Perut yang kenyang dan kaki yang keletihan telah menyebabkan aku, Yuyu dan mereka berlima bertebaran mencari tempat duduk sebaik sahaja memasuki perut gerabak. Duduk disebelah siapa bukan persoalannya. Yang penting duduk.
Aku mengelamun. Tiba-tiba teringat Dani. Pashmina pemberian Dani aku longgarkan dari leher. Aku letakkan di hidung. Aku tahu. Tiada bau Dani. Hanya lah bau perfume kegemaranku. L'Occitane Pivoine Delicate. Sudah lama aku tidak berbicara dengan Dani.
Yang paling dekat denganku adalah Amri. Sebaik sahaja lelaki mabuk disebelahku turun, dia terus mengambil alih tempat disebelahku.
"Busuk gila lelaki tadi." Aku membuka bicara.
"Kau mengelamun dan nampak runsing. Dani?" Amri membaca fikiranku. Iyalah semalam di Seine river, dia yang beria mempromosikan cinta best friend.
"Ha'ah. Aku confuse. Macam mustahil aku boleh dengan dia."
"Kau pernah masturbate?"
Mata aku terbeliak dan aku dapat rasakan suhu telingaku naik.
"Soalan apa ni gile? Tak pernah lah!"
"Jap.jap. Jangan marah aku dulu. I have a point. I promise."
"Okay.Aku dengar."
"Fine. Kau tak pernah masturbate. Tapi kau pernah tak bayangkan lelaki yg kau rasa hot. Pastu kau rasa syok sendiri bayangkan kau cium dia. Peluk dia. Macam tu."
"Itu pernah. Aku pernah ada macam crush gila babi kat Mike Shinoda masa sekolah menengah dulu. So aku selalu imagine macam first kiss aku Mike Shinoda."
"Kau cuba imagine, kau dengan Dani. Bukan sekarang. Sebelum tidur nanti."
"Wei.Macam tak boleh je. Dani, aku dengan Yuyu kawan sejak sebelum akil baligh kot."
"Aku rasa kau dengan dia dari segi chemistry dengan emotional connection takde masalah. Ye lah,berbelas tahun dah jadi kawan. Sexual connection tu kau kena cari. Kalau tak da susah jugak. Nanti kahwin macam mana?Tak kan kau nak bercinta takde arah macam budak sekolah."
Aku memuncungkan mulutku. Idea bodoh. But it might work.
******
Aku lap wap pada cermin tandas hostel. Minah saleh di dalam shower mandi dengan air yg maha panas. Mungkin nak stimkan satu badan dia sebelum tidur. Membazir tenaga betul minah saleh ni. Aku yang sudah mandi merenung pantulan sendiri pada cermin sambil memberus gigi. Dalam renungan itu aku cuba bayangkan yang aku cuba mencium Dani. Tiba-tiba Yuyu akan muncul membuat peace di dalam lamunanku.
Sesudah menggosok gigi dan solat aku cuba lagi. Doa kali ini berkali-kali aku minta petunjuk. Walaupun petunjuk itu seperti menempah tiket ke neraka.Lamunan kali ini Yuyu datang dibelakang kami sambil head banging. Seperti mustahil mahu membayangkan aku dan Dani kerana kami selalu bertiga.
******
Kuat bau daun pandan dan air mawar. Baunya sama seperti hari persandingan Along di rumah kami. Wan aku memang suka membuat bunga rampai yang banyak dan wangi. Sewaktu majlis persandingan Along, wan letak disetiap sudut rumah. Mahu rumah bau wangi.
Aku berjalan turun daripada pelamin perlahan lahan. Aku kekok berjalan dengan kasut tinggi. Seseorang disebelahku memegang tanganku erat dan memimpin aku turun. Rumah ku dihiasi bunga rose segar yang berwarna pastel. Semua perabot tiada. Hanya karpet dan pelamin di ruang keluarga.
Saat kami turun dari pelamin, berduyun-duyun tetamu mengucapkan selamat pengantin baru. Meja di luar sudah siap dikemas. Khemah akan diuruskan esok barangkali.
Yuyu melambai aku dengan perut yang memboyot. Di kanan aku perempuan Korea yang kami jumpa di Venice. Dia jadi pengapit aku. Hmmmm.Aneh. Aku berpaling ke kiri untuk melihat wajah suamiku. Siapakan lelaki yang beruntung ini. CHEWAH! Namun wajahnya seperti dicurahi cahaya yang melampau terang. Menyembunyi wajahnya disebalik kesilauan cahaya.
