Curi

1.5K 23 1
                                    

5 bulan yang lalu...

"Oi, baju kerja kau kau dah lipat ke atau masih tergantung ni? Macam mana kau boleh lupa nak bawa! Hish!" ngomel Afirah kerana terpaksa menolong Jina ambil baju kerjanya.

"Masih tergantung ah beb. Kunci kat boot kerja abang aku tu. Okay aku nak buang air besar ni..tetiba plak perut ni buat hal. Hehe. ok cepat tau! Bye!" lekas-lekas Jina matikan talian sebelum sempat Afirah membalas.

'Hish budak ni! Aku belum habis cakap lagi ni!' Afirah lalu membuka pagar pintu rumah Jina menggunakan kunci yang telah dijumpainya.

Tiba-tiba ada suara yang memberi salam.

"Assalamualaikum."

"Waalaikumsalam..awak ni...?" Afirah mengucap dalam hati melihat ketampanan jejaka di hadapannya. Rambutnya yang lebat dan ikal kelihatan bersinar hitamnya. Walaupun berkulit sedikit gelap , masih kelihatan wajah tampan yang boleh memikat sejuta hati wanita yang ehem..single.

"Saya Arsyad. Johan Arsyad. Awak ni...Jina ke?" tanya lelaki itu sambil meneliti wajah Afirah membuatkan pipi gadis itu kemerah-merahan.

"Eh eh tak! Saya Afirah kawan baik dia. Awak ni kenal dia ke? Jap apa tadi nama awak? Johan? Saya tak pernah pula kenal lelaki nama Johan kalau si Johan Ar..." Afirah teringat sesuatu.

Sah! Dia ni lah Johan Arsyad yang di dalam buku diari Jina tu. 'Tak sangka taste Jina memang tinggi sangat. Patutlah...pakwe aku semua low class untuk dia.' Untungnya Jina...

"Saya kawan dia masa kecik. Sebenarnya saya balik ni bab ada hajat. Saya nak curi hati dia!" Johan tersengih sambil tersipu-sipu. Romantiknya...

"Awak ikut saya lah, saya pun nak pergi tempat kerja Jina hantar baju dia." pelawa Afirah.

"Dia tak sekolah ke? Umur dia baru 18 kan?"

"Dia gagal SPM." setelah itu tiada lagi kedengaran sembarang apapun suara. Dua dua hanya menyepi.

***

"Woah tak sangka cepat sangat kau dapat pengganti aku. Aku dah agak..kau ni pompan jenis nak layanan lelaki je." Sindir Hakimi apabila mereka terserempak di luar Mac Donald sementara menunggu kedatangan Jina.

Johan terkebil-kebil kerana tidak paham dengan apa yang berlaku. Dia lihat wajah Afirah sudah mula mendung dan boleh nampak air mata yang bertakung di tubir matanya. Johan menjadi simpati.

"Kau salah bro. Kalau kau nak tau aku dah lama suke kat Mak we kau ni. Bab dia ni lain yang lain dan bila aku nampak peluang itu ada disebabkan lelaki bodoh macam kau...aku terus masuk pinang dia. Sekarang ni kami dah bertunang..hujung tahun ni kami nikah. Yelah..aku dah kerja..boleh tanggung dia yang masih sekolah. Bro, lu masih sekolah kan? Duit masih minta kat mak lagi ke? " berbakul sindiran yang keluar dari mulut Johan.

Afirah tertawa kecil kerana dia berasa lucu melihat wajah merah Hakimi. Hakimi memandang Johan dengan pandangan tajam dan terus berlalu pergi dengan perasaan sebal. Afirah merenung Johan dengan wajah terharu..entah kenapa jantung berdetak hebat.

Ini kali pertama seorang lelaki melindungi dan membelanya. Selama ini bekas kekasihnya tidak pernah memperlakukannya begitu. Cuma dia yang selalu mengalah dan cuba sedaya upaya untuk melayannya dengan sebaik mungkin.

"Awak okey? Lelaki macam gitu tak payah hendak diingatkan. Banyak lagi lelaki baik kat luar sana. Macam saya la!" Johan tersenyum sambil mengenyitkan mata. Afirah terus berdiri kerana dadanya sudah bergetar hebat.

"Ahh..say nak pergi ke tandas dulu. Awak tunggu sini eh." Lalu dia pun meminta diri. Afirah keluarkan telefon bimbit dan terus mendail nombor Jina.

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now