Hari, Malam Bahagia

1.5K 38 1
                                    

Kejadian mereka 'ditangkap basah' oleh Tok Wan tadi memang memalukan. Jina rasa macam nak sumbat saja mukanya ke dalam periuk. Dalam hati dia tidak henti bernyanyi ; "Malu...malu semalunya!! Namun apa daya..ORANG DAH SUDI!!" Ikut sesuka hati saja dia menukar lirik lagu yang dinyayikan di dalam hati.

Sekarang, Jina sedang menolong suaminya memasak di dapur sebab al-maklumlah dia bukannya tahu memasak. Sekadar potong kentang, sayur ala cincai boleh lah.'Nasib suami aku ni masih muda lagi pandai masak! Woahaha!' Jina tersenyum sendiri.

CUP! Pipinya terasa basah sedikit akibat dicium...jap. DICIUM???!!!! Jina menoleh ke arah orang yang telah mencium pipinya dengan riak terkejut. Besar bebola matanya kerana terbeliak memandang si suami. Si suami pula..AMBOI...LAWA JE DIA TERSENGIH MACAM KERANG BUSUK.

"Ingatkan sayang tertidur dalam keadaan mata terbuka dan berdiri tadi. Tu yang abang kejutkan. Hehe..." Sabree memberi alasan loyar buruknya.

Jina hanya diam merenung lantai kerana malu yang sebelumnya belum hilang lagi, malu lain pula yang datang nak join. 'OMG!! Shame Shame nya rasa!!!!'

"Aik...takkan tidur lagi kut. Agaknya nak kene cium tempat lain kut baru dia sedar dari mimpi dia ni..." usik Sabree lagi sambil menjuihkan bibirnya ingin mendekati Jina.

"EHEM! Perut atuk ni da lapar ni...rasa macam tak masak masak pula lauk tu nanti kalau asyik ada ulat bulu merenyam dari tadi. KAMU NAK ATUK BAGI PELUANG KAH? ATUK BOLEH MAKAN KAT KEDAI SAJA." Entah sejak bila Tok Wan muncul Sabree pun tak perasan. Cis! Datuknya ini selalu potong scene.

Sabree ingin memberi kata persetujuan tapi belum sempat dia nak jawab, Jina sudah terlebih dahulu menjawab. "Eh,eh! Atuk...buat apa hendak membazir duit makan kat luar. Nak masak dah ni tuk..kan bang?" Jina tersenyum dengan menaikkan keningnya ke arah Sabree.

"Ahhh...da nak masak da ni..." jawab Sabree perlahan kerana kecewa peluangnya melepas.

"Yelah, atuk tunggu..." terus Tok Wan kembali ke ruang tamu.

****

Beberapa minit kemudian, Jina menghidangkan lauk di meja makan dan mereka pun menjamah bersama. SEDAAAAP BETUL KARI AYAM NI..YUMMY!

"Malam ni atuk nak tidur kat rumah Mak kamu Sabree. Tetiba pula atuk rasa rindu kat masakan mak kamu tu. Makanan kamu ni, tak sedap! Atuk nak suruh mak kamu masak lauk kegemaran atuk." Tok Wan bersuara memaklumkan kepada Sabree.

"Hehe...Sab pun rasa macam masakan Sab hari ni kureng sikit."

Jina memandang pelik kepada dua manusia yang dua di hadapannya. "Sakit tekak ke apa dorang dua ni? Punya sedap aku rasa..." gumamnya di dalam hati.

"Atuk tak ada ni...kamu jangan lepaskan peluang Sab. Atuk dah bagi chance ni! Luangkan masa kamu ni untuk keinginan kamu. Satu malam ada! Tak tidur pun tak apa! Hihihi!! " Tok Wan ketawa kecil.

Jina yang ketika itu sedang meminum air sirap terus tersembur ke muka Sabree yang duduk betul-betul di hadapannya. Dia menepuk-nepuk dadanya sendiri kerana tersedak. Suaminya yang basah kerana terkena semburan darinya langsung tidak dipedulikan. Hari ini..entah berapa kali dia menimpa rasa malu ya amat.

Jina lekas-lekas mencuci tangan dan masuk ke bilik. Dia ingin duduk di luar bersama anak beranak itu. Cucu dengan atuk satu kepala! Sama- sama nak kenakan dia.

Jina berterusan berkurung di bilik sehingga lah dia mendengar laungan atuknya dari luar.

"JINA! ATUK PERGI NI!"