Aku menanggalkan kasut aku dan berjalan kaki ayam. Abah arahkan aku dan suami naik keatas dan tukar baju. Tradisi keluarga, kami berdua harus basuh periuk di belakang rumah.
Selaku anak yang sudah berjanji untuk taat selepas kes Arif, aku dan suami berpimpinan tangan menuju ke bilikku.
Aku menuju kedepan cermin. Mencabut mahkota palsu yang dipinjamkan mak andam. Dan menarik satu persatu pin rambut. Veil aku buka dan letakkan di atas katil. Sanggul dan make up aku biarkan kerana penuh dengan spray rambut dan akan ambil masa untuk tanggalkan. Harus dicuci bersih untuk melepaskan rambutku dan membersihkan wajahku. Tidak sempat memandangkan kami harus turun membasuh periuk.
Aku tertunduk menarik bulu mata palsu. Aku dapat rasakan sepasang tangan merangkul aku dengan erat dari belakang. Dia sudah tidak berbaju. Hanya bertuala. Dia mencium leher dan bahu ku lembut. Geli yang sedap. Aku memusingkan badan ku. Tertunduk malu. Tanganku di dadanya.
"Sabar lah. Kita nak kena turun basuh periuk ni. Malam sikit okay."
"Okay. Nak kiss je. Sebelum turun."
Tangannya pada dagu aku dan dia mendonggakkan kepalaku. Bibir bertemu bibir. Apabila aku menarik wajahku kebelakang aku terkejut.
"DANI?!"
"Ye sayang. Dani sini."
Aku dapat rasakan dunia ku berputar dan kepalaku terhentak pada lantai kerana kaki ku lemah selemahnya. Lagu Chop Suey nyanyian System of A Down menjadi suara latar apabila aku rebah.
"Wake up! Take the brush and put a little make up!" Bunyian nyaring daripada HP ku.
Dan aku terduduk tegak di katil. Kembali pada realiti. Alarm pagi bangun subuh. Mujur dorm aku ini hanya aku dan Yuyu. Lagi dua katil kosong. Memang rezeki kami. Kalau tidak, mungkin minah saleh sudah menyumbatkan kakinya di dalam mulut aku kerana memasang lagu Chop Suey pagi-pagi buta.
Aku memegang dadaku. Nafasku laju dan turun naik. Mimpi itu rasa seperti kenyataan. Yuyu ada dibirai katil. Melipat telekung.
"Hang kenapa? Nightmare ka?"
"Entah lah. Aku tak tahu lah kategori apa mimpi aku ni. Seram ke. Mimpi indah ke"
"Mimpi mainan syaitan Ain. Hang mimpi apa?"
"Aku kahwin dengan Dani"
"No shit! Mimpi macam mana? Ehem ehem ka. Mimpi sanding saja?"
"Dia cuba ringan-ringan. Tapi aku suruh sabar sebab nak basuh periuk. Macam real Yu. Shit lah!"
"Petunjuk tu kawannnn... Hahahaha... By the way. Selamat pengantin baru."
"Kau tak payah bising. Aku mimpi kau dah bunting. Kau tak jadi pengapit aku."
"Hahahaha. That is possible my friend. Sebab aku dah pikiaq habih dah. Kalau hang restu, sayang aku nak masuk meminang."
"Fuck. Pening ah!"
"Chill...Lagi sekali aku ucapkan selamat pengantin baru!"
Aku baling bantal aku pada Yuyu. Dia menepis dan sambung mengetawakan ku.
Tu lah Ain. Mintak lagi petunjuk. Tapi yang pasti memang ada jugalah perasaan terangsang apabila bahu dan leherku dicium dalam mimpi? Mungkinkah aku dan Dani? Gulp!
YOU ARE READING
Destinasi Si Jalang
AventureIni bukan tentang perempuan yang diselamatkan lelaki kaya dengan kahwin kontrak. Ini tentang perempuan yang sudah tidak percaya cinta. Lalu membawa hatinya ke bumi Eropah. Dalam setiap langkah dia temui, yang salah bukan cinta.Yang salah dirinya yan...