cerita

1.3K 32 1
                                    

"Jangan tanam Papaaa!!!! Nanti Papaaa tak boleh nafas!! Jangan tanam Papaaa!! Papaa!! Papaa bangun!! Dorang jahat! Papaa bangun!!!!" laung Trina saat jenazah diangkat untuk dikebumikan. Budak itu meronta-meronta minta dilepaskan, berleleh-leleh menangis ingin menyelamatkan Papanya.

Liyana(adik Sabree)yang sedang memeluk Trina saat itu, terenjut-enjut bahunya turut mengeluarkan airmata saat melihat abangnya dibawa pergi. Hatinya juga tersentap dan pilu melihat Trina meratap atas pemergiannya Papanya.

Liyana, Zulkarnaian dan Sofea duduk di rumah untuk menjaga Trina. Manakala Safwan,Fikri, Alizuddin, Johan dan isterinya menyertai yang lain ke tanah perkuburan.

Lama Trina menangis di dakapan Liyana sehingga tertidur anak itu. Liyana masih ingat lagi panggilan dari abang sulungnya, Safwan, saat dia bersama-sama kawannya di sekolah. Tali jantungnya bagaikan terputus apabila mendengar berita kemalangan Angahnya.

Malam itu juga dia bergegas pulang ke Melaka dengan menaiki kereta abangnya, Fikri. Mereka pulang dengan keadaan cemas dan tidak tenteram tetapi syukur alhamdullilah perjalanan mereka masih selamat.

"Maaf, tetapi dari tadi saya tidak nampak keluarga Jina. Mereka tak datang ke?" tanya Johan sekadar ingin tahu. Afirah juga memandang ke wajah Safwan untuk mendapat jawapan.

Hatinya turut tertanya-tanya kenapa dari tadi dia tidak nampak keluarga Jina. Walhal suami anaknya baru meninggal dunia. Si Jina pula masih di hospital Kuala Lumpur, koma. 'Sial! Aku sangkakan satu keluarga sekali mampus!' maki Afirah dalam hati.

Safwan memejam matanya dan mengeluh dengan hampa. "Dah hampir 7 tahun..." dia bermula. Kemudian dia menarik nafas dalam-dalam untuk mendapatkan segumpal kekuatan untuk meneruskan bicaranya

"Dah hampir 7 tahun Jina tidak berhubungan dengan kelurga dia lagi. Ini semua bermula apabila Jina mengambil keputusan untuk menjaga Trina sebagai anak sendiri."

Ini membingungkan Johan dan Afirah. Bukankah Trina anak dia sendiri ke?

"Apa kena mengena dengan Trina pula? Bukan Trina tu anak dia ke?" buat pertama kalinya Afirah bersuara sejak sampai ke Melaka.

"Trina bukan anak Jina...tapi, anak abang dia. Aznandi." kenyataan itu membuatkan mereka berdua tergamam. Masing-masing tidak tahu untuk memberi reaksi seperti apa.

"Abang dia mempunyai hubungan sulit dengan seorang perempuan walaupun dia telah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak. Waktu itu, isteri dia sedang sarat mengandungkan anak ke 3. Sehingga satu hari,pada tengah-tengah malam ada orang yang mengetuk pintu rumah mereka. Cik Asma yang membuka pintu. Dan bila dia buka ada seorang mak cik yang menangis-nangis minta berjumpa dengan Aznandi. Anak perempuan dia juga sedang sarat mengandungkan anak Aznandi. Beza kandungan perempuan itu dan isterinya hanya satu bulan saja. Cik Asma betul-betul tertekan malam itu. Tidak sudah-sudah abang Jina memalukan dan menyakiti hatinya. Sudahlah pada waktu itu, hubungan Aznandi dan keluarga Jina dalam keadaan yang tidak baik. Aznandi bukan saja menyakiti hati ibunya tetapi juga hampir memukul ayah kandungnya sendiri. Jina terlalu membenci abangnya itu. Waktu keluarga perempuan itu datang, Aznandi tidak lagi tinggal di situ. Dia sudah pindah kerana hubungan mereka memang sudah tidak baik lagi. Kalau tak silap abang, isteri dia yang memberi keluarga perempuan itu alamat rumah Cik Asma. Isterinya...entahlah...walaupun suaminya bersalah tetap dia tetap menyokong suaminya. Malah dia turut membantu suaminya untuk melepaskan tangan dan tidak bertanggungjawab..." Safwan berhenti seketika untuk menenangkan dirinya.

Johan yang mendengar cerita itu mula tidak senang duduk sebab dia juga tidak jauh beza dengan Aznandi. Kaki perempuan! Afirah turut berasa hal yang sama seperti Johan tapi dia berlagak selamba saja.