Dia menelan air liur yang terasa pahit. Sekarang hanya dia berdua saja dengan suaminya. Adui! Takkan dia nak sembunyi bawah katil kut. Dah malam! Takut kena sembunyi dengan hantu kopek nanti!

"Assalamualaikum cinta..." Sabree memberi salam ala-ala style '7 petala Cinta.' Meremang bulu roma..Jina paling tak suka bila lelaki bersikap terlalu romantis sangat ni.

"Wa..wa..waalaikumsalam." dia membalas salam dengan perasaan kekok sedikit.

"Boleh abang duduk?" suaminya meminta izin untuk duduk di atas katil. Jina menjeling matanya ke atas; selama ini nak tidur ke nak tergolek ke tak pernah pun minta izin. Straight to the point je laaaaaaaa...

"Boleh."

Sabree lantas duduk bersebelahan dengan Jina lalu menggenggam erat tangan isterinya. Jina terpaku. Sabree merenung ke dalam anak mata Jina dengan pandangan sayu dan bersalah.

"Abang...abang..minta maaf. Abang teramat cintakan sayang. Abang tahu hati sayang masih untuk dia..tapi abang...-"Jina dapat melihat mata suaminya mula berkaca-kaca membuatkan hatinya pilu. "...Abang tak sanggup nak tipu Jina lagi. Abang tahu mesti Abang akan dibenci oleh Jina selepas ini. Tapi abang mohon sangat...abang mohon sangat..tolong jangan tinggalkan abang." Airmata mula menitis dari kelopak mata Sabree.

Jina memandang suaminya sayu. Dadanya sebak bagaikan terisi air sampai ke tenggorok.

"Abang yang perangkap Jina...sebenarnya tidak ada apa yang berlaku malam tu. Abang tipu! Ni semua helah abang untuk dapatkan Jina. Kalau abang tak buat ni semua mesti Jina dapat kembali dengan Joh-" Sabree terdiam apabila tubuhnya didakap dengan erat oleh Jina.

"Abang...jangan cakap macam gitu. Sebenarnya Jina sudah lama tahu pasal ni. Jina dah tahu bang..Jina dah tahu! Maafkan Jina sebab tidak beritahu abang lagi awal!" sendu Jina di bahu suaminya.

Sabree terpempan tetapi tetap terselit rasa bersyukur kerana semua beban di bahunya sudah diangkat dan dibuang jauh. Dia menarik Jina agar memandang wajahnya. Dia ingin mengetahui satu kepastian.

"Jina da mula cinta kan abang..?" tanya sambil mata tidak  lepas dari merenung Jina. Dia ingin kejujuran.

Pipi Jina mula kemerahan dan dengan tersipu-sipu dia mengangguk tanda benar. Sabree tersenyum gembira tentang kebenaran ini. Dahi isterinya dikucup dengan penuh kasih sayang.

Dia menyentuh pipi isterinya lalu berkata, "Izinkan abang sayang..." Dia merenung Jina dengan pandangan menggoda. Kali ini dia tidak tunggu lama-lama macam tadi. Takut mati setengah jalan seperti kebanyakkan drama korea.

1...2...Cup! Bibirnya bertemu dengan bibir Jina. 1...2... Fireworks ! Rasa seperti ada bunga api ketika bibir mereka bersatu. Jina terjerit sedikit apabila ciuman itu semakin dalam dan malam itu menjadi malam bahagia mereka. Hati mereka menjadi satu.

Ini semua berkat Tok Wan sebab bagi peluang untuk Sabree goal! Kekekeke!!!

Terima kasih sekali lagi atas sokongan kamu semua. Terus terang saya cakap, sekarang ni saya ada sedikit masalah sebab itu cerita ini tangguh sekejap. Tetapi oleh sebab saya ternampak komen dari beberapa pembaca..hati saya betul betul ceria and I just cannot help it but to update as soon as possible! You guys really makes me feel a whole lot better. Thank you again!

Ada yang tanya tentang kesudahan Johan dan Afirah..sebenarnya saya ada sediakan babak untuk mereka tetapi masih jauh lagi. Mungkin saya akan ubah sedikit maybe next chapter saya buat tentang Afirah.

Kalau korang ada idea untuk apa yang berlaku selanjutnya tentang Afirah boleh tolong komen. Sebab terus terang saya bukan penulis yang bagus pun tapi cukup untuk sekadar berkongsi pengalam dengan anda semua. Saya sedang belajar sedikit demi sedikit tentang dunia penulisan ini. Jadi bermurah hati untuk berkongsi idea dengan saya agar cerita ini dapat dilanjutkan dengan cepat! ^^

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now