Sab's Pov
Panas hatinya melihat senyuman yang sentiasa mekar di bibir Jina tika berbual dengan Wan. Hatinya jadi tidak keruan mengenangkan mereka berdua saja nanti di rumah.
Tanpa berfikir panjang dia terus mencelah, "Biar Sab saja yang tinggal." Dia memandang seketika ke wajah ibunya yang kelihatan terkejut lalu menyambung, "Wan dah bertunang. Nanti apa kata orang kampung semua."
Apabila mereka memberikan kata setuju Sab menoleh ke arah Jina untuk melihat reaksi wanita itu. Kelihatan dengan jelas senyuman kecil yang dihadiahkan oleh Jina tetapi Sabree terlalu ego untuk membalasnya.
Setengah jam telah berlalu sejak keluarga mereka berangkat ke KL dengan niat untuk beraya di rumah mak cik saudara mereka yang lama menghilangkan diri. Entah dapat jumpa ke tidak mereka semua dengan Mak Cik Comel.
"Sab..." panggil Jina dengan lembut menyedarkan Sabree dari dunianya.
"Hmmm..."
"Kau apa khabar? Lama tidak mendengar berita dari kau..." Jina mencuba nasib untuk berborak panjang dengan sepupunya. Terasa amat janggal jika masing-masing mendiamkan diri.
Sabree menoleh untuk menatap wajah Jina. Terbeliak dia melihat rambut Jina yang sudah panjang separas punggung dan diwarnakan Golden Blond. Mata Jina yang kabur dipakaikan contact lense yang berwarna hazel. Solekan nipis dan gincu berwarna merah pekat betul- betul membuatkan Jina kelihatan seperti minah Saleh. Bapak dia pun nama Saleh!
"Kau nampak lain..kau nampak macam...lain macam!" Sabree mula merapuh.
Terangkat kening Jina dan dia tertawa kecil. Dia tersengih kepada adik sepupu yang lebih mudah setahun itu lalu meneka, "Aku nampak lebih cantik?"
Sabree tersenyum dan mengangguk tanda bersetuju.
"Hihi. Mestilah aku nampak lain. Dulu aku kan Plain Jane. Rambut pendek, montel...tapi sekarang aku dah besar. Mestilah nampak cantik kalau nak lelaki hensem!" Jina tidak sedar perkataannya telah membakar hati seseorang.
"Aku rasa kau lebih cantik bila diri kau yang dulu. Comot,selekeh. Dan...kau lebih jelita kalau kau pakai tudung." ucap Sabree dengan perlahan tapi masih dapat didengar Jina.
Tegang wajah Jina mendengar Sabree menyuruhnya memakai tudung. Sabree tidak tahu bagaimana Jina yang sebenarnya.
Jina yang sebenar seorang yang pemuram, mahal dengan senyuman dan berat mulut. Hanya keluarga dan orang-orang yang dekat dengannya saja yang tahu perangainya yang sebenar.
Dia mesra dengan Sabree dulu dan sekarang kerana Sabree dan Tok Wan sekeluarga tinggal jauh. Mereka tidak tahu dan tidak nampak perangai buruk sebenar keluarga Jina. Oleh kerana itu Jina berasa bebas dan mula bermesra dengan orang-orang di sini.
Tidak perlu lah Sabree menyuruh memakai tudung kah ataupun solat kah. Kerana...dia tidak menyeru nama itu. Entah kenapa hatinya sudah jauh dihanyutkan berpakaian di tengah lautan.
"Nanti-nantilah aku pakai." spontan Jina meminta diri untuk ke dapur. Dia tidak mahu Sabree bertanya selanjutnya kerana Jina pasti mesti dia ingin bertanya kenapa tidak sekarang Jina amalkan sopan dan bertudung. Kenapa nanti?
Sabree yang tidak perasan akan perubahan di wajah Jina hanya mendiamkan diri dan mengubah perhatiannya ke benda lain.
Sementara Jina menyibukkan diri di dapur Sabree pula tidak betah duduk sendirian. Hendak menonton tv tiada cerita satu pun yang menarik perhatiannya. Akhirnya dia bertekad untuk mengemas mana-mana yang patut.
Pertama sekali ialah barangan Jina yang elok je bersepah di ruang tamu. Memandangkan Jina akan bermalam di rumahnya, Sabree menolong mengemas semula dan menyimpan barangan Jina di dalam beg besar yang dibawa Jina.
Matanya terpaut ke buku biru tua yang tersorok dalam beg itu. 'Macam diari saja...' Terselit perasaan ingin tahu melihat diari Jina. Sabree memandang dapur untuk memastikan Jina masih sibuk melakukan kerja yang entah ke apa dia sibukkan itu.
Perlahan-lahan dia membelek satu per satu muka surat yang sudah kekuningan menandakan diari ini sudah tersimpan lama. 'J ♡ J' itulah yang tertulis di satu permukaan surat dalam diari Jina. Marah dan benci mula menyelinap ke dalam sanubari Sabree. Entah kenapa dia berasa seperti dikhianati.
Perasaan ingin tahu semakin memuncak dan Sabree terus membelek-belek muka surat itu dan hanya akan berhenti untuk membaca jika ia ada kena mengena dengan 'J ♡ J'.
