Bahagia

1.4K 32 2
                                    

9 tahun kemudian...

PANG! Tidak cukup dengan tamparan, barang-barang di butik wanita itu habis dikerjakan oleh Afirah. Ataupun dengan lebih tepat, Datin Afirah, isteri kepada usahawan muda yang sudah bergelar datuk, Datuk Johan.

Wanita yang merupakan pemilik butik tersebut melaung-laung meminta tolong. Namun apakan daya, tiada siapa yang berani menolong apabila melihat 6 pengawal yang telah diupah untuk berjaga-jaga di luar butik. Bercucuran airmata pemilik butik mungkin kerana takut dengan serangan Afirah.

Afirah tersenyum sinis melihat wanita itu terduduk di atas lantai sambil menangis teresak-esak. Afirah mencengkam segumpal rambut wanita itu dan menariknya hingga terdengar pekikan kecil yang datang daripada wanita itu.

"Inilah akibatnya jika ada betina yang cuba nak bermain api dengan aku. Hei perempuan! Ini peringatan saja, kalau aku dapat tahu kau ada hubungan sulit dengan suami aku lagi, aku akan pastikan kau merempat!! " ugut Afirah dengan wajah yang bengis.

"S..saya janji Datin! Saya mohon Datin, tolong jangan apa-apakan saya. Saya minta maaf Datin!" wanita itu memohon belas dan rayuan dengan banjiran airmata. Habis celak hitamnya turun cair kerana airmata. 'Hish..hish..hish...Macam sundal bolong aku tengok'

Sebaik sahaja Afirah mendengar kata-kata janji yang dibuat wanita itu, dia melepaskan genggaman. Dia yakin wanita itu akan menoktahkan janji-janjinya. Afirah tersenyum puas dan terus berlalu pergi dari situ dengan hati yang lapang!

"Kau orang boleh berambus! Kerja aku dah selesai dan aku dah tidak perlukan kamu semua. Cepat berambus! Rimas aku tengok muka kau orang ini! Cepat!" tengkingnya dengan wajah meluat dan jijik. 'Bukan nak cakap elok-elok perempuan ni...ish ish..'

Pengawal-pengawal yang diupah berlalu pergi tanpa banyak songeh. Janji upah sudah dapat. Afirah kemudian menyuruh drivernya untuk merayau-rayau ke tempat lain dahulu kerana dia ingin berjalan-jalan cuci mata di mall.

Afirah perlu tenangkan dirinya. Sudah lima tahun dia berkahwin dengan Johan. Lima tahun itu jugalah dia sudah lali dengan perhubungan sulit suaminya.

Pada mulanya Afirah hanya menangis menanggung nasib kerana selalu diabaikan oleh seorang lelaki. Tetapi semakin lama dia semakin tekad. Afirah tidak mahu menangis mahupun dipijak-pijak sesuka hati. Lagipun memang dia tidak akan melepaskan Johan sebab susah payah dia merampas Johan dulu.

Afirah malu bercampur takut dirinya akan diejek oleh Jina kerana menerima balasan atas apa yang dilakukannya dulu. 'Tidak! Aku bukan lemah! Aku takkan biarkan Johan lepas walaubagaimana sekalipun! Biarlah dia dengan hubungan sulitnya, tahu lah apa yang bakal aku buat pada setiap wanita yang mendekatinya.' Afirah berazam di dalam hati.

Walaupun di luaran dia tampak cool dan garang tetapi hati wanitanya tetap terguris setiap kali mendapat berita tentang selingkuhan suaminya yang entah ke berapa kali. Di belakang topeng yang sentiasa berwajah dingin kepada siapa yang melihat sebenarnya tidak sedar yang dia sedang menangis. 'Semua menyangka aku kuat tetapi hakikatnya aku di penhujung kesabaran.Aku penat sangat memendamkan perasaan ini...

Barulah Afirah sedar betapa sukarnya bagi Jina untuk sentiasa nampak kuat di mata kasar orang. Kawannya itu banyak menderita... Yah! Memang betul dia salah satu sebab penderitaan Jina tetapi sebagai seseorang yang pernah berkongsi masalah dengan Jina, dia tetap berasa simpati.

"Jina..." nama itu terpacul keluar dari bibirnya sendiri.

Afirah meraup muka beberapa kali dan melihat ke sekeliling mall itu. Mungkin kuasa Tuhan, Afirah seperti ternampak kelibat Jina yang baru keluar mengikut pintu utama. 'Ah..tak mungkin. Jina mana bertudung litup dan tinggal kat Melaka dengan suami dia. Mesti dia sebok kat kampung nak bagi anak anak dia makan.' sangkalnya dalam hati.

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now