Sayang

1.2K 29 4
                                    

Berbulan telah berlalu dan Afirah pun semakin mahir dalam membaca Al-quran. Johan memerhatikan perubahan yang ada pada Afirah. Dia pasti isterinya sudah pulih dan waras.

Tetapi Afirah tetap ingat kalau Trina itu anak mereka. Dia kasihankan si Trina yang terpaksa berulang alik ke hospital sebaik saja selesai sekolah. Jadi Johan pun bertemu dengan doktor yang merawat Afirah untuk mendapatkan kepastian.

Doktor mengesahkan yang Afirah memang sudah pulih tetapi tidak kepada ingatannya. Afirah hanya ingat dan masih berpegang pada ingatan yang diciptanya sendiri.

Hukuman juga masih belum boleh dijalankan atas dasar alasan yang mereka hanya akan menjalankan hukuman setelah Afirah seratus peratus pulih. Syukur alhamdullilah Afirah dibenarkan pulang dengan kawalan polis dari jauh.

Johan meletak baju kurung putih telur di sebelah Afirah yang masih khusyuk membaca buka yang batu dibelikannya untuk Afirah.

Buku Terjemahan Kitab MUKASHAFAH AL QULUB

"PENENANG JIWA" (PENGUBATAN&RAWATAN) oleh IMAM AL-GHAZALI.

Bahu Afirah dipegang dengan lembut. "Hmm..." jawab isterinya yang masih menumpukan perhatian kepada buku yang dibaca.

"Hari ini kita balik rumah kita." terang Johan dengan senyuman gembira.

"Rumah?"

"Iya. Rumah! Sayang ganti baju kurung ni cepat okay?" Afirah hanya menurut tanpa banyak cakap.

"Habis tu Trina?" tanya Afirah sebaik saja melangkah keluar dari bilik air dengan ganti pakaian. Johan terpukau seketika dengan kecantikan isterinya yang yang berbaju kurung hingga tidak sedar soalan Afirah yang menanyakan  hal Trina.

"Abang!!" paha Johan dicubit dengan perasaan geram membuatkan lelaki itu menyeringai.

"Aduh...ni jari ke sepit ketam!" Johan mengadu.

"Abang, Trina macam mana? Nanti kita jemput dia kan?"

Alamak! Nak cakap apa pula pasal Trina ni??

***

"What?!!!!!! No way!" keras Jina memberi kata tidak.

Dia tidak boleh Trina berjauhan dengan dia sekarang Johan pula meminta izin agar Trina tinggal bersamanya buat sementara waktu. Gila!

"Please Jina, I beg you!" Johan betul- betul mengharapkan kerja sama daripada Jina.

Jina memandang sinis ke Johan. "Ouh...sekarang tahu pula kau nak merayu kat aku. Selama ni nak berbual atau pandang aku pun tak nak."

Jina melepaskan rasa tidak puas hatinya dengan Johan. Johan tertunduk.

"Aku minta maaf. Aku tak tau macam mana nak berhadapan dengan kau lagi selepas aku dapat tahu semua kebenaran yang aku dengar. Aku tahu aku patut segera minta maaf kepada kau tapi keadaan tidak menentukan. Aku terlalu sibuk dengan isteri aku sehingga aku tiada peluang untuk meminta maaf sehingga aku merasakan ianya terlalu lambat. Lagipun bukankah kau yang bersikap dingin kepada aku dulu di parkir kereta. Aku malu sejujurnya. Aku benar-benar minta. Aku berdosa kepada kau dan isteri aku. Aku mensia-siakan hidup dia hanya gara-gara aku tidak dapat memiliki cinta pertama aku."

Jina terkejut mendengar pengakuan dari Johan. Dia tidak tahu hendak membalas apa.

"Aku menyesal. Aku menyesal kerana tidak membimbing Afirah dan mengasihi dia. Sekarang...setelah semuanya terlambat..aku mula jatuh sayang kepada Afirah. Kalau dari dulu aku memberikan masaku kepada dia, aku yakin! Aku boleh jatuh cinta dengan Afirah. Tapi sekarang semuanya sudah terlambat! Tapi aku tetap bersyukur yang Afirah sempat bertaubat sebelum..."

Johan mengesat air mata lelakinya yang menitis.

"I was really happy and glad that I can show her how to take wudhu after she's back to her normal self again. How grateful I was that she perform her prayers...so please.. I would do anything for her to make her happy till her last moment."

Tanpa sedar airmata turut mengalir keluar  dari kelopak mata Jina. Dia tersentuh. Dia faham akan perasaan Johan. Jina juga pasti yang Johan pasti akan jatuh cinta kepada Afirah jika dia memberikan dirinya dari dulu lagi. Kerana itulah yang dilakukan Jina dengan Allahyarham suaminya...

"Fine. Trina boleh duduk dengan kalian semua." jawab Jina lantas keluar dari restoran itu tanpa menoleh ke belakang. Johan hanya menghantar Jina dengan pandangan mata dan rasa bersyukur.

***

"Mama! Mama! Mama!" Trina berlari untuk mendapatkan Afirah. Untung saja Trina tidak banyak rewel dan mengikut sahaja. Mungkin anak itu turut jatuh sayang kepada Afirah.

Afirah yang sedang sibuk menolong Mbak Rini di dapur terus mendapat Trina sebaik saja mendengar teriakan anaknya.

Wajah anak itu dicium bertalu-talu dan dipeluk dengan penuh kasih sayang.

"Kenapa Mama rasa rindu sangatttt dengan anak mama ni!" Afirah meluahkan rasa rindu dengan mimik muka sekali membuatkan Trina tertawa.

"Hehe! Trina pun rindu! Tapi sekarang Trina lapar mama!"

"Lapar? Okay jom, Mbak Rini sedang siapkan makanan tu." Terus Afirah memimpin Trina ke dapur. Masa itu Johan lekas-lekas masuk ke dalam rumah dan terus ke bilik Trina yang dulu. Untung masih ada beberapa helai pakaian Trina di almari jadi Afirah tidak mengesyaki apa-apa.

Buku dan barang keperluan Trina telah Johan atur dan susunkan dengan rapi. Phew! Penat juga bila dah terlampau lama menipu orang. Phew! Sesak nafas!

Alamak! Saya da jatuh suka kat watak Afirah pula lak sekarang. Ada sesiapa rindukan Sabree tak? Saya rindu gila! hahaha

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now