Orang baru.

1.1K 28 0
                                    

Assalamualaikum semua. Saya minta maaf banyak-banyak sebab sudah lama tak update bab yang seterusnya. Mungkin ada yang sudah hilang minat ataupun terlupa dengan bab yang lama. Jadi saya akan summarise kan semua biar kalian semua tak terlalu keliru nanti.

•Afirah hilang ingatan setelah pulih dari penyakit depressinya.
•Dia bertaubat dan mula jadi isteri, ibu dan juga wanita yang baik.
•Afirah mendapat tahu kebenaran tentang siapa dia sebenarnya dan menyerah diri.
•Akhirnya dia dihukum gantung dan ada wasiatkan niatnya terakhir kepada Jina dan Johan agar mereka bersatu kembali.

Johan sedang termenung di depan kolam renang miliknya. Fikirannya berputar kembali kepada saat-saat bahagia bersama Afirah dan Trina. Sejujurnya amat sukar dan kekok baginya untuk meneruskan hari tanpa Afirah. Dia tidak boleh fokus pada pekerjaan dan memutuskan untuk mengambil cuti panjang.

Bingkai gambar dilekapkan di dada. Gambar yang dipetik pada hari arwah Afirah menyerahkan diri. Abang rindu sangat dengan Firah, terima kasih kerana tinggalkan memori terindah buat abang.

Johan sedang khusyuk melayan perasaan sehinggalah dia terganggu oleh deringan telefon bimbitnya. Private Number. Johan menyangka mungkin orang-orang bisnes yang menelefonnya jadi dia pun menjawab tanpa berfikir dua kali.

"Hello assala-" belum sempat dia memberi salam suara budak kecil merengek-rengek menyapa telinga.

"Papaaaa!! Kenapa Papa da tak jumpa Trina lagi." rengek Trina mungkin terasa hati dengan Johan yang langsung tidak berjumpanya hampir 2 bulan.

Hati Johan terasa sempit menahan sayu. Dia turut merindukan Trina tetapi entahlah, dia mempunyai kisah silam bersama Jina. Beberapa kali Trina menelefonnya selama ini tetapi ditabahkan untuk tidak menjawab panggilan agar anak itu berhenti mengharap.

"Papa...Trina ada buat salah ke..." Johan mengeratkan lagi bingkai gambar yang digenggamnya. Pipinya sudah basah dengan titisan airmata.

"Papa, Trina rindu Papa!"

"Pa..Papa pun rin...rindu Trina nak." kali ini Johan tidak dapat menahan rindu di dadanya.

"Huhuhu...Papa jemput Trina boleh tak? Trina nak jalan-jalan ngan Papa. Pleaasee Papa!" Johan mengesat airmatanya dan terdiam sejenak.

***

"Assalamualaikum..." Jina memberi salam dengan suara lelah kerana masih terasa letih dari kerja. Dia melihat-lihat akan kelibat Trina yang tiada di ruang tamu. Dia melangkah masuk ke dalam bilik Trina yang terkuak sedikit pintunya.

"Oh my God! Katrina!!!!!! What are you thinking you're doing young lady??" Jina bercekak pinggan mengajukan soalan kepada Trina yang sedang sibuk membongkar almari pakaiannya.

Trina memandang seketika dan menggaruk-garuk rambutnya dengan muka stress gila. Dia menghentak kaki dan melepaskan nafas geram dan memandang ke arah Mamanya.

"Trina tengah cari baju cantik ni Mama, jap lagi Papa nak datang jemput." menyirap darah Jina sampai ke muka, dia yang tadi berasa penat sekarang menjadi berang pula.

"Trina, mama da katakan jangan panggil Uncle Johan papa lagi! Trina tak paham ke ape mama beritahu Trina?" Trina melawan mata bersama Jina dan mengetap bibir menahan marah. Penumbuk kecilnya digenggam. Alahai...

"Uncle Johan is Papa! PAPA! PAPA! PAPA! PAPA! PAPA!"

"TRINA!" Jina menengking membuat bahu anak kecil itu terloncat sedikit. Serta merta airmata mengalir kerana ditengking demikian. Jina yang tersedar akan perbuatannya terpaku seketika...timbul rasa bersalah di dalam hati.

"Assalamualaikum! Trina!" sebaik saja mendengar suara itu, Trina terus bergegas keluar dari bilik. "Trina!" panggil Jina yang mengejar anaknya keluar.

