Keputusan

1K 32 0
                                    

"PAPA..." suara Trina menyedarkan Raihan dan Jina akan kehadiran Johan yang sedang berdiri di muka pintu. Jina memandang ke dalam anak mata Johan, entah kenapa dia berasa serba salah sebab Johan telah menyaksikan adegan proposal Raihan tadi. Hatinya berdegup laju.

Johan merenung mereka tanpa sepatah perkataan. Dari matanya saja sudah jelas terpancar luka yang di hati. Dia memandang ke lantai dan tersenyum sayu. Wajahnya diraup berkali-kali dan akhirnya dia mengangguk kepala lalu memandang ke Jina sekali lagi.

"Tahniah." sepatah ucapan dan terus Johan melangkah pergi dari situ. Trina terus mengejar Johan keluar dan menarik tangan lelaki itu untuk berhenti.

"Papa, wait! Papa, Trina nak ikut Papa jalan-jalan boleh?" naif Trina meminta ikut bersama Johan. Jina hanya memandang dari tepi pintu tanpa berkata apa-apa. Hatinya sakit, sedih dan pilu tetapi dia masih bingung sendiri. Jina yakin dia tidak menyukai Johan sedikit pun tetapi mengapa? Mengapa hatinya sakit melihat wajah kekecewaan di wajah lelaki itu?

"Sayang...Papa nak pergi jauh. Papa ada kerja kat luar." lembut Johan memberitahu Trina sambil menyisir rambut anak itu kebelakang telinga.

"Bila Papa balik?"

Johan tak tahu macam mana hendak memberitahu Trina yang dia tidak akan balik ke Malaysia lagi. Dup! Dup! Dup! Jantung Jina berdetik hebat. Dia dapat menangkap maksud Johan apabila dia memberitahu dia akan pergi jauh. Airmata tanpa sedar mengalir keluar.

"Papa...Papa..-"

"Kau nak pergi mana? Kenapa?" tanya Jina keras. Johan melihat Jina dengan pandangan sayu. Jina mengalihkan permandangannya ke tempat lain kerana tidak dapat melawan renungan mata Johan.

"Kau tahu kenapa Jina."

"TAPI AKU BERI JAWAPAN AKU LAGI KAT RAIHAN!"

"Even so, WILL YOU SAY 'YES' TO ME THEN!?" sentap Johan dengan wajah garang. Jina mengumat-gamit ingin bercakap tetapi tiada satu perkataan pun yang keluar.

"See? You can't even answer me back! Deep in your heart...you know that we still have chemistry between us. You know that we still have "things" between us. Tapi kau ego! Kau ego nak mengaku perasaan kau sendiri. Okay! Aku mengaku aku dayus! Aku menggunakan alasan dengan wasiat dari arwah untuk kahwin dengan kau. I KNOW I'M SUCH A COWARD BUT AT LEAST I DIDN'T TRY TO RUN AWAY!" akhirnya Johan meluahkan apa yang terbuku dalam hati membuatkan Jina dan juga Raihan yang dari menjadi pendengar tersentak.

Wajah Jina sudah merah dan basah dengan airmata. Dia tidak tahu mengapa dia menangis. Dia tidak tahu apa sebabnya dia sedang menangis. Pokoknya, dia sedang dalam keadaan dilemma dan bingung.

"Just go." Akhirnya Jina bersuara.

Johan memandang Jina lama dan akhirnya masuk ke dalam kereta. Trina yang sedih melihat pertengkaran Papa dan Mamanya sudah seperti mendapat rasa yang Johan tak akan kembali lagi. Dia mula menangis dan mengetuk-ngetuk pintu kereta Johan.

"PAPA! PAPA! DON'T GO!!! PAPA, HUHUHU...PAPA!!!!" tangis Trina sambil cuba mengejar kereta Johan yang ingin berlalu pergi. Raihan menahan Trina dari cub mengejar Johan  kerana itu sangat memberbahaya dan tidak berbaloi. Johan tak akan berhenti.

"PAPA!" raung Trina sekuat hati sambil menangis-nangis.

Di dalam kereta airmata Johan bercucuran melayan sebak. Lagi perit hatinya apabila dia dapat melihat Trina yang sedang ditahan oleh Raihan merengek-rengek dari review mirror keretanya. Maafkan Papa Trina...I have got to go.

Jina lekas-lekas mendapatkan anaknya yang sedang merengek tetapi terus tangannya disentap apabila dia cuba memeluk Trina.

"No Mama...NO!" Trina berkata kasar dan terus melarikan ke dalam bilik dan menguncikan diri. Jina hanya diam melayan perasaan, dia sudah tidak tahu harus berbuat apa lagi.

"You should stop him, Jina." saran Raihan seakan-akan tahu apa yang sedang bermain di fikiran Jina. Jina mendongak memandang Raihan dengan mata yang basah.

"Kau cintakan dia...always been." Raihan memberi senyuman mesra dan terus pergi dari situ membiarkan Jina membuat tindakannya sendiri. Walaupun Jina belum memberikan jawapan tetapi semuanya sudah jelas. Dia kena reject...It's okay Raihan, mungkin dia bukan jodoh kau.

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now