Suci

1.4K 39 2
                                    

Malam kian mengesot dewasa dan Jina masih lagi belum pulang ke rumah. Kepekatan malam diterangi sesekali hanya oleh kilat yang yamg disusuli guruh. Memandangkan hujan lebat di luar sana, Sabree mula tidak senang duduk.

Kebimbangannya semakin membakar apabila dia mula berfikir andaian yang bukan-bukan. Dia berdoa isterinya dapat pulang dengan selamat. Fikirannya tiba-tiba dikejutkan oleh ketukan di pintu bilik.

Sabree menghembus lega seketika melihat Jina yang masuk ke dalam bilik.

"Ya Allah...kenapa basah kuyup ni? Awak turun kat mana tadi?" tanya Sabree berbaur kebimbangan.

Jina memandang Sabree lalu mengalihkan pandangan kepada sejadah yang terlipat elok di atas almari. Dia tertawa kecil dan menggelengkan kepalanya.

"Awak okey ke? Kenapa ni..."

Jina menghampiri Sabree dengan senyuman yang tidak dapat ditafsirkan. Dia menggenggam baju lelaki itu dan menarik tubuh Sabree untuk dekat dengannya.

Lalu dia berkata perlahan.. penuh dengan kebencian.

"Kau bersujud dekat dia...tapi kau masih lagi membuat perbuatan keji! Pada pandangan orang, kau ni baik. Sebab apa? Sebab kau solat? Rajin pergi masjid? Orang tak tahu yang kau ni cuma tutup kejahatan kau dengan solat!" bergetar bibir Jina apabila berkata demikian. Air matanya deras meleleh di pipi.

Dia memandang Sabree yang hanya merenung matanya dengan pandangan yang dia sendiri tidak mengerti. Jina mula menumbuk numbuk perlahan dada Suaminya sambil menangis lagi.

"Kalau...kalau saja..kau tak cabul aku.. Aku masih boleh memperbaikkan keadaan dan menuntut hak aku lagi. Aku masih boleh berjuang untuk dapatkan cintaku kembali. Tetapi..sekarang..apa yang bole aku buat? Aku hanya mampu melepaskan walaupun aku yang dituduh jahat. Kenapa! Kenapa aku?! Kenapa aku yang mesti kau musnahkan? Kenap-"

Sabree terus memeluk Jina dengan erat dan membenam kepalanya ke leher wanita itu. Dia berasa amat bersalah kepada isterinya. Airmata lelakinya hampir gugur tetapi dikuatkan juga dirinya untuk tidak menangis.

Jina meronta-ronta minta dilepaskan. Apabila dia sedar kudrat wanitanya tidak setanding dengan Sabree yang jauh lebih kuat, dia hanya membiarkan dan menangis semahunya di bahu lelaki itu.

Kepalanya berdenyut-denyut dan pandangannya mula kelam. Sebelum dia ditemani kegelapan dia sempat mendengar bisikan rayu suaminya, " Maafkan abang." dan terus tidak menyedarkan diri.

***

Usai solat subuh, Sabree menghampiri isterinya yang terlena. Dia ingin mengejutkan isterinya untuk bangun dan membersihkan diri tetapi niatnya terbantut apabila dia merasa suhu badan isterinya panas. Demam!

Sabree mula mengambil kain kecil dan mangkuk yang berisi air untuk diperas dan diletakkan di atas dahi Jina. Sebelum itu, dia membuka satu per satu butang pakaian isterinya tetapi terus ditepis Jina.

"Apa kau buat ni..." serak-seram basah saja suaranya.

"Saya nak tukar pakaian awak ni...Pakaian awak ni masih lembap lagi. Nanti awak makin sakit..dah lah..takya malu..bukan saya tak pernah nampak pun." Sah! Sabree ni cari nahas! Untung si Jina ni sakit kalau tak..tak tahu lah apa yang jadi nanti.

Sabree tersenyum kecil melihat pipi Jina kemerahan-merahan. Haha! Dia tahu isteri semakin menggigil kerana menahan malu yanh mencengkam jiwa! Selepas menukarkan pakaian yang kering dan bersih untuk Jina, Sabree menyumbatkan dua biji panadol ke mulut Jina.

Dia menyuruh gadis itu baring lalu meletakkan kain yang basah di atas dahi Jina. Sepanjang masa dia disebelah isterinya..melihat isterinya tidur amat mendamaikan. Kerana hanya pada waktu itu, Jina akan terlupa sejenak pahit kehidupan.

Sedang dia mengamati wajah Jina, kata-kata yang dilemparkan oleh Jina terngiang-ngian di kotak fikirannya. Sabree menutup mata dan menyandarkan kepala di sofa biliknya. Fikirannya kembali mengjangkau pada masa dia hampir mencabul isterinya sendir. Yah! HAMPIR.

Sememangnya tiada apa yang berlaku. Setelah Jina pengsan untuk kali kedua, Sabree terus berhenti perbuatannya. Dia menangis semahu-mahunya di atas katil dan memohon maaf kepada Tuhan. Dia tidak tergamak untuk menghancurkan kehormatan Jina...dan..dia juga tidak mampu untuk kehilangan Jina.

Jadi apa yang dilakukan hanya berbaring di sebelah Jina. Apabila dia mendengar kepulangan keluarga mereka, lekas- lekas dia memeluk Jina dekat kepada dirinya. Dia menanti dengan sabar untuk pintu bilik dibuka. Dan..

"YA ALLAH!!!! SABREE APA YANG KAU BUAT NI?!!! YA ALLAH ANAK AKU!!! ANAK AKU!!!" jeritan Cik Asma kedengaran dan yang lain mula berkumpul.

Selepas itu, apa yang diingatnya ialah dia dibelasah dengan teruk oleh Abang Jina dan juga Wan. Dia merelakan pukulan itu dan berlakon seolah-olah dia tidak dapat menahan nafsu. Semuanya agar dia dapat kahwin dengan Jina!

Airmata mengalir lagi kerana dia sedar dialah penghalang cinta Jina dan Johan.

"Awak...kalaulah awak tahu..kalaulah awak tahu yang awak masih suci..mesti awak tinggalkan saya kan?" bisik Sabree sendiri. Dia tidak perasan yang waktu itu Jina sedang mendengar dan melihat tangisannya.

Macam cliched siket kan? Anyway, thanks one reader that took time to comment on my stories that I tried to update the next chapter as soon as possible. Thanks again!♡♡

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now