Rintihan(Jina)

2K 44 0
                                    

Hubungan Jina dan Afirah masih bagaikan kuku dan kulit sehinggalah tamat sekolah menengah. Walaupun pelbagai rintangan dan banyak kali mereka bertengkar kerana itu, mereka masih lagi mencari jalan penyelesaian dan bersatu lagi.

Bukan semua orang yang suka melihat kesenangan orang lain. Pasti ada yang cemburu akan persahabatan mereka yang kukuh walaupun telah mengalami banyak suka dan duka bersama.

Jina tidak lagi menyambung pelajarannya sebaik sahaja tamat sekolah. Bukan dia tidak mahu tetapi tiada satu pun kolej yang ingin memberi dia peluang kerana keputusan SPM nya yang teruk.

Jina sedaya upaya memujuk hati untuk tidak menyesal kerana dia yang memilih jalan ini. Walaupun dia pernah menjadi pelajar yang baik tetapi dia juga seorang pelajar yang bermasalah.

Dari masalah keluarga yang pecah belah, masalah kewangan dan Jina yang enggan untuk hadir ke sekolah. Semua ini Jina tanggung sendiri dan pendam di dalam hati.

Walaupun Afirah tahu akan masalah keluarganya tetapi Jina tidak pernah berkongsi masalah. Jina mempunyai andaian bahawa manusia hanya boleh bersimpati tetapi tidak memahami. Jika dicerita pasti mereka hanya mampu menyuruhnya bersabar. SABAR! SABAR! SABAR!

Sudah naik bosan dia dengan perkataan sabar. Jina terasa sungguh amat marah dengan tidak keadilan hidup ini. Dia melihat bagaimana layanan keluarga Afirah.

Bagaimana Afirah dikelilingi saudara mara, bagaimana ibunya selalu menyiapkan makanan. Bagaimana dengan begitu senang dia boleh mendapat duit.

Walaupun Ibu Afirah selalu memberinya duit, Jina berasa tidak selesa kerana ini akan membuatnya ingat bagaimana miskin dan susahnya hidup yang harus ditanggung.

Ini semua tidak ADIL. Afirah dapat hidup seperti remaja yang lain. Sedangkan dia? Hidup bermanja pun dia tidak dapat. Adilkah? Sejak itu hatinya menjadi beku...beku sehingga dia lupa bahawa Allah sentiasa ada untuk mendengar rintihannya. Dari situ dia tersesat jauh dari pangkal jalan.

Dia berasa dia tidak memerlukan sesiapapun. Dia tidak akan berasa sedih walaupun satu hari Afirah, satu-satunya kawannya akan meninggalkan sendirian. 'Because nothing last long.' Kebahagian bukan untuk dirinya, bila kebahagian ingin menyapa pasti ia akan dirampas dengan kejam darinya.

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now