Terima kasih benci

2.1K 23 3
                                    

8.30pm. 15 minit sudah berlalu. Dari jauh aku mengerling telefon bimbit yang aku baling di pejuru katil. Aku nampak blue tick pada whatsapp yang aku hantar. Dari tadi typing. Aku tahu jawapan dia pasti macam sial. Tapi kali ini aku nekad. Apa nak jadi jadilah.

Bzzz..bzzz..bzzz... Oh shit! Dia dah reply. Telefon bimbit atau lebih mesra dipanggil HP bergetar tanpa henti. Banyak nya reply dia.

Aku baca semula mesej yang aku hantar tadi. Sedikit panjang tapi padu.

"Awak, saya nampak awak siang tadi di mall dengan perempuan. Siap pegang tangan. Tak kan lah kawan kot? This is not the first time you do something like this. I am tired of all this. Kita bukan budak belasan tahun nak bercinta tak ada arah."

Jawapan dia pendek-pendek. Tapi menyakitkan hati. Tiada satu pun ungkapan maaf. Tidak langsung nampak menyesal.

" Ye"

"Memang aku dengan perempuan lain"

"Sebab kau. Dan family kau"

"Perempuan dan keluarga dia terima aku seadanya. Tak macam bapak kau"

"Kau buat apa di mall hah waktu kerja? Kau dating?"

Aku ketawa kecil. Classic Arif. Bila dia salah, dia akan cuba alihkan salah itu pada orang lain. Dalam situasi ni, AKU. Arif adalah operation staff untuk Petrofac. 2 minggu dihabiskan di pelantar minyak dan 2 minggu di darat. Jadi bila 2 minggu di darat, dia akan free setiap hari walaupun pada waktu kerja. Dah lama aku ragu-ragu. Masa awal-awal bercinta dulu, selalu suruh aku jumpa di airport bila kaki dia jejak di sana. Dalam erti kata lain, aku lah orang pertama dia jumpa sebelum pulang ke rumah. Selepas setahun, lepas balik seminggu pun susah nak jumpa. Banyak urusan katanya. HP dah mula tak berjawab. Perbulan melalui whatsapp ataupun calls cuma sekejap. Asal boleh. Asal ada. Sekarang masuk tahun kedua. Berkali-kali kantoi keluar berjumpa dan flirting on the net dengan perempuan lain. Bab di atas katil aku tak tahu. Mungkin kerana aku bukan detektif yang dibayar untuk periksa satu persatu. Aku ada kehidupan sendiri.

"Saya jumpa developer dan kontraktor di sana. Lunch meeting"

*typing*

"Babi lah kerja dekat mall.Penipu"

Telinga aku mula merah. Darah aku mula mendidih. Dari hati yang sakit jadi marah. Impulsive reply. Bukan dari otak aku yang berfikir. Tapi dari hati aku yang marah.

"Kenapa kau kurang ajar sangat? Aku cakap elok-elok kan?"

*typing*

"Pandai dah pakai aku kau dengan aku.Pandai dah melawan. Menjawab. Eh tak sedar diri. Masa kau kerja kerani dulu aku yang bela kau. Sekarang kau dah jadi engineer, bukan main kau ye. Kau jangan ingat kau ada degree, aku ada diploma, kau lebih bagus. Eh sedar sikit. Gaji aku dua lipat kali ganda lagi tinggi lah."

Kali ini ketawa aku makin besar. Bodoh. Apa kena mengena gaji dengan masalah ni. Dasar budak sekolah yang terperangkap dalam badan lelaki dewasa. Ah letih. Entah keberapa kali kami bergaduh macam ni. Selama ini aku bersopan, bertahan dan cuba untuk menjadi orang yang lebih rasional. Dan penyudahnya kami akan sapu masalah itu bawak karpet dan perang dingin. Dan 2-3 hari lepas itu, dia memujuk rayu. Aku mengalah dan kami kembali seperti biasa. Cukup lah aku dihenyak. Dipijak. Dipermainkan. BUKAN KALI INI. I WILL END THIS, ONCE AND FOR ALL!

"Hey asshole. You know what. Go FUCK YOURSELF. Aku dah tak tahan dengan perangai kau yang macam playboy kampung. Aku menyesal tak dengar cakap abah aku dulu. SO FUCK OFF WE ARE OVER!"

Memang sengaja aku buat CAPITAL LETTER. Dramatik efek. Tiada setitis pun air mata. Perasaan lega.

*typing*

"Aku nak tengok berapa lama kau boleh hidup tanpa aku. Ingat. Kau tak akan jumpa lelaki macam aku ni!"

"Tak payah berlagak baik sangat. Entah-entah kau pun ada affair. JALANG!"

Aku hanya membaca mesej whatsapp itu sambil menutup mulut dan memegang perut. "Uweeekkkk..Perasan...I take this challenge bitch!" Tak ada niat untuk membalas atau memanjangkan lagi cerita. Aku buka casing HP ku dan keluarkan simcard. Cover bateri masing dalam keadaan elok dengan emblum Samsung yang tiada pun 1 calar. Hampir jatuh mengelongsor bateri di tangan ku sewaktu menarik keluar simcard. Aku keluarkan kotak kecil, HP Sony Ericson lama. Yang aku beli guna duit part time di 7 Eleven masa masih belajar. Simcard dah masuk, dengan penuh debaran aku tekan butang ON. Senyuman terukir disaat HP itu memaparkan homescreen yang sudah 2 tahun aku tinggalkan. "Oh yeah! This stone age HP still works!"Masa untuk mengemas sampah-sampah pemberian Arif.

Aku tarik satu kotak kosong dari bawah katil dan aku tulis dengan pen marker merah.

ARIF SHITS

Satu persatu barang aku masukkan. Teddy bear. Handbag kait. Frame gambar aku dan dia yang aku letak tersorok di dalam almari. Akhir sekali HP. Alah, ini sahaja ke gift dia selama dua tahun. Aku tutup kemas dan letak kan semula ke bawah katil.

Aku bangga dengan diri sendiri. Kali ini aku tidak menangis. Aku rasa perasaan yang dah lama aku simpan. Kali terakhir perasaan ini terbit, bila sahabat baik aku di sekolah tikam belakang. Kata nya aku lesbian dan tergila-gilakan dia. Semasa itu, perasaan benci menguasai segala-galanya. Aku terus usir semua memori dan kenangan indah dari benak fikiran. Aku tidak lagi peduli walau sekelumit pun tentang dia. Arif telah mengumpan keluar perasaan itu. Seperti mengumpan beruang di dalam gua.

Kerana benci aku kuat. Terima kasih benci.

Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now