Bonus Chapter

1.6K 47 3
                                    

Malam perkhawinan...

Hish! Nak sorok mana ni? Dalam tandas? Bawa katil? Dalam almari? STRESS!! Jina sudah seperti cacing kepanasan, tidak betah duduk diam dalam bilik. Dia takut, seram, nak nangis pun ada! Ini semua sebab dia malu dengan Johan. Huhuhu..dah tua bangka pun masih malu-malu macam anak dara!

Mendengar tombol pintu seperti dipusing dari luar membuat Jina terkaku dan seram sejuk. Alamak! Cepat Jina fikir mana nak sorok! Tapi malangnya, Johan sudah pun menjengukkan kepala ke dalam bersama senyuman berbunga-bunga!

"Aik! Tak mandi lagi ke? Ke awak nak abang mandikan?" sakat Johan membuatkan muka Jina membahang kerana malu.

Terus Jina lari ke dalam bilik air dan mengunci pintu dengan cepat. Johan yang melihat telatah isterinya sudah ketawa geli hati. Comelnya tengok isteri dia tersipu malu, ini yang buat dia semakin ghairah dan geram nak gigit isterinya tu.

Beberapa minit kemudian Jina sudahpun selesai membersihkan diri tetapi masalahnya... DIA TERLUPA NAK BAWA BAJU GANTI DAN TUALA! YA ALLAH MACAM NI? Jina menguak pintu tandas sedikit untuk melihat sama ada suaminya masih di dalam bilik.

Gulp!

Dilihat Johan sedang enak bersandar di katil sambil melihat betul-betul ke arah tandas dengan senyuman...miang? Terus Jina tutup pintu tidak tahu hendak membuat apa. Tapi takkan dia nak berkurung saja di dalam bilik air ni? Nak tak nak terpaksa Jina meminta pertolongan Johan.

"Errr...Abang! Boleh tolong ambilkan tuala?" panggil Jina di balik pintu yang tertutup.

Johan tidak menjawab tetapi Jina dapat mendengar pintu almari dikuak dan ditutup. Pintu tandas diketuk untuk memberi Jina tuala yang diminta. Jina menyembunyikan tubuh di belakang pintu dan hanya menghulurkan tangan untuk mengambil tuala.

Tapi sungguh diluar jangkaan Jina bahawa Johan akan menolak pintu dan masuk ke dalam bilik air dan melihat tubuhnya yang tanpa seurat benang. Automatik tangannya cuba menutup tubuhnya. Wajah Johan saat ini betul-betul menakutkan Jina. Mata lelaki itu tidak lepas dari menjilat seluruh tubuhnya membuatkan dia menggigil seram.

Johan menghampirinya dari satu tapak ke setapak seterusnya. Jina menutup mata apabila Johan sudahpun didekatnya. Nafasnya itu menghembus pipi Jina membuatkan jantungnya semakin berdegup laju. Rasa macam nak pitam.

Tangan Jina yang menutupi tubuh dileraikan oleh Johan. Dengan lembut Johan menyarungkan tuala ke tubuh isterinya. Akhirnya Jina menatap wajah Johan kerana tidak menyangka akan layanan lembut suaminya.

Johan akhirnya menunduk ke bibir Jina dan dipaut dengan lembut. Jina turut membalas dan akhirnya Johan mendukung Jina yang sudah berbalut dengan tuala ke katil mereka apabila sudah mula merasa bahang asmara.

***

10 tahun kemudian...

"Taufan, Taufiq!! Mama cakap pergi mandi kan! Degil sangat, telinga nak kene piat ke?" marah Jina apabila melihat anak bujang kembarnya masih sibuk bermain bola sepak di depan rumah.

Jina bersyukur kerana dulu dia dianugerahkan dengan dua cahaya mata sekaligus. Alhamdullilah kasih sayangnya tidak pernah berbelah bagi terhadap Trina, Taufan dan Taufiq. Semuanya dilayan dengan adil. Tiada isu darah daging yang dibangkitkan di dalam keluarganya.

Tetapi...Masya-Allah! Susahnya hendak menjaga dua nak lelaki sekaligus hanha Tuhan saja yang tahu. Berapa kali dia makan hati dengan anak bujangnya.

Tengoklah! Sudah dipanggil dan diberi amaran, budak-budak boleh buat dek je. Ni yang buat naik angin ni.

"Ouh..Mama panggil tak nak dengar kan? Ni ambik ni..Emmm!! Geram betul bila orang tak dengar jage. Emmm!" dipiat-piat telinga kedua-dua anak bujangnya itu.

"Aduh! Aduh! Mama sakit Ma! Aduiiiii!" mereka menyeringai kesakitan sampai terjongket-jongket.

Jina melepaskan telinga mereka apabila melihat kereta suaminya sudah masuk ke dalam rumah. Johan dan Trina keluar dari perut kereta tidak lama kemudian. Jina menyalam Johan dan dihadiahkan sebuah ciuman di dahi. Trina turut mencium tangan Mamanya.

Sementara menunggu keputusan SPM, Trina bekerja sambilan di pejabat Johan. Hubungan anak dan bapa diantara mereka memang kuat. Kadang-kadang Jina cemburu juga melihat Trina lebih suka berkongsi cerita dengan Johan daripada dirinya. Tetapi walauapapun dia bersyukur kerana doanya termakbul.  Mendapat dua orang insan lelaki yang penyayang dan prihatin terhadap anak-anak. Arwah Sabree dan suaminya sekarang Johan.

Dia tidak mahu, anak-anaknya berasa tersisih dari kasih sayang ayah seperti dirinya dulu.

"Ni kenapa abang tengok budak-budak ni terlompat kene piat dengan awak tadi."

"Biasalah Papa, mesti sebab Taufan dengan Taufiq degil tak nak dengat cakap Mama." Trina menjawab bagi pihak Jina. Adik-adiknya mencebik ke arah Trina dan Trina turut membalas dengan mengejek mereka. Dia memang suka menyakat adik-adiknya.

"Kakak jangan nak usik adik. Nanti Kakak pun Mama piat-piat telinga tu." gurau Jina berpura-pura serius sekadar nak melembutkan hati si kembar.

"Hahaha! Padan muka! Mama sayang kite orang! Bluek! Bluek!" Taufiq mengejek dan Taufan pula sudah ketawa-ketawa keseronokkan.Trina hanya mencebik, malas nak layan!

Johan hanya tersenyum lucu melihat telatah mereka, "Da..Dah.. Ni mesti sebab abang dengan adik tak nak mandi kan? Dah pergi cepat mandi, lepas ni kita pergi Swensen makan Ice Cream favourite Taufan dengan Taufiq. Pergi mandi cepat!" galak Johan agar anak-anaknya cepat membersihkan diri.

"Yayyayayayayyyyy!!!" sorak mereka terus berlari ke dalam rumah. Trina, Johan dan Jina hanya tersenyum dan sama-sama masuk ke dalam rumah.

Alhamdullilah...kerana kharunia Allah akan keluarganya yang bahagia ini. Semoga keluarga ini kekal bahagia dan dijauhkan dari porak peranda.

Amin!

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 03, 2014 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now