Sebaik saja di pintu depan, Trina sudah di dalam pelukan Johan sambil menangis-nangis di bahu lelaki itu. Johan memujuk Trina sambil menggosok-gosok badannya.

"Shh..shh..okok takmo nangis okay? Nanti Uncle belikan ice cream. Kita pergi jalan-jalan satu KL."

"Uncle bukan Uncle la!! Uncle is Papa! Papa!" Trina memarah di bahu Johan sambil menangis lagi kuat.

"Okok, Papa belikan ice-cream ok sayang?" Johan memujuk lagi. Lega hatinya apabila Trina sudah berhenti menangis dan tersenyum girang di wajahnya.

Johan menoleh ke arah Jina yang diam menonton drama mereka berdua. "Jom ikut kita sekali." Trina memandang Jina dengan wajah masam dan membuat suara "Hmph" kepada Jina lalu berkata, "Papa, tak payah ajak mama lah. Mama tak suka papa."

Ambek kau Jina! Kena dengan anak sendiri. "Ma..mana ade Mama kata macam tu!" Trina menjongket keningnya sambil tersenyum nakal.

Akhirnya Jina mengakat tangan tanda menyerah kalah. "Okok, Im sorry my dear." Trina sudah tersenyum girang. "Ok, Mama da boleh ikut."

"Tak nak lah."

"Kenapa pula?"

"Anak mama tak peluk and kiss mama."

"Ala, mama ni macam budak kecik la!" terus Trina meminta turun dari Johan dan berlari untuk memeluk dan mencium Jina. Johan tertawa geli hati melihat kerenah dua beranak tu.

Johan mengajak mereka anak beranak bbq di tepi pantai. Trina membawa basikal pink miliknya untuk mengayuh di sana sementara Johan dan Jina  barbeque.

Jina sedang menyediakan barang  di atas meja apabila tiba-tiba dia disapa oleh seseorang.

"Is that really you Jina??" seorang lelaki  kacukan india dan mat saleh berdiri di hadapan Jina. Jina menjongak dan terbeliak matanya, tidak sangka dapat bertemu dengan kawan lamanya setelah beberapa tahun berlalu.

"Raihan?" Lelaki itu menggangguk kegembiraan dan menghampiri Jina. Belum sempat Jina hendak menghalang tubuhnya sudah pun didakap dengan erat. Johan yang sedang mengipas-gipas asap dari tempat grill terus terpempan melihat adegan itu.

Trina yang ketika itu sedang mengayuh basikal turut berhenti dan terlopong melihat Mamanya dipelukan seorang lelaki yang tidak pernah dia lihat selama ini.

"Errr, Raihan...please let me g-go. This is not right, you da tak boleh sesuka hati peluk I." Jina meminta untuk dilepaskan dengan cara baik.

"Ouh, err ya Im sorry...Cause ya know, we used to always hugged each other last time. Best buddy remember?" Jina hanya senyum kekok kerana dia pasti Johan telah mendengar semuanya. Entah apalah pandangan Johan terhadapnya...

"Well, I've changed. What are you doing here?"

"I took a vacation leave to KL. You know...nak hirup udara kat bandar ni."

Jina terlihat Trina yang masih ternganga memandangnya. Terus dia memanggil Johan dan Trina ke tempatnya agar dia bisa memperkenalkan  Raihan kepada mereka.

"Sayang, ni kawan baik mama and Raihan this is Johan. He is late Firah's husband."

"Late?"

" Yeap. Long story..." Jina memberi senyuman agar Raihan mengerti maksudnya untuk tidak menanyakan sebarang soalan lagi.

"Hmm okay. Hi little girl, where's your mother?" tanya Raihan hairan kerana budak itu tidak merengek-rengek bila bersama orang luar.

"Ini my mother . This PAPA!" Tekan Trina.

"WHAT? YOU'RE MARRIED???" Raihan membuat mimik muka terkejut. Mungkin dia tidak perasaan akan Jina memanggil dirinya 'Mama' ketika memanggil Trina tadi.

Jina hanya tersengih sambil menggaruk tudungnya kerana tidak tahu bagaimana hendak menjelaskan. Johan pula berpuas hati dengan tindakan Trina, dia mengenyitkan  mata dan mereka sama sama menunjukkan isyarat bagus antara satu sama lain.

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now