Dera (Part 1)

1.3K 30 0
                                    

"Mama..." suara lunak memukul gegendang telinga Jina.

'Trina?' Jina cuba membuka matanya tetapi tidak boleh. Dia cuba bangun namu tetap gagal. Dia hanya nampak gelap.

"Mama, Trina sayang mama. Trina tunggu mama bangun dan ambik Trina balik ok? Mama jangan rehat lama-lama ye Mama...Trina sunyi sorang diri. Papa dah pergi jauh." suara itu bergema lagi.

Jina cuba melawan dirinya untuk bangun namun gagal. Dia kepenatan sendiri. 'Pergi jauh? Ke mana suami aku pergi? Siapa yang jaga Trina? Ya Allah, kenapa aku tak boleh bangun ni..."

Jina cuba sedaya untuk menggerakkan tubuhnya tetapi seperti dia diikat dengan ketat. Akhirnya dia kepenatan dan dia menangis hampa.

"Eh, Mama nangis! Mama jangan sedih ya Mama, Trina janji Trina tak naughty. Trina minta maaf Mama." pujuk Trina apabila melihat beberapa titik airmata keluar dari mata Mamanya yang masih nyenyak 'tidur.'

Johan yang turut berada di dalam bilik hospital itu turut tidak menyangka melihat ada titisan airmata. 'Mungkinkah kau mendengar suara anakmu?'

"Sayang, jom balik rumah Uncle. Nanti Uncle bawa Trina jumpa Mama lagi ok? Sekarang Trina kene bobok dekat rumah Uncle dulu." Johan bertutur dengan lembut untuk menyejukkan hati Trina untuk pulang.

Trina mengganguk setuju dan tersenyum tenang kepada Johan. Mungkin dia faham, dia tidak patut membuat Mamanya risau jika mendengar dia merengek tidak ingin pulang. Johan berasa bangga dengan kematangan anak itu di situasi sekarang.

Dia memimpin tangan Trina dan membawanya keluar meninggalkan Jina seorang diri. Jina hendak menjerit 'Jangan pergi' tetapi satu perkataan pun tidak keluar.

'Mama, Trina pergi dulu.' pamit Trina di dalam hati.

3 bulan kemudian...

Afirah menggenggam segumpal rambut Trina dan memaki hamun anak kecil itu.

"Bodoh!! Bodoh!! Bodoh!! Hei! Kau ni menyusahkan tahu tak?! Pinggan macam gini pun kau tak boleh nak pegang! Kau nak aku kerjakan kau biar kau terbaring macam mak tak guna kau tu jugak ke?!!" jeritnya betul-betul di depan wajah Trina yang sedang mengerang kesakitan.

"Ampun Aunty...Trina tak sengaja. Ampun..." menggigil badannya menahan sendu. Sakit yang dirasakan tak mampu ditahan lagi. Lebam yang dulu pun masih belum sembuh lagi dah dia didenda lagi oleh Afirah.

"Tak sengaja kepala otak kau!! Kedatangan kau ni memang sial. Kau dengan mak kau sama saja! Pembawa sial!! Pasal kau, laki aku makin tak hiraukan aku! Asyik berkepit dengan anak perempuan sundal macam kau ni! Eeh geram betul aku!!!!" rambut Trina ditarik sekuat hati biar puas dia mengerjakan budak itu.

"Aduhhhhh!!!!!!" jerit Trina yang sudah tidak tahan rambutnya ditarik-tarik oleh Afirah.

"Astaghfirullah! Ya Allah non!!! Udah non, jangan dipukul anak itu lagi non. Bibik mohon non..kasihani anak ini non. Anak yatim." Bibik Rini segera menahan Afirah. Sungguh tidak sanggup dia melihat Trina hampir hari-hari dipukul oleh Afirah.

"Eh Bik! Lantak aku lah aku nak buat apa dengan budak ni! Aku yang kutip dia! Dia ni bukan anak yatim tapi anak haram! Tempat dia layak dekat pembuangan sampah sana! Dia hidup pun dia mengotorkan bumi ni aje!" lenting Afirah menghina status Trina sebagai anak haram.

Bibik Rini mengalirkan airmata melihat keadaan Trina yang begitu meruntun jiwa dan perasaan. Tuan Johan selalu sibuk keluar outstation beberapa bulan ini. Jika dia di rumah, Afirah tidak mengapa-ngapakan Trina. Dia hanya mendiamkan diri dan anggap Trina tidak wujud.

Tuan Johan sedar yang Afirah tidak menyukai Trina tetapi dia gagal untuk menyedari yang Trina telah didera oleh Afirah. Afirah tidak ugut dia atau memperingatkan dia untuk tidak memberitahu Tuan Johan.

Tetapi sebagai pembantu yang sudah lama berkhidmat dengan mereka, Bibik Rini tahu Puan Afirah tidak perlu memberitahu dia. Bibik Rini memang harus menutup mulut jika mahu dirinya selamat.

"Saya mohon non...anak kecil itu sudah lemah. Biarkan lah dia non. Serpihan kaca itu biar saya yang kemas non." Bibik Rini rayu dengan bendungan airmata yang hampir bocor lagi.

"Hah! Lantak kau lah! Tak kuasa aku nak layan!" terus Afirah menghentak kaki masuk ke dalam bilik. Dia mengempaskan pintu dengan kuat.

"Bik...kepala Trina sakit bik..." aduh Trina dengan wajahnya yang basah dengan airmata.

Bibik Rini mengusap kepala Trina dengan lembut. Dia menahan airmata dan berbisik lembut kepada Trina, "Ya nak, Bibik urutkan kepalanya nanti ya nak. Masuk bilik Bibik dulu."

Trina membaringkan tubuhnya di atas tilam Bibik Rini. Kepalanya berdenyut-denyut menahan sakit akibat disentap oleh Afirah tadi. Airmata berkolam di matanya.

Trina sangka dia tidak akan terasa begitu sunyi kerana ada Uncle Johan dan Aunty Afirah yang boleh menjaganya. Dia fikir Aunty Afirah akan menyayangi sebagaimana kasih Mamanya tercurah kepada dia.

Namun harapannya jatuh berderai umpama jutaan debu yang berkeliaran apabila Aunty Afirah langsung tidak menghiraukan dia.

Apabila Uncle Johan tiada di rumah, Aunty Afirah mendekatinya. Dia fikir Aunty Afirah ingin berbaik-baik dan berkawan dengan dia. Tetapi hanya lontaran kata-kata kesat, kemarahan dan sepak terajang yang dia terima.

Walaupun Trina tidak faham maksud 'anak haram' yang disebut Aunty Afirah tadi, dia tahu itu perkataan tidak baik. Hatinya koyak mendengar dirinya dihina.

"Mama..." serunya dalam tangisan.

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now