'I miss you.' 'I love you.' 'Johan forever.' 'Dear Love.'
Itulah yang tertulis di diari Jina yang penuh perasaan cinta terhadap Johan. Sabree dapat tahu Johan adalah teman lama Jina dan sudah bertahun tidak bertemu. Paling menyakitkan cinta Jina hanya bertepuk sebelah tangan tetapi wanita itu menaruh segala kasih sayangnya terhadap lelaki yang mungkin tidak akan pernah muncul lagi.
"Sab aku ada buatkan kau mee gor...IS THAT MY DIARY!!!" Lantang suara Jina bertanya untuk menunjuk ketidakpuasan hatinya apabila barangnya disentuh sesuka hati. Jina membawa kembali mee goreng yang dimasaknya ke dapur untuk bersemuka dengan Sabree.
Apabila dia kembali ke ruang tamu Sabree sudah sedia menantinya dengan renungan tajam. Jina mula berasa tidak senang dengan renungan itu. Baru dia hendak mengeluarkan suara Sabree sudah menjerit dan menuduhnya penipu membuatkan dia terpempan.
****
Sabree menangis semahunya melihat sekujur tubuh Jina terbaring longlai di atas katil. Dia menangis bukan kerana Jina pengsan akibat dimarahi dan dipeluknya tadi tapi...dia menangis dengan apa yang bakal dilakukannya nanti.
Dia sudah tidak mempunyai cara lain. Hanya cara ini saja yang mampu membuat Jina setia di sisinya. Tepat pukul 8 malam Jina mula menyedarkan diri. Waktu itu pakaian Jina suka dirobekkan oleh Sabree dan melemparkan ke lantai. Lalu pakaiannya juga ditanggalkan.
"Tolong...Tolong..Tolong Johan!" jerit Jina seraya bangun dari tidur.
"Orang minta tolong dari Tuhan tetapi kau ni memang perempuan sundal. Fikiran kau cuma jantan saja!" pedih sindiran Sabree yang ditujukan untuk Jina. Tetapi lebih pedih lagi hatinya bila tahu wanita yang dicintai menaruh perasaan ke lelaki lain.
Tiba- tiba Sabree perasan tindakan Jina untuk menjerit lalu terus dia bergegas dan menekup bibir wanita itu dengan telapak tangan sebelum sempat Jina menjerit untuk meminta tolong.
"Hush..aku takkan sakiti kau sebab aku sayangkan kau." bisiknya lembut sambil mencium setiap titisan air mata yang mengalir di pipi jernih cinta hatinya.
Dia dapat merasa Jina menggigil ketakutan lalu dia menekankan tubuhnya di atas tubuh gadis itu. Didakap Jina dalam pelukan dan Sabree membenamkan kepala di batang leher Jina. Membisik-bisik kata-kata cinta membuatkan Jina berasa geli dan gementar.
"Tolonglah Sab...jangan buat aku macam ni..jangan hancurkan masa depanku..." Jina merayu dalam sendunya.
"Aku lah masa depan kau sekarang. Ingat tu..." tegas Sabree mengingatkan lalu mengcengkam segempal rambut Jina membuat dia menyeringai kesakitan. Akhirnya Jina hanya pasrah dan merelakan Sabree menikmati tubuhnya. Hanya airmata yang menjadi teman setia dan sekali lagi dia pengsan mengenangkan nasibnya selepas ini.
***
Tiga hari Jina tidak menyedarkan diri dan apabila dia membuka mata dia melihat ibunya yang menangis. Dia melihat Sabree yang terduduk lemah di atas sofa dengan beberapa kesan lebam di wajahnya seperti dipukul orang. Akhirnya Jina melihat sekelilingnya dan baru menyedari dia berada di hospital.
Doktor telah memberitahu sebab dia tidak menyedarkan diri selama tiga hari kerana tekanan yang hebat. Mungkin oleh kerana itu Jina enggan untuk bangun dari dunia lenanya. Doktor ada memberitahu bahawa dia sempat berpendapat yang Jina akan koma tetapi syukur itu semua tidak berlaku.
Tetapi Jina tidak berasa beruntung dan syukur. Dirinya sudah hancur tiada apa lagi yang tinggal untuknya melainkan tubuh yang kotor.
"Minggu depan, Jina dan Sabree akan kahwin di Masjid kampung sebelah." Cik Asma memberitahu tanpa melihat ke wajah anaknya. Jina tidak memberi apa-apa reaksi...hendak nangis..airmata sudah kering. Hendak marah ataupun meraung dalam kesedihan, hatinya sudah menjadi kebas.
Tiada apa yang diharapkan lagi melainkan keinginan untuk bertemu dengan Afirah. Agar dapat dipeluk sahabatnya itu dan meratapi nasibnya yang sentiasa si**.
YOU ARE READING
Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)
Teen FictionJina seorang remaja yang masih berpegang kuat kepada masa lalunya. Dugaan hidup membuatkan dia menjadi seorang yang keras hati. Afirah seorang yang periang namun selalu gagal dalam dunia percintaan. Dia terlalu mudah memberi sekeping hatinya kepad...