Marah

948 26 0
                                    

Johan mencampak kunci kereta ke atas meja dan terus masuk ke bilik dan melompat ke atas katil dengan perasaan sebal. Dia geram dengan sikap Jina, kalau dengan si Raihan mudah saja wanita itu tersenyum mesra tapi kalau dengan dia...Fuuuh! Garang mengalahkan mak singah.

Hatinya betul-betul kacau melihat hubungan Jina dan Raihan begitu rapat. Mungkin disebabkan permintaan arwah untuk menyatukan mereka balik menyebabkan dia tidak betah melihat Jina bersama lelaki lain. Tetapi betulkah? Betulkah kerana permintaaan arwah...ataupun hati Johan memang benar-benar tergugat melihat ada lelaki lain disisi Jina. Hmm..entahlah.

"Mama, mana Papa ma?" tanya Trina apabila tidak dapat mencari Johan.

"Da balik." malas-malas Jina menjawab.

"Laaa...kenapa pula? Trina baru nak ajak Papa main-main." Trina merungut dengan wajah sedih. Jina memandang Trina sekilas lalu berkata, "Alah, sayang main je lah ngan kawan-kawan dulu. Lain kali je Trina ajak Papa main-main ok? Dah, mama sibuk ni gi main kat luar." Trina hanya mengangguk hampa dan melangkah keluar dari dapur.

Jina tidak mengendahkan anaknya yang sedang merajuk.  Malas dia nak memujuk lebih-lebih dengan kepala yang runsing. Masih tersisa rasa marahnya terhadap Johan. Lelaki itu suka membuat dia runsing dan bingung dengan sikap bipolar nya itu. Sekejap o.k sekejap k.o. Menyampah!

"Suka hati aku lah nak senyum kat sesiapun. Kat bangla ke kat mak nyah ke, dia sebok apehal! Bodoh!" marah Jina seorang diri di dapur sambil mencuci pinggan.

"Sejak bila you suka bebual sorang ni?" suara Raihan yang begitu dekat dengan kuping telinga membuatkan Jina terkejut beruk.

"Ouh aku punya pasal terkejut berok kau! Owwww" Dia melatah sambil mengaduh sakit apabila dahinya terkena dahi Raihan apabila dia memusing tadi.

"Aduuuuh...ganasnya you ni! Beruk pun tak sekasar ni." sempat Raihan mengusik walaupun dahinya masih berdenyut-denyut terhentak dengan dahi Jina. Patutlah degil...memang kepala batu rupanya!

"Yang you berdiri dekat belakang I buat apa! Padan lah dengan muka you! Pandai sangat kan..." Jina mengetip bibir geram. Di mata Raihan pula...Alahai, masih comel rupa-rupanya sikap wanita ni. Ni yang buat dia geram nak cubit-cubit je pipi tu.

"Ni apehal tersengih macam orang miang ni!" marah Jina sekali lagi. Raihan mengaruk kepala yang tidak gatal kerana kantoi dengan Jina. Memang dia tengah miang pun tadi. Hehehe...tapi ni rahsia kalau Jina ni tahu nahas dia dikerjakan.

"Hish...susah betul berbual dengan orang dungu! Dah lah, pergi balik. I nak kemas-kemas ni. Da malam ni, gi balik!"

"Amboi gaya macam Mami Jarum...garang betul. Yelah I nak balik lah ni. See you soon okay? Bye crazy!" ejek Raihan dan terus cabut dari situ apabila melihat wajah Jina yang bengis. Cabut!!

Jina menggeleng kepala kerana pusing dengan sikap Raihan yang makin menjadi-jadi. Satu macam Kim Jong Kook dari runningman, "SPARTA" satu lagi macam monyet perangai mereka berdua malam itu.

Harap-harap kemudian hari semua kembali pulih seperti biasa. Tak larat dia nak layan kerenah kawan-kawan lelakinya. Dalam mengenangkan kawannya...Jina terasa sebak kerana dia sedar dia telah kehilangan satu-satunya teman baik perempuan, Afirah.

Dan memori arwah suami yang sungguh penyayang dan prihatin juga menyelinap masuk ke dalam sanubari membuatkan semua bercampuk aduk. Setitis airmata gugur namun cepat-cepat Jina menyapukan airmata dan menguatkan semangat. Dia harus tetap jalani hidup. Demi anaknya...

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now