"Pak Cik Saleh yang waktu itu sedang sakit kerana usianya yang mencecah 67 tahun tidak kuat mendengar berita itu dan kena serangan jantung. Belum sempat keluarga perempuan itu datang untuk merunding lagi...Pak Cik Saleh meninggal dunia. Kecoh keluarga Jina waktu itu sehingga Jina dan Sabree terpaksa turun ke Johor Bahru walaupun pada masa itu Sabree masih melanjutkan pelajarannya. Cik Asma menjadi bertambah muram dan tubuhnya mula lemah. Dia sudah tidak banyak bercakap lagi. Aznandi langsung tidak mahu bertanggungjawab dan membawa anak dan isterinya pergi jauh dari mereka. Dia langsung tidak membenarkan Cik Asma lawat anak-anak dia. Aznandi langsung tidak punya rasa bersalah pun atas kematian Pak Cik Saleh. Keluarga perempuan itu pula memberitahu yang mereka tidak ingin nama keluarga mereka dikotorkan dengan kedatangan anak haram. Jina, sebagai seorang perempuan yang nampak sendiri bagaimana anak-anak abangnya terbiar tidak sanggup melihat bayi yang akan lahir itu diserahkan kepada orang lain. Dia yang menjaga anak-anak Aznandi dulu jadi sifat keibuannya membuatkan dia tidak sanggup melepaskan bayi itu jauh dari dia. Jina menawarkan diri untuk menjaga bayi itu, dan menyuruh mereka membuat perjanjian jangan mendekati dia dan anak dia. Dia mengharamkan Aznandi datang dekat dengan dia. Kedatangan Trina dalam keluarga Jina membuatkan hidup Cik Asma diiringi dengan gelak ketawa dan senyuman. Namun hati wanita itu tetap terguris akan memori silam. Dia merindukan cucu-cucunya yang lain. Satu hari, dia ternampak cucu-cucunya bersama ibu mereka. Cik Asma menangis sambil berkata, "Cucu aku sudah besar sekarang. Mereka semakin kurus...hati aku sedih melihat mereka yang terlalu kurus seperti tidak diberi makan. Tetapi tak apalah. Aku tetap berasa lengkap hari ini. Aku dapat lihat kesemua cucu-cucuku. Aku boleh rehat dengan tenang." Waktu itu, kami semua berfikir yang Cik Asma boleh merelakan segalanya selepas itu tetapi rupa-rupanya malam itu adalah malam terakhir dia. Dia pergi menghadap Illahi semasa dia tidur. Dia pergi dengan aman..." beritahu Safwan dengan senyuman kecil.

"Selena? Erfandi? Apa jadi dengan mereka? Asal muka mereka masih tidak ada kat sini sampai sekarang." Afirah bertanya lagi.

"Kamu ni Afirah kawan baik dia kan? Bukankah kamu lebih tahu perhubungan Jina dan adik-beradik dia yang lain.?" pedas Safwan memulangkan soalan itu kepada Afirah. Afirah terbatuk kecil mendengar kata-kata berbaur sindiran itu.

Afirah memuncung dan membuat muka. Tidak puas hati dia dikenakan begitu. Johan pula hanya diam tidak perasan langsung sindiran itu. Fikirannya penuh dengan cerita yang baru didengarinya. Begitu mulia hati Jina. Walaupun dia belum pernah melahirkan, tetapi Jina sudah mempunyai jiwa dan sifat seorang ibu.

"PAPA!!!!! PAPA!!!!! MANA PAPA?!!!!!" tiba-tiba Trina teriak dari dalam bilik tidur. Trina berlari ke pintu depan ingin mencari Papanya untung Fikri cepat menangkap budak itu.

"LEPAS!!! TRINA NAK CARI PAPA!!!! TRINA NAK BAWA PAPA JUMPA MAMA. MAMA SORANG-SORANG!!! PAAAAPAAAAA!!!!!!!!!!" Trina meronta-ronta minta dilepaskan. 'Ya Allah...tubuh budak itu dipenuhi dengan lebam dan luka-luka tetapi kerana terlalu merindukan ibu bapanya, kesakitannya sendiri dia lupakan.'

Safwan berganti tempat dengan Fikri dan mendukung Trina. Terus budak itu merengek di dadanya. Kasihan...

"Trina duduk dengan Pak Long saja ya sayang? Biar Pak Long jaga Trina sampai Mama bangun. Ye sayang?" Safwan memujuk dengan nada sebak. Matanya mula berkaca-kaca memikirkan nasib malang anak ini.

"Mama...Trina nak dekat dengan mama..." Trina berkata lemah. Mungkin kepenatan kerana cuba berlawan satu hari ini.

"Abang! Izinkan saya jaga Trina buat sementara sehingga la Jina sedar!" Tiba-tiba Johan berkata dengan penuh yakin. Dia benar-benar ingin menjaga Trina.

Terbeliak mata Afirah mendengar niat Johan. Terkejut beruk dia mendengarnya. WHAT THE HELLLLLL????!!

"WHATTT?!!!!!" Bentaknya sambil mencerlung garang kepada Johan. Johan juga melawan mata dengan Afirah dan ketika itu Afirah sedar bahawa keputusannya mutamad. Budak itu akan tinggal dengan mereka.

Maaaf sebab bab ni memang panjang sangat!! Dan siapa boleh teka apa jadi kat Trina lepas ni??

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now