Mengaji

1.2K 31 1
                                    

Jina melangkah masuk ke dalam bilik dengan wajah yang berserabut. Dia mengheret kakinya ke bilik Trina untuk memastikan dia sudah tidur. Tombol pintu dipulas dengan perlahan dan dia pun melangkah masuk.

Trina kelihatan begitu tenang dalam tidurnya. Sebak menyerbu masuk ke dalam hatin setiap kali mengingatkan penderitaan yang dialami anaknya di bawah penjagaan Afirah.

'Ya Allah...apa yang harus aku buat?'

Fikiran Jina terimbas akan kejadian petang tadi. Melihatkan keadaan Afirah yang begitu menyedihkan membuatkan dia jatuh kasihan. Hatinya tersentuh melihat Afirah yang sedang histeria kerana menyangka dia telah kehilangan anaknya.

Afirah bergantung 100% kepada Jina tadi sehingga tidak mahu melepaskan Jina apabila dia mahu pulang. Jadi terpaksa Jina menemani dan melayan kerenah Afirah yang mudah naik hantu sehinggalah dia tertidur.

Malam itu Jina tidur disamping anaknya kerana keesokkan hari dia harus melakukan sesuatu. Sesuatu yang mungkin bisa menyakiti ataupun menakutkan anaknya. "Insyaallah...takda pape yang akan berlaku pada Trina..." bisik Jina perlahan lalu mencium pipi anaknya yang sedang nyenyak tertidur.

***

"Mama, kenapa kita pergi sini? Ada orang yang sakit ke?" tanya Trina sebaik saja dia turun dari kereta dan melihat hospital di depan matanya.

"Kawan Mama sakit sayang...kesian dia takda ada kawan. Jadi hari Mama bawa Trina so you be a good girl to Aunty okay?"

"Ok Mama!" jawab Trina girang. Jina hanya memberi senyuman kecil. Jantungnya sedang berdegup kencang sekarang ini...dia takut sama ada Afirah akan menyerang  Trina ataupun sebaliknya. Bukan itu saja...dia khuatir kalau-kalau anaknya yang melalak nanti kerana takutkan si Afirah.

"Eh Ma, jom la Mama! Kata nak lawat kawan Mama tu. Termenung pula..." Trina sudah cemberut.

"Yelah okay jom!" tangan Trina digenggam dan dia pun memimpin Trina masuk ke dalam hospital. Jina berkira-kira ingin berpatah balik apabila sudah pun berdiri di depan pintu bilik Afirah. Tetapi terbantut bila Trina menarik pintu dan melangkah masuk.

"Assalamualaikum, kami datang nak melawat." sapa Trina kepada wanita yang membelakanginya.

Afirah menoleh dan memandang ke arah gadis kecil di depan matanya. Lama. Trina sudah tergamam dan menggigil, dia hanya terpaku tidak berganjak membalas pandangan Afirah.

Jina hanya sekadar memerhatikan saja dan bersiap sedia kalau-kalau Afirah ingin menyerang Trina. Matanya tidak lepas dari figura Afirah yang sedang mendekati anaknya.

"M..mmm..Mama!" tersekat-sekat Trina memanggil Jina meminta pertolongan. Badannya semakin menggeletar apabila melihat Afirah sudah dekat dan kedua belah tangan ingin mencapainya.

"Mama!" pekik Trina yang tersentak akibat dipeluk Afirah. Jina ingin menghalang Afirah tetapi tidak jadi apabila dia melihat wanita itu tiada maksud untuk menyakiti Trina.

Trina sudah berasa aman apabila Afirah membelai rambutnya dengan kasih sayang. Dia berasa lega dan tidak takut malah dia membalas pelukan di tubuh Afirah.

"Aunty dah tak bencikan Trina?" Trina memegang kedua pipi Afirah dengan kedua tapak tanggannya. Wajahnya Trina sungguh polos...cepat saja dia melupakan hal ngeri yang pernah dilaluinya.

"Sayang...kenapa panggil mama dengan panggilan Aunty pula. Ni kan Mama Trina." penjelasan Afirah membuatkan Trina terpinga-pinga tidak mengerti.

"Tapi itu kan Mama?" Trina menunding ke arah Jina.

Gulp! Janganlah Afirah mengamuk pula sekarang. Terkumat-kamit mulut Jina cuba mencari alasan untuk diterangkan kepada Afirah.

"Hahaha! Mestilah...Jina kan kembar Mama. Mesti lah dia mama Trina juga."

