun dan mandi untuk menyediakan sarapan. 'Yelah...isteri aku tak reti masak!"

Dia ingin ke dapur apabila pintu rumah dibuka. Membuntang matanya melihat Jina dan Safwan membawa bungkusan makanan. Mereka pergi bersama-samakah? Hatinya semakin panas melihat senyuman Jina pagi-pagi lagi menjadi santapan mata abangnya sendiri.

"Ya Allah, aku ingat siapa tadi yang sergah aku! Nasib tak jatuh roti canai dengan air teh bungkus ni hah." omel Jina dan Safwan hanya ketawa saja.

Hati Sabree diselubungi rasa geram dan sungguh hatinyanya dihinggapi rasa cemburu!

"Dari mana ni?" tanya Sabree kepada Jina.

"Tadi sebelum Tok Wan pergi kerja, Tok Wan ajak sarapan kat kedai Pak Cik Tahir. Tu yang Jina beli bungkus sekali nak makan ngan abang. Kebetulan ternampak Safwan-"

"Kebetulan nampak dia tu yang awak duk tumpang motor dia macam orang takde suami?" kata-kata Jina dicantas oleh Sabree.

Jina terkejut dengan apa yang baru didengarnya.

"Apa yang abang merepek ni? Jina jumpa dia-" sekali lagi kata-kata dipotong oleh Sabree.

"Along! Along boleh tak jangan dekat dengan isteri saya! Along da de tunang kan? Tunang along tak bising ke along duk sibuk datang rumah saya?!" marahnya kepada Safwan.

"Sab, along datang sebab tak nak Jina ni sunyi kat sini. Dia mana ada kawan, kau pun nanti nak pergi sambung belajar kan?"

"Siapa suami dia sekarang ni? Along ke Sab?" terus Safwan terdiam mengaku kebenaran itu.

"Awak ni da kenapa! Safwan jumpa saya bukan di belakang awak tapi terang terang di depan mata awak. Masa awak sekolah, adik-adik yang lain pun ikut teman Wan datang rumah jenguk saya. Awak nak tuduh saya curang? Awak, saya tak tumpang pun motor dia tadi. Saya terserempak dia kat luar tadi!" Jina menjelaskan keadaan sebenar sambil cuba mengawal dari meninggikan suaranya.

"Betul tu Sab. Along da kat depan dari tadi, Along ketuk pintu takde orang bukak. Bila Along nampak Jina, Along sembunyi lepas tu sergah dia dari belakang. Itu aje." Safwan juga menolong.

Sabree hanya diam memandang bawah ke lantai. Fikirannya terlalu berkecamuk. Safwan akhirnya meminta diri agar sepasang suami isteri menyelesaikan masalah mereka sendiri. Pintu ditutup dan Jina memandang Sabree dengan perasaan geram.

Dia malas untuk menyambung masalah dan ingin berlalu ke dapur tetapi terus tangannya disentap.

"Saya ni bodoh kan? Saya memarahi awak sedangkan saya langsung tiada hak ke atas awak."

"APA LAGI YANG AWAK NAK MEREPEK NI!" Jina mula berasa kurang sabar dengan perangai suaminya.

Sabree terus menarik Jina agar mereka berpandangan. Panahan mata Sabree terasa tajam menggetarkan kalbu.

Degupan jantung Jina semakin laju dan Jina cuba melepaskan genggaman dari Sabree tetapi gagal.

"SAYA TIADA HAK KE ATAS AWAK SEBAB SEKEPING HATI AWAK BUKAN MILIK SAYA!" Sabree menerangkan dengan tegas. Jina tergamam dan terkebil-kebil matanya melihat renungan mata Sabree

"Ab..Abang..."

"Bila saya sedar saya dah tuduh awak meluluh perasaan saya hancur sebab saya bersikap macam lelaki yang cemburukan kekasihnya. Tapi siapa saya untuk cemburu? Bila awak sebenarnya bukan milik saya...di dalam hati awak tak ade nama saya. Tak lama lagi saya nak pergi tapi hati saya tetap sayu. Saya tahu ni benda gembira tetapi hati saya tetap sedih mengenangkan yang saya terpaksa jauh dari awak! Awak tak paham sebab bukan awak yang bertepuk sebelah tangan. SAYA CINTAKAN AWAK!! Walaupun kita tidur sekatil, duduk satu bumbung tetapi hati awak bukan kat sini..." nada suaranya bagaikan sembilu menghiris tangkai hati Jina.

Airmata bertakung di birai mata saat Sabree memandang dengan sejemput kehampaan yang ternyata di wajahnya. Sabree terus melepaskan tangan Jina dan keluar dari rumah itu pergi entah kemana. Jina berdiri kaku masih belum berganjak. Rasa bersalah menerpa fikirannya...

