Selamat tinggal Sahabat

1.1K 35 1
                                    

"Hel..Hello? Hello! Afirah! Helo?!" Jina jadi panik apabila talian dimatikan begitu saja. Beberapa kali dia cuba menghubungi nombor rumah, Johan..semuanya gagal. Tanpa berlengah dan berfikir panjang Jina terus mencapai kunci kereta dia atas meja dan terus bergegas ke rumah Johan.

Tuk! Tuk! Tuk! Jina mengetuk pintu rumah Johan bertalu-talu. Dia sudah tidak boleh sabar lagi...dia menekan lonceng berulang kali dan mengetuk-ngetuk pintu seperti tailong meminta hutang. 'Cepat la buka pintu ni!!!'

"Apa ni malam-malam ketuk rumah oran-" Johan terdiam apabila melihat Jina yang berdiri di depannya tanpa memakai tudung. Rambutnya bebas mengurai ditiup angin.

"Afirah mana?" tanyanya lekas.

"Kat dapur agaknya, skejap ye aku tengok." cepat-cepat Johan masuk ke dalam rumah untuk mendapatkan Afirah. Apabila dia keluar lagi wajahnya kelihatan kusut dan bingung.

"Dia takde...mana dia pergi? Aku ingat dia kat dapur nak minu-"

"DIA DAH SERAH DIRI DIA KAT POLIS!" sekali Jina mencantas dengan wajah sedikit bengang. Bagaimana Johan boleh tak perasan? Tidur mati ke apa?!

"Apa? Afirah menyerah diri? Macam mana kau tahu?" tanya Johan cemas.

"Dia call aku tadi...dia dah ingat. Dia memohon maaf dan banyak lagi lah dia cakap. Aku rasa tak sedap hati bila dia cakap selamat tinggal sebab tu aku terus bergegas ke sini."

Johan menggangguk faham dan menyuruh Jina untuk tunggu di luar sebentar. Sekali dia keluar dengan berganti pakaian dan turut membawa cardigan hitam panjang milik Afirah serta selendang untuk diberikan kepada Jina.

"Pakai ni." arah Johan tanpa melihat Jina dan terus masuk ke dalam kereta untuk menghidupkan enjin. Jina terpinga-pinga apabila dia disuruh memakai cardigan dan selendang. Bukankah...

Seperti baru tersedar dari mimpi Jina terus menyentuh kepalanya dan melihat pakaiannya. 'Ya Allah! Malunya aku tunjuk tubuh aku macam gini kat Johan!' Jina berterima kasih kepada Johan di dalam hati. Dia terus memakai dan menyarungkan selendang di kepalanya.

Dalam perjalan ke balas polis mereka berdua hanya diam berlawan perasaan. Masing-masing memikirkan hal Afirah. Mereka tahu Afirah harus menjalankan hukuman setelah menyerah diri. Dan ia bukan hukuman biasa tapi hukuman gantung! Bayangkan perasaan Johan kala itu...

"Maaf Encik, encik tak boleh melawat isteri encik sekarang. Saya sarankan encik datang esok pagi."

"Tolonglah tuan! Tolonglah..benarkan saya jumpa isteri saya. 5 minit pun jadilah tuan...Tolong saya tuan..mungkin lepas ni saya da tak berpeluang nak jumpa buat selamanya. Tolong tuan..." Johan merayu dan melutut meminta belas Inspektor tersebut.

Jina hanya mampu berdiam diri melihat Johan merayu-rayu untuk bertemu dengan isterinya. Airmata mula tumpah dari tasik bundar. Jina turut berasa pilu melihat adegan yang menyayat hati di depan matanya.

Akhirnya Inspektor itu turut jatuh kasihan dan menyuruh Johan menunggu sementara dia membawa Afirah keluar. Lama mereka menunggu tapi Afirah masih tidak kelihatan.

Hampir sejam menunggu akhirnya Inspektor itu keluar dengan kekesalan yang terpancar jelas di wajahnya.

"Isteri saya tuan?" Inspektor itu memandang Johan dan akhirnya mengeluarkan keluhan kesal.

"Maafkan saya...tapi isteri awak tak mahu berjumpa dengan awak. Dia harap awak tak datang menjenguk dia lagi. Ni...sempat dia menulis surat untuk awak." kertas yang sudah dilipat elok diberikan kepada Johan.

Johan mengambil dan langsung membaca isi surat tersebut.

'Maafkan Afirah abang...atas segala dosa Firah terhadap abang selama ini. Halalkan segala makan minum Firah. Firah harap abang dapat hidup bahagia selepas ini dan kembali lah kepada Jina. Kalian perlukan satu sama lain dan demi Trina..anak kita...'