Phew. Lega. Jina menggosok dada tanda lega.

Tiba-tiba pintu ditarik dari luar dan Johan melangkah masuk. Afirah tersenyum girang dan memegang bahu Trina dengan berkata, "Hah! Papa da balik! Jom salam tangan Papa."

Kali ini Johan pula yang sudah terkebil-kebil melihat Afirah dan Trina yang tiba-tiba saja memanggilnya Papa dan juga mencium tangannya.

"Papa." Johan memandang ke bawah untuk melihat Trina yang sudah memberi isyarat agar telinga Johan dekat dengan bibirnya.

Lalu Trina berbisik ke Johan, " Shh...Aunty tengah boring tu. Dia nak main- main dengan Trina. Dalam permainan ni, Aunty jadi mama dan Uncle Johan pula jadi papa Trina. Okay?"

Johan hanya mengangguk dengan senyuman mesra dan menggosok rambut Trina. Tidak sangka budak ini sungguh bijak dan polos.

Lalu dia mencapai lengan Afirah dan menarik tubuh isterinya dalam pelukan. Dahi isterinya dikucup dengan lembut.

"Abang...tak malu eh Jina tengok kita." Afirah berkata manja sambil melentokkan kepalanya di dada Johan.

Johan memandang ke arah Jina dan hanya memberikan senyuma kecil. Pandangannya kosong saja melihat Jina seperti tiada perasaan. Jina agak terambil hati dengan sikap Johan yang tiba-tiba seperti tidak menghiraukan kehadirannya.

"Ah, Afirah...aku ingat aku nak gerak dulu." Jina mula meminta diri.

"Mama!" Trina berlari mendapatkan Jina kerana takut ditinggalkan.

"Sayang...Mama pergi sekejap saja. Nanti malam mama ambil Trina lagi. Don't worry! Uncle Johan will take care of you. Ok dear? Love you so much." Jina memberitahu dengan suara mengendur kerana tidak mahu Afirah mendengar perbualannya. Pipi anaknya dicubit sedikit.

"Trina, Mama Jina nak balik. Nanti besok Mama Jina datang rumah kita lagi. Betul tak Jina?" tanya Afirah tepat memandang ke dalam anak mata Jina.

"Uh..Ah...Yelah. Besok Mama Jina datang." kalut-kalut dia menjawab.

***

Jina mengintip ke dalam melihat "keluarga kecil" yang sedang seronok ketawa dan bergurau senda. Hari ini sudah masuk seminggu Trina melawat Afirah dan memainkan peranannya sebagai anak.

Hatinya turut tersentuh dan melonjak gembira melihat Afirah betul-betul bahagia ditemani suami dan "anaknya" setiap hari. Kadang-kadang Jina sampai terlelap menunggu di luar bilik sehinggalah Afirah tertidur.

Waktu itulah Trina akan melepaskan diri dari pelukan "Mama"nya dan menyelinap keluar untuk pulang bersama Jina. Trina akan meminta diri dari Johan dan lelaki itu akan mendukung dan mencium kedua pipi Trina. Jina pula sedaya upaya mengelak dari  pandangan Johan.

"Mama, hari ni Trina belajar mengaji tau. Mama tau mengaji tak?"

Afirah mengerutkan dahi dan memincit kepalanya.

"Mengaji? Apa tu?" tanya Afirah jahil.

"Alah...ingatkan Mama tahu mengaji..baru Trina terfikir hendak mengaji sama-sama dengan Mama. Tadi Trina mengaji dengan guru mengaji Trina best tau mama!" pancing Trina sambil membuat muka kecewa.

Afirah terdiam seketika. Johan juga turut termenung. Tangan Afirah menggenggam tangan Johan membuatkan lelaki itu menoleh ke wajahnya.

"Abang...Abang tahu mengaji?"

"Tahu..."

Senyuman mekar di bibir Afirah. Matanya kelihatan bercahaya-cahaya memancarkan sinar harapan.

"Boleh tak kalau abang mengajar Firah mengaji..." Mata Johan berkaca-kaca dan hatinya mengembang dengan rasa syukur kepada Allah. Dia mendekatkan wajahnya kepada Afirah sampai dahi mereka bersentuhan.

"Of course my dear. Of course!"

"Yay!!!!!Mama pun nak mengaji juga!" sorak Trina kegirangan. Johan mendepangkan tangan untuk menjemput Trina kedalam... Family Hug!

Kerana Cinta (Completed + Bonus Chapter)Where stories live. Discover now