***

"Bila kamu menjaga aurat dari pandangan mata lelaki yang bukan mahram, kamu bukan saja menjaga diri kamu sendiri, malah kamu dapat menjaga maruah semua wanita mukmin. Wanita bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badannya untuk pandangan orang lain."  Itulah salah satu nasihat yang diberi oleh guru mengajinya.

Jina berdiri di depan cermin meja solek sambil memegang kain tudung yang dihadiahkan kepadanya oleh nenek yang menasihatinya itu. Lalu tudung disarung dan perasaan aneh datang menyelinap ke dalam hati. Jina berasa lengkap dan sempurna.

Dia tersenyum memandang bayangan dirinya sendiri di dalam cermin. Apa agaknya pandangan Sabree tentang ini. Sabree? Baru dia perasaan sudah hampir senja dan suaminya masih belum pulang.

"Sentiasa mencintai Allah dan Rasul. Allah amat menyukai hambanya yang berdoa dan terus berdoa apatah lagi dengan penuh keinsafan dan sepenuh hati. Dan Allah amat menyukai hambanya yang berdoa dalam keadaan menangis kerana penuh kecintaan dan hambaan kepadanya."

Baru sekarang Jina menyedari betapa lama dirinya tidak mendoa kepada Allah. Jina masih ingat bagaimana airmata begitu senang mengalir saat dia berdoa sebelum dia mula berputus asa dan marah akan takdir Allah satu masa dahulu. Sejak itu, hati menjadi keras.

Kedua belah telapak tangan dirapakkan dan diletak ke dada. Jina menutup mata dan mula berdoa kepada Allah di dalam hat dengan ucapan Bismillah.

"Ya Allah Ya Tuhanku...ampunkanlah segala dosa yang telah aku lakukan selama ini. Ampunkan lah aku kerana aku pernah melupakan diriMu. Ya Allah Ya Tuhanku...aku memohon agar  ada ruang di hati aku buat suamiku Ya Allah. Tabahkan hati ini untuk terus maju dan melupakan masa silam. Jadikan lah aku hambuMu yang pemaaf dan tidak berdendam."

Waktu itu Jina tidak sedar bahawa Sabree sedang bersandar di tepi pintu sambil melihatnya. Sabree berjalan dengan perlahan menghampiri Jina. Dia tidak sedar pintu bilik masih terbuka luas.

Tangan Sabree merangkul pinggang Jina dari belakang seraya tersenyum. Jina membuka mata dengan rasa terkejut apatah lagi dia boleh lihat dengan jelas senyuman Suaminya dari cermin.

Mereka membalas renungan daripada bayangan mereka di dalam cermin. "Cantik." Bibir lelaki itu begitu hampir pada belakang telingnya. Dia dapat merasakan kehangatan hembusan nafas Sabree. Tubuh Jina menjadi kaku. Dia tidak berani hendak bergerak ke mana-mana. Nafasnya juga sudah tercungap-cungap menahan debaran.

Sabree memusingkan tubuh Jina agar menghadapnya. Matanya redup menjamah wajah Jina lantas dahi isterinya dikucup.

"Awak cantik sangat bila bertudung." puji Sabree romantis, tidak berkalih matanya menjamah paras Jina.

Jina hanya diam berkutik menahan perasaan malu apabila dipuji. Dia memandang Sabree dan dia dapat mengagak renungan mata suaminya saat memandangnya. Tudung yang dipakai dibuka oleh Sabree dengan perlahan. Jina tak sanggup melawan sinaran kasih yang memancar daripada mata suaminya. 'Omg!! Hati tolong lah jangan nak buat drum roll pula sekarang!!'

Sabree meleraikan ikatan toncang rambut Jina. "Cantik..."bisiknya takjub melihat wajah Jina kala itu. Rambut isterinya dielus-elus perlahan. Matanya jatuh ke bibir mungil isterinya dan kembali merenung ke dalam anak mata Jina dengan pandangan menggoda. Rambut Jina yang terjuntai di dahi diusapkan ke belakang lalu dia merehatkan tangannya di pipi Jina.

"Awak...maafkan saya untuk satu kali ini." bisiknya sambil wajahnya mula menunduk menhampiri wajah Jina. Hidung mereka bersentuhan dan beberapa inci saja lagi saat bibir mereka hampir bertaut apabila...

"KAMU BERDUA NI TAK RETI NAK TUTUP PINTU KAH? SEMPAT LAGI KAMU NAK BEROMEN DEPAN TOK WAN. TOK WAN DAH LAPAR NI. CEPAT MASAK!"

Haisss...aduii Tok Wan ni...Spoil kan?

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now