Airmata sudah terpancut keluar dari mata Johan. Dia meramas rambutnya kasar dan mundar mandir seperti memikirkan sesuatu. Tanpa diduga Johan cuba berlari masuk untuk berjumpa dengan Afirah tapi dapat ditahan oleh polis.

"LEPASKAN AKU! FIRAH! FIRAH! LEPASKAN AKU! LEPAS! FIRAH JANGAN TINGGALKAN ABANG! FIRAH!!!" Johan berlawan dengan polis untuk mendapatkan Afirah. Sedaya upaya dia cuba melepaskan diri daripada polis-polis yang mengheretnya keluar.

Johan diseret keluar dari balai dan tidak dibenarkan masuk. Dia meraung dan menangis melepaskan kesal dan geram. Jina mula menghampiri Johan untuk menyuruhnya bertenang.

"Johan..." namun Johan masih tidak mahu mendengar panggilannya. Dia masih lagi melayan perasaan dengan memukul dan menendang tembok.

"Johan!" bentak Jina sambil memegang kuat kedua bahu lelaki iti agar memandangnya. Johan hanya memandang bawah ke lantai dengan esak tangisannya.

Jina turut ingin menangis melihat keadaan Johan yang begitu hancur namun dia sedar bahawa dia harus kuat dan tegar dengan keadaan sekarang.

"Johan...ini apa yang Afirah mahukan...kita patut faham...kita tak harus menyusahkan hati dia." pujuk Jina dengan menahan nadanya yang seperti ingin menangis.

Johan hanya menggangguk-ngangguk bersama titisan airmata yang jatuh ke lantai. Dia tidak terdaya hendak menjawab.

Akhirnya Jina memandu kereta dan membawa Johan pulang. Setelah menghantar Johan ke rumahnya, Jina mendapatkan keretanya dan pulang.

Saat di rumahlah baru Jina menangis semahu-mahunya...selamat tinggal...sahabat.

***

Di tanah perkuburan...

Jenazah Afirah telah selamat dikebumikan. Saudara mara dan rakan rapat sudah pun meminta diri untuk pulang. Tinggal Jina, Trina dan Johan saja yang masih melayan perasaan di kubur Afirah

"Aku harap kau dah maafkan dosa isteri aku terhadap kau..." Johan memulakan perbualan.

"Mmm."

"Terima kasih juga sebab sanggup meminjamkan aku Trina buat Afirah. Terima kasih sebab memberi peluang untuk isteri aku berbahagia."

"Sama-sama." hanya itu yang mampu Jina jawab.

Johan menggangguk dan mula melangkah pergi. Trina berkejar untuk mendapatkan Johan.

"Papa tunggu!" panggil Trina menahan Johan.

"Trina! No need to call him papa again. Aunty da rest...Trina da tak payah nak main main dengan Uncle Johan lagi. Faham?" arah Jina sedikit marah.

"Huh? Tapi Mama Firah ade pesan kat Trina untuk panggil Papa dengan papa!" Trina membantah.

"Itu dulu sayang..." pujuk Jina dengan lebih lembut sekarang.

"No! Baru aja Mama Firah suruh tempoh hari! Dia cakap kalau dia dah takda, dia suruh Trina be a good girl and jaga Papa and Mama! Dia cakap dia akan tengok Trina dari atas sane! So Trina tak boleh sedih and menyusah Mama dan Papa! So Uncle Johan is Papa lah Mama! He is Papa!" Trina menekan agar Jina faham apa maksudnya.

Jina mahupun Johan kedua-duanya tersentak. Mereka hanya memandang satu sama lain dan berdiam diri.

"Enough! Ok, you can call him Papa." Jina sudah malas nak melawan kata dengan anaknya dan bersetuju saja.

"Yay! Mesti arwah papa dapat jumpa mama Firah kat atas sana kan mama??" tanya Trina polos. Jina hanya diam. Tidak mengiakan atau membantah. Kepalanya runsing memikirkan apa yang terjadi selepas ini.

Aku pulangkan Johan kepada kau...

Johan juga sama seperti Jina. Dia masih memikirkan tentang surat yang ditulis oleh arwah Afirah tempoh hari.

Pulang kepada Jina...

Okay...so Afirah is gone! She's dead. NOW. I got one problem... Macam mana nak satukan Jina and Johan ni?! SAYA DAH BUNTU...TAK TAHU MACAM MANA NAK BUAT DORANG JATUH CINTA LAGI. KORANG PLEASE HELP ME? KALAU ADA IDEA KE APA JUST COMMENT OKAY?

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now