Surat

1.4K 27 0
                                    

3 bulan berlalu...

Perhubungan Sabree dan Jina sudah pulih seperti sedia kala. Jina menghormati Sabree sebagai suami dan Sabree  melayani Jina dengan baik. Sabree sedar sebanyak mana kasih sayang yang ditunjuk, dia masih gagal menghuni hati Jina.

Ya, memang betul hubungan mereka memang seperti suami isteri biasa. Dia dihormati. Tetapi realiti sebenar hunbungan mereka hanya sekadar kawan. Tiada kata kata cinta mahupun tindakan yang menunjukkan Jina melihatnya sebagai lelaki yang dicintai.

Sabree pasrah kerana dia sedar Jina memerlukan masa dan mereka pun masih remaja dan masih mudah. Masih banyak lagi yang mereka harus kecapi dalam kehidupan. Dan Sabree sedar, selepas ini dia harus meninggalkan isterinya untuk melanjutkan pelajarannya.

Sebagai suami, dia harus menyediakan masa depan yang cerah untuk perkahwinan mereka. Walaupun...hati terasa berat untuk meninggalkan isteri tatkala usia perkahwinan mereka masih muda dan hubungan yang beransur pulih.

Gelak ketawa dari luar rumah menyedarkan Sabree dan lamunannya. Dia mengunjung ke luar dan melihat Safwan dan Jina sedang enak menikmati buah rambutan sambil berbual mesra.

Sabree memandang mereka dengan wajah yang masam. Akhir-akhir ini sering kali Safwan bermain ke rumah mereka. Hatinya dijentik rasa meluat melihat kemesraan mereka. Berbakul-bakul sumpah seranah yang diluahkan di dalam hati khas untuk abang sulungnya itu.

Jina mengesat airmatanya dengan belakang tangan setelah puas ketawa mendengar cerita Safwan. Dia ternampak Sabree yang sedang berdiri bersandar kepada pintu melihatnya.

"Abang! Jom lah join sekali, banyak Wan bawak dari pokok tu tadi." jarinya menunjuk ke dalam kandang kerbau milik keluarga mereka. Cun cun pokok rambutan di dalam kandang itu juga.

Sabree hanya menghampiri mereka dan duduk disebelah isterinya. Sengaja dia bergesel dengan Jina untuk memberi ruang sedikit kepadanya. Jina memandangnya dengan kerutan di dahi. 'Punya lah luas tempat ni tapi kat sini jugak dia nak menyempit.'

"Jina, kau tak bosan ke duduk kat rumah je terus. Budak budak baya kau masih sekolah, enjoy ngan kawan kawan. Sekarang dah cuti sekolah semua sibuk cari kerja sambilan." tanya Safwan ingin tahu.

"Agak-agak lah...tu semua budak budak yang masih single mingle. Lagipun aku dah malas lah nak belajar. Kawan? Korang semua lah kawan aku! Nanti bila suami aku dah sambung belajar, aku cari lah kerja. Buat masa ni biar kita spend time dulu." jawab Jina dengan penuh maksud tersirat.

Dia tidak perlukan kehidupan seperto remaja lain kerana dari dulu pun dia sibuk mencari duit. Dan sudah tentu dia tidak perlu istilah kawan dalam hidupnya lagi.

"Alalala...cho chweeeet. Nak tunggu sayang dia belajar dulu baru kerja ye...sebab kau ni sweet sangat ni hah..aku suapkan kau rambutan." Namun belum sempat Safwan menyuapkan rambutan Sabree sudah terlebih dulu menyumbatkan rambutan ke dalam mulut Jina secara tiba-tiba. Untung tak tercekik budak tu.

"Sayang jugak Anja kat abang eh? Makan pelan-pelan ye sayang." ucap Sabree membuatkan pipi Jina berona merah. Kepalanya jugak diusap-usap dengan lembut. 'Dah buang tebiat ke apa mamat ni.'

Safwan memandang Sabree dengan senyuman penuh makna tapi langsung tidak diendahkan oleh Sabree. Dia menikmati buah rambutan seperti tiada apa apa yang berlaku.

"EHH AWAK!! ITU BUAH RAMBUTAN BUSUK!!!" Terkejut dia melihat Sabree menyumbat buah busuk ke dalam mulutnya seperti tidak ada apa apa. Sabree yang baru tersedar tiba-tiba terasa loya dan GULP!  Terus berlari ke dalam rumah kerana ingin muntah.

Safwan terbahak-bahak menekan perutnya kerana lucu melihat Sabree. Jina hanya menggosok-gosok lengannya kerana terasa geli membayangkan kembali buah busuk yang sudah berulat dimakan oleh suaminya. Manakala Sabree pula..."UWEKKKK!!!! UWEEKKKK!!"

***

"Assalamualaikum!" Jina memberi salam tatkala baru sampai rumah. Waktu itu pukul sembilan malam. Dia mengambil kelas mengaji di rumah Nek Senah yang tinggal berseorang sejak kematian suami.

"Waalaikumsalam..macam mana kelas mengaji hari ni?" tanya Tok Wan yang sedang duduk di ruang tamu. Jina menyalami tangan Tok Wan dan duduk di sofa sebelah.

"Alhamdullilah Tok Wan. So far So Good."

"Apa kut?" tanya Tok Wan yang tidak paham apa yang dikata Jina.

"Tak ade papelah Tok Wan, Abang mana Tok Wan?"

"Tu hah duk terperap kat bilik. Dia dapat surat tu yang dok kusut muka dia tu."

Surat? Surat ape pula? Jina meminta diri untuk ke bilik. Tombol pintu dipulas dan dia masuk ke dalam bilik. Kelihatan badan Sabree sedang membelakanginya menghadap ke jendela.

"Abang..." sapa Jina sambil meletakkan tangannya di bahu Sabree.

Sabree menoleh dan merenung ke dalam anak mata Jina. Jina mula tidak sedap hati. Dia menggosok belakang suaminya dengan harapan dia dapat menenangkan fikiran Sabree.

"Kenapa ni?"

Sabree melepaskan keluhan kecil dan akhirnya berkata, "Abang dapat surat tadi. Abang dapat sambung belajar kat Kuala Lumpur."

"Dah tu kenapa sedih ni." Jina berasa hairan. Berita gembira apa yang perlu disedihkan?

"Jina tak paham perasaan abang."

"Apa yang Jina tak paham ni?" tanya Jina semakin keliru.

"Takpelah..abang penat sangat ni. Abang nak tidur awal." Sabree terus ke bilik air untuk memberus gigi dan mencuci. Kemudian dia naik ke atas katil dan terus melelapkan mata. Jina semakin pelik. 'Apa yang tidak kena dengan laki aku ni.'

Malam yang penuh dengan kekusutan dan kekalutan itu kian panjang.

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now